Wednesday 26 December 2012

Bebelan 9:10pm.



Bila aku nak study nieeeeeeeeeeeeeeeeeeeee???
Aaaaaa,tolong lah jangan malas Fasha.
Okay,now off my lappy and study..
go go !!

Wish me luck and all the best for final exam friends !

^___^

Sunday 23 December 2012

Dinner pre-grad 2012.



Zurai and me :)

Satu je lah upload, tak larat nak banyak2,hee.
Bye.


Seafood time.


Assalamualaikum...

Haiii,heaven nye dapat makan seafood kat Jeram nie. Serious lama tak open table kot. Aku pergi dengan classmate aku, lima orang semuanya,hehe. First time member suggest makan dekat sini, dorang cakap murah dan sedap. Aku kan memang suka try benda2 baru, so pergi je lah dengan bebudak nih yang sangat excited bila bab2 makan. Perjalanan hampir 40 minit jugak la dari Shah Alam, tapi berbaloi baloi dengan makanan yang kitorang order dan tempat yang bagi aku memang selesa la untuk satu family makan kat situ. 

Yang paling best, harga murah tapi makanan banyak !haha..You know what, untuk 6 lauk RM87 sahaja termasuk jus tembikai dan nasi putih. Perghh,aku dah get ready nie mesti RM100+ tapi sangkaan aku meleset sekali okehh..Alhamdulilah,perut kenyang dan poket pown takde la pokai sangat kan. 

Senarai lauk :

Kerang rebus
Kerang bercili
Ikan masak asam pedas
Ikan masam manis
Sotong tepung
Sayur kailan
Jus tembikai (Satu Jag)
Nasi putih (5 org makan)


Okay,jum serangggg !! :P
Boleh senyum sbb perut dah sgt full time nie,hehe..

Lepak kat setia city mall jap, ouh best lepak sini malam2 tau:))

Okay,setakat ini sahaja.
Esok ada viva presentation,harap semuanya baik sahaja.
Take care you olss :)

Thanks for reading !


Thursday 20 December 2012

Monday 17 December 2012

Final.


Final presentation in final week and for the final semester.
Semoga dipermudahkan, amenn :)

Thursday 6 December 2012

Congrats besties !


Happy graduation friends !

Sejak dua minggu lepas, ramai kawan2 aku yang sudah grad dengan cemerlang nya,alhamdulilah. Nie majlis konvokesyen untuk mereka dari UiTM seluruh Malaysia. Selamat menempuh alam kerjaya dan alam perkahwinan untuk korang semua,heee. Alaaa,mesti ada yang plan nak kahwin tue, tak yah nak menyorok sangat la kannn :DD

Maaf pada member yang grad di Shah Alam tapi aku tak dapat datang. Sebab clash dengan class,wuwu. Maaf sekali lagi ye. Especially to my ex schoolmates Sheera, Miza, Helmi dan lain2. Hari rabu hari tue dedeq dan nabby convo, lecturer pulak lepaskan awal sebab faculty kitorang punya convocation pagi tue, so apa lagi, pecutlah pergi DATC kan,hehe. Congrats both of u, love u bebeh ! :)

Before convocation day,kita lepak duluuu ! :)

Special for both of them..

Dedeq and nabby..
Lastly, congrats alumni UiTM !
Doakan aku pulak eh convo next sem,In shaa Allah :)


Wednesday 5 December 2012

JB :)


Off to Johor Bharu start from Friday until Monday with my family. This is confidential matter la you olss , so I will let you know once I got it,InsyaAllah. Please pray for me, waaa suddenly a bit nervous !
>.<

Sunday 2 December 2012

Random story.

Assalamualaikum :)

Hye awak awak sekalian. Kita dah masuk pown dalam bulan december kan?kejap je masa berlalu. Hello December, please be good to me okay ! :DD Dah hujung tahun nie bermaksud final exam pown sudah dekat, OMG. Sekarang nie otak aku bertimbun dengan assignments, alhamdulilah sebahagian nya dah di submit dengan jaya nya,hehe. Satu je prinsip aku, bila kita tengah banyak kerja, jangan stress kan diri, be cool and still put a smile on your face. Buat satu satu, kalau rasa tak tenang meh kita istighfar banyak2 ye..

Actually I'm not feeling well. Selesema batuk bagai ape semua dikala musim durian dan rambutan,arghh,best nye dapat makan durian,hehe. Dari hari jumaat hari tue aku berjimba dengan gegurls, mentang2 la ada kereta untuk sebulan nie kan, haruslahhh berjimba sakan. Tue yang sampai demam, terkejut agaknya asyik balik malam je,haha :P Ouh btw, semalam aku pergi IKEA lagi, semata-mata nak makan meatball punya pasal. Eh tapi kebetulan memang nak beli barang kat OU, dah dekat ajak la nad pergi. Permintaan orang demam nak makan meatball kan,haruslah ditunaikan,heeee..

