Wednesday, 30 May 2012

Jawab tagged.

1. Apa nama blog kamu?
rainbowblink.blogspot.com
pelangi kelip2, maksud dia penuh dengan warna yang ceria dan sentiasa menyerlah

2. Paling suka makan apa?
Lasagna, Tom yam

3. Paling terror masak apa?
Sambal sotong. ayam masak lemak
emak cakap sedap, adik aku pown dah bagi kelulusan,haha :P

4. Mandi berapa kali sehari?
2 kali biasa nya, depends pada tahap kepanasan pada hari tersebut,hee

5. Suka makan aiskrim tak? Aiskrim favourite?
Suka ! aiskrim walls (vanilla dan chocolate)

6. Kalau stress biasa buat macam mana?
Dengar lagu untuk relaxkan otak, mandi, solat

7. Pernah accident tak? kongsi cerita..
Pernah la weyy, dua kali plax tue. First aku yang langgar motor orang, kira motor dengan motor lah. Second orang yang langgar aku masa tue dia naik motor aku naik basikal,haha..

8. Berapa kali putus cinta?
2 kali, last masuk masuk diploma, sejak tue aku buat keputusan tak nak couple dah, nak cari the real one pastu nak kahwin terus, settle.

9. Sudah daftar sebagai pengundi? rasa2 pilihanraya kali nie macam mana situasinya?
Agak mendebarkan dan pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka akan berlaku. So, kerajaan dan parti pembangkang sila lah bersedia..

10. Destinasi impian nak pergi mana?
Pulau Krabi dengan future husband, InsyaAllah..
^_^






Tuesday, 29 May 2012

First time dapat SPA.

Penolong pegawai penerangan S27
PICC, Putrajaya

Kalau ada free time aku ambik la exam 16/6 nie. Saja2 datang exam untuk cari pengalaman, sebab aku ada 1 sem lagi nak habiskan untuk degree nie. Thanks SPA for the offer,insyaAllah nanti saya datang ye :DD

Monday, 28 May 2012

Hi kem D' Tepus, Kedah ! :D

Minggu lepas aku join program team building yang dianjurkan kelab penyayang. Jauh sekali perjalanan, hampir 7 jam rasa nye. Dah la aku nie ada masalah nak tidur dalam bas, boleh dikatakan sepanjang dalam bas aku tak tido lena pown. Paling lama pown setengah jam, pastu confirm mata aku segar balik. Sampai2 je aku agak terkejut dengan tempat kem D'Tepus tue, entah..maybe I expect the place will be better than that kot? Tapi okay la, sesuai dengan budget yg mungkin agak terhad.huhu..Tapi bagi aku, kalau dapat cari kem lain lagi best kot, contoh yg dekat dengan air terjun ke, rentas halangan lagi banyak ke,ehh demand lak aku nih,haha :PP

Aku enjoy dengan game dlm LDK, semua best ! Group member aku pown sporting habis dan beri kerjasama yang baik, congrats all. Aku sebagai facilitator pown kena banyak belajar lagi handle program macam nie, AJK semua pown banyak beri tunjuk ajar, bestbest. Aku pown tak capture banyak gambar dari camera aku sendiri, ada jugak gambar yang diambil dari Zul a.k.a street runner, credit to him..


Memancing la sangat kann..haha~
Group 8,best ! :D

Committees and participants :)
Rentas halangan


Gambar tak ikut susunan aktiviti,malas nak arrange,huhu~
Okay,bye. Thanks for reading ! Good nyte awak2 sekalian :)


Thursday, 24 May 2012

BBQ time.

Thanks to all kelab penyayang committees for a wonderful event tonight. We had fun and know each other better right? I hope we can cooperate and change more ideas in future. Rafsyan as a project leader for this family day had successfully manage this event and thanks for the BBQ time at Tasik Shah ALam section 7, it was my first time to have BBQ there and it was not bad, nice view and nice place. I'm extra exhausted right now and of course need to qada' sleep and sleep again for this coming holiday,hehe. Can't waittttttttt !