Dan sabtu tue jugak mak teh and family datang melawat aku kat shalam nie. Bawak anak2 nak masuk snowalk I-city kate nyer, so ajak la fasharina nie sekali,hihi. Terima kasih mak teh sebab belanja makan dan snowalk, Lain kali datang la lagi,nanti boleh fasharina nie pau banyak2 sikit,hee :)))

Okay la, kejap lagi ada class. Nak bersiap,bye. Take care.

Thanks for reading !


Thursday 29 November 2012

Short words.


Appreciate it, once get, hold it forever :)

Happy birthday Izyan.

From left :Izyan, me, Lin :)
Happy belated birthday untuk awak yayan !hehe..Saya sorang je panggil awak yayan kan?comel laa nama tue :DD Rasa nya tahun nie last la awak celebrate birthday as single, next year InsyaAllah awak naik pelamin,kan kan??Best la, congrats tau !

My wish for you :

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Harap semua benda yang awak buat akan dipermudahkan dan cepat2 la kahwin, tak sabar nak tengok awak pakai baju pengantin nie,hehe..Motif sangat saya nie kan :P Take care n love u yayan !

Interview assginment: Thanks MAMPU.

Salam..

Hye hye..hari nie mood macam nak post entry banyak banyak, boleyy kan? hee. Banyak benda aku tak sempat nak cerita kat blog nie. Last week aku ada buat interview dengan organisasi MAMPU dekat cyberjaya. Interview nie untuk assignment subject knowledge management. Punya la susah nak dapatkan orang untuk di interview tue, sebab dorang busy je kan. Tapi tue lah, kalau niat tue betul InsyaaAllah semua akan jadi mudah,last2 dapat jugak buat appointment dengan mereka melalui email :)

Last week kami satu kumpulan pown pergi lah kat MAMPU tue, dapat interview dengan dua orang penolong pengarah. And wow, tak expect pown dorang baik dan kelakar macam tue sekali.haha..sporting habis dan banyak sangat info yang dorang bagi kat kitorang. Terima kasih En. Zamri Selamat dan Cik Wan Norazlin kerana sudi meluangkan masa untuk jadi interviewee kami,hehe.

Tak nak banyak tulis,jum layan gambar..

Interview session
En. Zamri buat lawak ape entah time tue,hehe..

Tanda penghargaan :)

5 of us,dalam lif pown jadi,haha..

Lunch at Saba restaurant, sedap jugakk..


From left: Lin, Ily, me, Nurul, Nana :)


Lastly, lepak di pullman lakeside, Putrajaya..

Amboi photoshoot tak hengat ehh..



Amboi mentang2 ada surat pelepasan kelas kemain lagi jalan2 eh, siap window shopping lagi,haha. Rahsia rahsia,shhhh ! And thanks for my group members who really put effort to complete this assignment.

Sekian, thanks for reading !

I'm craving for this !



Yes, IKEA meatball...wuwu..
tengah2 busy nie la perut mengidam mcm 2 kan..
sedap nyum nyum !
-
-
-
-
-
-
-


Monday 26 November 2012

Cakkkk !

Saja tetiba rasa gedik nak letak gambar sendiri,hehe. Siyes aku rasa mengantuk duduk kat library nie, padehal baru satu jam kot. Ape lagi, aku layan la webcam jap. Nie la kelebihan kalau duduk kat sudut, orang tatau kita buat apa kan..haha. Ok la,nak sambung kerja balik..



Bye, take care.
Sekian, thanks for reading !

Sunday 25 November 2012

Self reminder.



Jangan kerana satu kesalahannya kita lupa segala kebaikan yang telah dia lakukan pada kita. Semua orang ada buat kesalahan kan? Nobody is perfect la ..

Okay, good night :)

Saturday 24 November 2012

Mimpi bertunang.

Semalam aku mimpi bertunang dengan anak kawan emak. Seriously, macam real.haha..Aku kenal dia tapi yang pelik nya kenapa dia???Dia dah kahwin dan ada anak sorang pown. Nama dia abang Zul. Orang cakap kalau mimpi bertunang nie maksudnya bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi,hmm entah laa. Kalau betul bagus la, hehe. Insyaa Allah satu hari nnt :)

Dah la dua hari lepas aku mimpi member kahwin, entah kenapa dia jugak yang muncul dalam mimpi tue?pelik betul. Tapi kalau betul bagus la, harap awak dapat jodoh yang baik eh. Aku rasa antara sebab aku mimpi pasal kahwin dan tunang nie disebabkan banyak nye gambar di upload oleh kawan dalam FB yang sudah bertunang dan berkahwin ! OMG, chantek2 gambar dorang, aku jeles tahu takkk !haha :P

Semoga berbahagia kpd kwn2 yang nak ke alam perkahwinan tue :)

Thursday 22 November 2012

Sujud syukur :)

Tahukah anda semua ?? info penting.. allhuakbar..

hari ini adalah hari bersejarah buat palestin. Ya ALLAH, aku bersyukur pada mu dengan apa yg berlaku hari ini. Akhirnya gaza kembali tenang.. Allhurabbi.. genjatan senjata telah dibuat dan akhirnya israel tewas dan tarik balik tenteranya..alhamdulillah. Satu kemenangan untuk islam tapi boikot tetap boikot. Kepada sahabat2 yg baca ini.. jom sujud syukur.. :) allahuakbar..

Antara kata-kata pimpinan Hamas:
1-kemenangan ini adalah hasil pertolongan dari saudara kita seluruh dunia.

2-Terutama wakil dari Turki,Raja Qatar dan Mesir terutamanya,terima kasih kerana keperihatinan kalian dalam menyelesaikan masaalah ini.Kami sangat menghargai usaha kalian.

3-Sesungguhnya,ini bukanlah penamat bagi usaha kami, bahkan ianya hanya satu perhentian dari banyak perhentian yang lain.

4-Akan kami teruskan perjuangan kami,iaitu membebaskan Palestin sepenuhnya dari genggaman Israel.

5-Kami tidak akan sama sekali mengktiraf keberadaan Israel di atas tanah kami.

Sumber:
Al-Jazeerah
Binyamin Netanyahu berkata : Genjatan senjata adalah keputusan yang tepat untuk memperbaiki negara Israel.

Thursday 15 November 2012

PTAR 4.

Aku berada di library sekarang. Macam biasa, siapkan assignment tanpa gangguan dan pengaruh seperti katil,makanan, teman borak dan sebagainya. Sangat best !hehe. At least siap satu lagi kerja dalam masa dua jam nie, alhamdulilah..ouh btw, bukan nie aku nak cerita. Sebenarnya aku nampak couple depan aku nie haa, duduk senyum2 borak2 buat aku rasa macam KLMJ la jugak,haha. Kenangan lama mengusik jiwa kot ! :P

Macam nie la agaknya kitorang last semester. Bukan study sangat pown, duduk senyum je memanjang.haha..Masa tue dia buat surprise la pulak tetiba datang nak temankan kat library kata nyer, ingat dia main2 je. Haa sekali ambik kau, dia datang you olss. Thanks temankan..hehe. Hmmm, korang2 nie jangan salah faham lak, dia kawan je. Lama dah tak lepak dengan dia, masing2 busy dengan thesis kan. Dah dah, tak nak cerita lelebih..

Okay la,mahu sambung dengan assignments.
Take care you olss :)

Wednesday 14 November 2012

Maal Hijrah.

Salam Maal Hijrah semua :)
Semoga menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik, InsyaAllah..

Today activity:
Let's settle  all the assignments one by one
I hope can complete it by today, chaiyok2..
Mood assignment is on !

bismillahirahmanirahim...

Monday 12 November 2012

Surat cinta dari catalyst.


Salam,

Di sini saya ingin meminta maaf atas order anda yang tak dapat dihantar pada waktu yang dijanjikan. Memang berpuluh order yang masuk sejak 2 minggu lepas tapi ada masalah dari pihak production tue sendiri. Harap boleh bersabar ye. Sampai malam nie pown masih ada orang bertanya pasal VCO, terima kasih atas support anda semua.

Meh baca apa masalah yang berlaku sebenar nye :

Minta perhatian semua, kami mewakili Catalyst Nutraceutical ingin memohon maaf diatas kelewatan dan kehabisan produk VCO. Ini berikutan pihak Pembekal yang membekalkan softgel ( gelatin ) gagal memenuhi kuantiti yg diminta oleh pihak catalyst. Walaupun bayaran telah dikemukakan. Tindakan undang2 dan saman telah pun diambil dan menunggu masa untuk dibicarakan. 


Kami memandang serius isu Ini dan 
kami Sedaya upaya akan memperbaiki setiap kelemahan dan kesilapan kami untuk kemudahan anda Di masa hadapan. 


Kerjasama serta kesabaran daripada anda semua amat didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Segalanya Akan pulih seperti sedia kala hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi. 

Sekian, terima kasih ;)

Memanah.

First time memanah dalam seumur hidup aku. Nie aku main dekat Archery Sunway Pyramid, murah jugak lah. Berat gila nak angkat benda alah tue (tatau nama dia ape),hehe. Best la kalau korang nak try benda baru. Tapi nak main benda nie, tangan kena kuat. Aku dah berapa kali shoot pown takde yg tepat kat colour kuning tue, sedih betul. Sebab tangan dah penat kot..wuwu. Yang best nye siap ada coach ajar lagi. Lain kali nak try lagi lah, best ! :DD

Amboi, konon nye lah.
Padehal shoot kat board sebelah,haha..
buat malu je tau..

Azi and Iba datang sini, aww !

Salam,

Lambat update entry dah nie, sebab busy sgt. Tapi nak jugak update, tak kiraaa ! :P Masa mid term break hari tue, Azi dan Iba datang KL,at last datang jugak,hehe. Thanks tau korang, rasa macam cuti nie bermakna sangat walaupun penat gila sampai kaki rasa nak patah pown ada. Rasa macam seminggu tue tak cukup nak bawak dorang jalan2 banyak tempat. Tapi takpe lah, next time korang datang la lagi, rumah nie sentiasa open je untuk korang. Harap korang puas la berjalan, mana tak nyer, dari johor, melaka, negeri sembilan, selangor sampai la round satu KL. Kalau lama lagi boleh ajak pegy langkawi ke, cameron ke,best tueee :)

Some pictures,

Ice skating again ! :)

Otw to Jalan TAR.

Azi and Iba, chantek kan dorang nie?
Okay fine, ak jeles sbb dorang putih..

My siblings :))
Layan bowling jap,release tension..

Okay sekian, thanks for reading !



Wedding again~

Congrats Encik Mohd Izzudin dan Pn. Raja Farah Amina for your wedding ! Farah, you nampak cantik sgt. Harap bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat, cepat2 dapat baby tau :)

Next siapa ye??
teettttttt !
Just wait and see..

Saturday 20 October 2012

Finishing School modul

Salam..

Hari nie ialah modul PPKP terakhir untuk semester yang terakhir. Boleh tarik nafas lega dah, no more PPKP  okehhh,haha :P Untuk kali nie, modul bertajuk 'finishing school' yang mendedahkan pelajar tentang resume dan mock interview. Rasa takut pulak nak masuk alam pekerjaan, dah ready ke aku nie? InsyaAllah,akan aku persiapkan diri ini dengan sebaiknya.

Berbalik pada modul nie, aku rasa nie lah antara modul yang best sepanjang aku belajar 5 tahun kat UiTM. Nak tahu kenapa?? Haa sebabnya,presenter yang dijemput muka macam Aaron Aziz, OMG OMG ! Mula2 aku masuk hall tue rasa macam tak percaya, aku siap berpaling muka dua kali kot nak make sure tue bukan Aaron Aziz, tapi setelah tengok body beliau, argggh Aaron Aziz lagi berketul ketul u olsss,hee. Bukan dia, ada sipi2 je iras tapi boleh tahan handsome okeh.

Beliau ialah seorang lawyer dan ada legal firm kalo tak silap. Umur baru 29 tahun tapi dah mantap,best kan? Beliau dari Faculty Law UiTM Shah Alam, dan yang penting masih mencari jodoh.haha..Untunglaaa siapa dapat. Masa LDK dengan beliau, asyik gelak je,haha...sangat pandai buat spontan jokes sampai dah tegang pipi nie haaa :DD

Okay, tue saja update kali nie. Bye :)

Monday 15 October 2012

Short update for tonight.


Mahu busykan diri,malas nak fikir benda yang belum pasti jadi milik kita.
Sekarang nie mampu berdoa, berdoa dan berdoa :)

Good night,sleep well.

Monday 24 September 2012

Ice skating sunway pyramid.

Lama gila tak update blog nie,serious rindu kot ! Malam nie aku takde nak buat apa2, so meh sini dengar aku nak bebel bebel,hehe. Semalam aku ada date..ehh date ke?hehe. Yup,date dengan my ex schoolmate and he is my neighbor too actually. Entah la, tak pernah terlintas pown nak rapat dengan dia, but I can't deny he is so kind and gentle maybe :DD 

Berbalik pada ice skating tadi, aku pergi weekend so bayaran tidak termasuk glove and socks RM20 per person. Kalau nak murah lagi boleh pergi weekdays RM15 je tauu. Nie kali kedua aku main dan takde la expert mana pown, tapi boleh la nak lepas tangan tue. Best main nie, kira macam korang bersukan jugak, jangan ingat tempat tue sejuk korang takkan berpeluh,ouh silap okay ! Hampir 3 jam aku main dalam tue dan dua kali jugak la aku jatuh. Sakit gileee, sampai terseliuh tangan nie tapi salah aku jugak la,hmm tanggung sendiri la kan.

Rasa nak main lagi nanti,bestttttt :)
Bye, salam..

Friday 7 September 2012

2 petanda jodoh kita..

Aku terbaca kat blog orang tadi,macam menarik,lain dari yang lain :)

Dua petanda tersebut :

1) Dipermudahkan
2) Membuatkan kita lebih mendekatkan diri kepada Allah

Bye,happy weekend..

2 hari je lagi?

Waaa, next week semester baru akan bermula. Mesti dah rasa lain sebab dedeq dengan nab dah takde, kan dorang dah grad,wuwuwu. Selalu dorang la yang buat hari2 ceria, keluar bersama jalan kaki walaupun jauh,haha. I'll miss them so much la T_T Tapi kali nie aku rasa puas sangat bercuti, jumpa member2 dan jumpa saudara mara yg comel2 sampai aku rasa nak gigit2 je. 

Disebabkan nie final semester aku (InsyaAllah, doakan ye) so aku kena la bawak diri keluar dari campus. Duduk rumah sewa la ape lagikkkk. Tapi x pe lah, sebab aku pown tak pernah duduk luar kan rasa excited lebih pulak bila dapat chance macam nie,hehe. Lagipown semester nie class tak pack,so aku rasa macam tak la menyusahkan sangat kot bila duduk rumah sewa, harap2 laa..

Aku harap final semester nie dapat naikkan lagi CGPA,sape yang tak mahu 1st class degree kan? usaha tue tangga kejayaan, InsyaAllah. Dan juga mahu belajar masak lebih banyak resepi, yelah dah duduk luar takkan tak nak masak, aihhh..malas betul anak dara sorang nie laaa.hee. Practise makes perfect..

Selamat balik ke kampus ye kawan2 ;)

Suka lagu nieeee~

Hye hyee..setelah berkurun akhirnya aku menjelma jugak untuk update blog. Biasa lah,start je cuti semester bermaksud blog pown akan bercuti,hee. Malas betul nak menulis, no idea maybe..Okay,semenjak 2 3 hari nie aku asyik dengar lagu wali band nie, bertajuk doaku untukmu sayang. Bila 2 3 kali dengar best jugak, tangkap cintan kot,haha :P okay lagu nie takde dituju untuk sesapa, sekadar suka didengar je. Jum tengok lirik..

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff:
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Friday 3 August 2012

Praktikal di MPKJ.

Sekarang sudah 3 minggu aku praktikal kat sini. Ada 3 orang praktikal kat sini dan yang penting, ketiga tiganya classmate aku,haha. Memang besar kepala la kau kan Fasha :P Kitorang ditempatkan di bahagian perlesenan, perghhh busy habis aku cakap kau. Memanjang je ada kerja tapi best la daripada kau duduk melanguk takde kerja kan, lagi boringgg..

Staff pown sporting je semua, banyak bagi tunjuk ajar. Ada 40 staff semuanye dalam department tue. Next week hari khamis lecturer kitorang akan datang untuk evaluation,erkk..nervous2..Habis la aku kena siapkan logbook report bagai,huhuhu. Sejak praktikal nie la baru aku kenal perangai kawan2 praktikal aku nie haa, Izyan dan Hussairi. Tue nanti aku story dalam next entry okeh,bye bye :)

Result sem 5.


Alhamdulilah, semua nye luar dari jangkaan aku. Terima Kasih Ya Allah :DD
Harap next semester dapat naikkan lagi CGPA tue.
Terima kasih semua yg banyak bg support selama nie,hehe..

Lama tak update blog, pasnie nak buat entry baru la,weee~

Monday 23 July 2012

madagascar 3

Mahu tengok madagascar 3
mahu mahu mahu...

kan best kalau ada bf..
awak,jum kuar ! :PP

Short update.

Selamat berpuasa semua
Lama sangat aku tak update blog nie..
nanti la nak update story baru, penat rasa bila dah praktikal nie
Rutin harian cuti semester nie, bangun subuh, kerja, balik rumah terusss Zzzz..

Baru tahu macam mana susah mahu cari duit
T_______T

Thursday 5 July 2012

Dia lah adik bongsu.



Ayun and emak :D
Miss both of them...


Hari nie nak story sikit pasal adik bongsu aku nie. Tetiba rindu pulak kat dia. hehe..Kitorang panggil dia Ayun je kat rumah,nama manja la konon nya. Walaupun dah form 3, tapi aku rasa macam dia nie baru je umur 7-8 tahun macam tue. Macam baru je aku fetch dia dari rumah pengasuh setiap petang, dah besar dah rupa nya dia nih. Dulu masa kecik2 dia nie chubby chomel bambam tapi bila dah besar lain pulak jadinya. Makin meninggi dari kakak nye pulak,aishh..Kira dalam adik beradik, aku lah yang paling pendek nie.

Aku nie pelik sikit, walaupun kakak tapi aku selalu nak bermanja dengan adik aku.haha..Dah terbalik pulak kan. Dia pown layan je perangai kakak dia nih yang kadang2 gedik gilerrr :PP dulu kitorang selalu je gaduh, ada je benda nak buli dia. Tapi bila dah besar nie, lain pulak story nya. Aku kena lah selalu update pasal ayun about his school,kawan2 dia, girlfriend dia,haaa dah ada GF u olsss,mampu??kalah aku tau..

Hmm, disebabkan dia bongsu, kitorang memang concern pasal dia, takut terpengaruh dengan budak2 nakal. So kalau takat kena marah dengan abah atau abang dia memang perkara biasa, but it because we love you so much la ayun, okay??hehe.Takmo majuk2 dan sensitif bila kena marah k. Chill :DD


Okay, thanks for reading !

3 papers done, 1 moreeeee...

Hikhik, tersenyum sorang sorang. Tadi dah lepas habis paper yang ketiga, lega fuh fuhh. Lega sebab dapat gap 1 week, tapi sedih sebab soalan untuk semester nie bagi part kitorang agak susah,wuwuwu. Sangat susah, boleh speechless oww..Paling aku stress paper pagi tadi la, public finance subject. Alaa, malas nak fikir balik, what past is past la, salah sendiri, ye aku mengaku T_T

Esok nak pergi library sebelum aku berjimba di langkawi, nak study project management dulu. Harap semua dipermudahkan. Hati memang berbunga sangat nak balik nie, cepatlah hari sabtu :)

Okay la,Bye..
Thanks for reading !

Wednesday 20 June 2012

Tidur.



Mata dah cukup rabak nie
2 minggu berturut turut tidur tak cukup...

(-__-)

Sunday 17 June 2012

Celebrities night look alike !

I'm one of the committees to handle malam pra-graduan dinner June 2012. Alhamdulilah,  we did it and I apologize for any weaknesses of our management during the event. Suddenly the students who came to the event is more than what we have expect. So, there is not enough food for all guests and even we are the committees need to 'ikat perut' to ensure you guys get your own food. 

On that friday, I was so busy with my research and need to rush to the dinner by 6pm ! You know how tired I am on that day, celaru, kelam kabut, Ya Allah, Tuhan je lah yang tahu. Even I have no time to make up myself okay, just a simple compact powder and lip ice,haha..erghh, i don't want to see those pictures please T_T

Thanks for coming everyone and hope you guys will be success in future..

Muka nampak pucat sgt :(

Okay, thanks for reading !




Saturday 16 June 2012

Lega...

Yeyyy ! Finally kepala aku nie dah rasa kurang beban. Aku dah lepas dari minggu yang sangat stress dan sadis.haha..Boleh la tersenyum sikit,ala sikit je pown. Done with documentary, research, dinner and shooting. Banyak sangat halangan nak settle kan benda2 nie, but we must learn from the mistake la kan? Penat tak yah cakap lah, 15 jam tahan lapar sebab nak siapkan kerja, bukak je mata dari tido terus mengadap laptop,ehh bukan nak Facebook bagai okay, buat assignments.

Okay la, asik nak membebel je aku nie.
Aku penat, nak tidoo. Mahu qada' tido untuk 5 hari yang lepas :P
Bye, take care.

Sunday 10 June 2012

Aku rindu blog nie.

Hai..hehe.wah, rindu dengan blog nie. Weekend nie aku tak cuti pown, dari semalam hingga la pukul 7pm tadi, gagah aku siapkan assignment yang tertangguh sejak azali dulu. Nak buat camner, salah sendiri kan?okay fine. Rasa macam nak habiskan minggu nie dengan cepat sekali, kalau la boleh mintak tolong doraemon untuk cepatkan masa,kan best. Mana nya nak siapkan movie maker, proposal, belum campur nak handle dinner lagi,wuwuwuwu,cepatlah masa berlalu :(

Hmm,dah start merepek plax aku nie...

Jumaat lepas aku pergi ibu pejabat polis bukit aman. Hmm, ada interview dengan Tuan Tahir, selaku ketua urusetia NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah. Kira nie interview untuk assignment kitorang la.. 


Lin sbg videographer yg berkaliber, nana sebagai gadis flexible
dan aku sebagai penemuduga berjaya abad ini :PP
ok,sila muntah skrg..


Okay lah, sampai sini je aku nak update.
Sekian, thanks for reading ! :)


Wednesday 6 June 2012

Off for a while.


Not in a mood to update new story for now
Work overload..
Yes, hectic week !

T______T

Sunday 3 June 2012

Lelaki idaman aku.

Okay, entry kali mungkin nampak agak demand dan gedik sikit. Aku pown fikir 2 3 kali nak tulis, nak ke tak??nak ke tak?? Disebabkan aku dah ketandusan idea nak tulis apa kat blog, tetiba tajuk nie datang...Seriously, I can't believe i'm writing about this on my blog .haha :P

Ciri2 lelaki idaman?hmm..tetiba blank pulak kepala nie.hahaha~okay,jum baca.

1. Jaga solat

Bagi aku nie penting sebab lelaki adalah imam dalam keluarga yang dibina nanti, bukan bimbing aku sorang je tapi bakal anak2 kami nanti. Bagi aku lelaki yang jaga solat dengan baik ialah lelaki yang macho. Mungkin dia tidaklah tahu mendalam tentang agama tapi cukup untuk dia tahu solat tue tiang agama, lain2 ilmu agama mungkin kami boleh belajar sesama nanti, insyaAllah..

2. Tanggungjawab

Selalu je dengar kan? ya, ini penting sebab bila ada tanggungjawab dia akan mainkan peranan seorang anak, suami dan ayah dengan baik. Dia tahu apa dia perlu buat tanpa perlu diberi arahan dan dipaksa. Seorang yang tanggungjawab akan fikir baik buruk apa yang dia nak buat terlebih dahulu dan bukan dengan menyalahkan orang lain. Perghh,ayat skema giler,haha..

3. Kelakar dan penyayang

Honestly, aku mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai sense of humor yang tinggi. Aku rasa semua perempuan pown macam tue kot. Bagi aku, lelaki pandai bergurau nie boleh buat satu hubungan tue lebih ceria dan tak bosan,hehe. Kita akan hidup lama kot dengan dia, sampai hujung nyawa dan mestilah ada sesuatu pasal dia yang boleh menggembirakan hati kita selalu kan? Tapi tak nak la yang loyar buruk,erkkk..dan bagi aku, lelaki yang suka kucing ialah seorang lelaki yang penyayang. Sikap penyayang tue harus ada barulah boleh sayang menyayangi selalu,hikss..

4. Cool and suka senyum

Maksudnya kat sini lelaki yang tidak panas baran, ulang suara, tidak panas baran ok !hehe. Dia mesti lelaki yang senang dibawa berbincang, boleh tukar2 idea dan ada sikap 'give and take'. Kan ada sesetengah lelaki nak ikut cakap dia je, kalau tak nanti naik marah la ape la, tue yang banyak kes keluar kat newspaper tue, takutnya =.="

Ehh kaum lelaki, korang tahu tak senyuman korang tue manis sebenarnye? tak kira la hensem ke tak, pendek ke tinggi ke, cubalah senyum selalu korang akan nampak sweet dan hati nie pown senang nak tengok walaupun tengah stress.

5. Suka melancong

Aku nie jenis suka pergi tempat orang dan belajar budaya mereka. Kan orang cakap,jauh perjalanan luas pemandangan. Harap dia suka melancong jugak, tak semestinya jalan2 makan angin je, buat aktiviti lasak sesama pown kira melancong ape? masuk hutan, main flying fox sesama ke, best tueee :DD

Ok lah,kalau nak suruh aku tulis memang ada 1001 lagi ciri2 aku nak mention, dah dah la tue. Muntah lak u olss nanti,hehe..bye2.

Sekian, thanx for reading ! 









Thursday 31 May 2012

Wednesday 30 May 2012

Jawab tagged.

1. Apa nama blog kamu?
rainbowblink.blogspot.com
pelangi kelip2, maksud dia penuh dengan warna yang ceria dan sentiasa menyerlah

2. Paling suka makan apa?
Lasagna, Tom yam

3. Paling terror masak apa?
Sambal sotong. ayam masak lemak
emak cakap sedap, adik aku pown dah bagi kelulusan,haha :P

4. Mandi berapa kali sehari?
2 kali biasa nya, depends pada tahap kepanasan pada hari tersebut,hee

5. Suka makan aiskrim tak? Aiskrim favourite?
Suka ! aiskrim walls (vanilla dan chocolate)

6. Kalau stress biasa buat macam mana?
Dengar lagu untuk relaxkan otak, mandi, solat

7. Pernah accident tak? kongsi cerita..
Pernah la weyy, dua kali plax tue. First aku yang langgar motor orang, kira motor dengan motor lah. Second orang yang langgar aku masa tue dia naik motor aku naik basikal,haha..

8. Berapa kali putus cinta?
2 kali, last masuk masuk diploma, sejak tue aku buat keputusan tak nak couple dah, nak cari the real one pastu nak kahwin terus, settle.

9. Sudah daftar sebagai pengundi? rasa2 pilihanraya kali nie macam mana situasinya?
Agak mendebarkan dan pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka akan berlaku. So, kerajaan dan parti pembangkang sila lah bersedia..

10. Destinasi impian nak pergi mana?
Pulau Krabi dengan future husband, InsyaAllah..
^_^






Tuesday 29 May 2012

First time dapat SPA.

Penolong pegawai penerangan S27
PICC, Putrajaya

Kalau ada free time aku ambik la exam 16/6 nie. Saja2 datang exam untuk cari pengalaman, sebab aku ada 1 sem lagi nak habiskan untuk degree nie. Thanks SPA for the offer,insyaAllah nanti saya datang ye :DD

Monday 28 May 2012

Hi kem D' Tepus, Kedah ! :D

Minggu lepas aku join program team building yang dianjurkan kelab penyayang. Jauh sekali perjalanan, hampir 7 jam rasa nye. Dah la aku nie ada masalah nak tidur dalam bas, boleh dikatakan sepanjang dalam bas aku tak tido lena pown. Paling lama pown setengah jam, pastu confirm mata aku segar balik. Sampai2 je aku agak terkejut dengan tempat kem D'Tepus tue, entah..maybe I expect the place will be better than that kot? Tapi okay la, sesuai dengan budget yg mungkin agak terhad.huhu..Tapi bagi aku, kalau dapat cari kem lain lagi best kot, contoh yg dekat dengan air terjun ke, rentas halangan lagi banyak ke,ehh demand lak aku nih,haha :PP

Aku enjoy dengan game dlm LDK, semua best ! Group member aku pown sporting habis dan beri kerjasama yang baik, congrats all. Aku sebagai facilitator pown kena banyak belajar lagi handle program macam nie, AJK semua pown banyak beri tunjuk ajar, bestbest. Aku pown tak capture banyak gambar dari camera aku sendiri, ada jugak gambar yang diambil dari Zul a.k.a street runner, credit to him..


Memancing la sangat kann..haha~
Group 8,best ! :D

Committees and participants :)
Rentas halangan


Gambar tak ikut susunan aktiviti,malas nak arrange,huhu~
Okay,bye. Thanks for reading ! Good nyte awak2 sekalian :)


Thursday 24 May 2012

BBQ time.

Thanks to all kelab penyayang committees for a wonderful event tonight. We had fun and know each other better right? I hope we can cooperate and change more ideas in future. Rafsyan as a project leader for this family day had successfully manage this event and thanks for the BBQ time at Tasik Shah ALam section 7, it was my first time to have BBQ there and it was not bad, nice view and nice place. I'm extra exhausted right now and of course need to qada' sleep and sleep again for this coming holiday,hehe. Can't waittttttttt !

What a busy night la for today because I have to pack all those things for team building program in Kedah starting tomorrow morning until sunday. Its 11:58pm and my bag is still empty. Anyone can help me?? :P okay, got to go because I need to settle my assignment first before I can really enjoy my weekend. Good night and take care..

As salam...

Tuesday 22 May 2012

Yang pergi tetap pergi.

innalillahiwainnailaihirojiun
Al-fatihah..


Pagi nie tetiba rasa nak log in facebook. Buka2 je terus dapat tahu Kak Noormawati telah meninggalkan kita semua. Arwah telah menghidap sakit barah otak sejak setahun lebih yang lalu. Aku selalu jadi silent reader Kak Moon, sampai pernah aku menangis sebab baca penderitaan pasangan Talib dan arwah kak Norma yang tabah tue. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini.

Apa2 pown korang boleh rujuk kat sini okay?


Sekian,thanx for reading !

Happy birthday Lin.

Muahaha,merah padam muka Lin kena pakai benda alah nie :DD

6 of us plus Nurul...
Balik2 aku pakai tudung coklat favourite ak nie,aihh..
mcm takde tudung lain je..

My wish for you:

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Selain itu,aku harap ko happy2 selalu dan cepat2 bertemu jodoh dengan orang yang boleh menjaga ko dengan baik sebaik baiknya. Dan juga, harap tercapai cita2 mahu jadi PTD, InsyaAllah :) I love you fren !

Penat nye sejak2 nie, tak sabar nak cuti next week.
Sekian,thanks for reading !