What a busy night la for today because I have to pack all those things for team building program in Kedah starting tomorrow morning until sunday. Its 11:58pm and my bag is still empty. Anyone can help me?? :P okay, got to go because I need to settle my assignment first before I can really enjoy my weekend. Good night and take care..

As salam...

Tuesday, 22 May 2012

Yang pergi tetap pergi.

innalillahiwainnailaihirojiun
Al-fatihah..


Pagi nie tetiba rasa nak log in facebook. Buka2 je terus dapat tahu Kak Noormawati telah meninggalkan kita semua. Arwah telah menghidap sakit barah otak sejak setahun lebih yang lalu. Aku selalu jadi silent reader Kak Moon, sampai pernah aku menangis sebab baca penderitaan pasangan Talib dan arwah kak Norma yang tabah tue. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini.

Apa2 pown korang boleh rujuk kat sini okay?


Sekian,thanx for reading !

Happy birthday Lin.

Muahaha,merah padam muka Lin kena pakai benda alah nie :DD

6 of us plus Nurul...
Balik2 aku pakai tudung coklat favourite ak nie,aihh..
mcm takde tudung lain je..

My wish for you:

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Selain itu,aku harap ko happy2 selalu dan cepat2 bertemu jodoh dengan orang yang boleh menjaga ko dengan baik sebaik baiknya. Dan juga, harap tercapai cita2 mahu jadi PTD, InsyaAllah :) I love you fren !

Penat nye sejak2 nie, tak sabar nak cuti next week.
Sekian,thanks for reading !

Monday, 21 May 2012

Jum niat puasa esok.

Sahabat2 sekalian, sesiapa yang nak puasa esok sekali dengan qada puasa ramadhan ini niatnya..

" Sahaja aku qada puasa ramadhan dan puasa sunat bulan rejab kerana ALLAH Ta'ala "

P/s: Semoga puasa rejab pertama kita mendapat keredhaan ALLAH s.w.t.. 

Semoga dipermudahkan.

Tadi baru call atuk Mon(Nenek) sebelum atuk nak bertolak pergi umrah esok. Aku nak hantar  kat KLIA tapi macam biasa lah, confirm tak dapat sebab class pack. Aku pown borak2 ngan atuk melalui handphone je, tetiba rasa rindu sangat, mungkin lama tak balik kampung kot sebab busy, parents je yang selalu balik. Aku memang ada niat nak minta sesuatu dari atuk,hehehe :D

Nak tau apa dia? jeng jeng jeng..

Sesi perbualan dengan atuk mon(setelah diringkaskan) :

Me       : Assalamualaikum atuk !
Atuk    : Waalaikumusalam, rin yerrr..
Me       : Yela atuk,hehe. Watpe tue?masih sibuk ke?
Atuk    : Tak la,ada duduk2 nie je..rin kat mana nie?

.......

****beberapa ketika selepas tanya soalan2 basic..

Me        :Atuk, rin ada satu permintaan nie. Nanti depan kaabah doakan rin dapat jodoh baik2 ek

Atuk       : hehehehe(tergelak dia)..amboi dah tak sabar ke? 
Me       :haha,alaa atuk..risau lah,usia dah meningkat tapi tue la, tak jumpa sesiapa lagi. Takut dengan lelaki sekarang nie.hmm..

Atuk      : Ya,InsyaAllah atuk sentiasa doakan cucu2 atuk selepas sembahyang tau

Me        : Terima kasih atuk. Doakan yang terbaik untuk kami kat sini ye 

Atuk     : Ya, atuk takkan lupa tue. Atuk doakan untuk rin, rin pown kena doakan untuk atuk selalu (tetiba aku rasa sebak)

Me       : Baik atuk, InsyaAllah rin tak lupa tue. Harap atuk dapat beribadah dengan tenang dan sempurna di sana.

Borak punya borak, rasa best pulak. Atuk pown suara ceria je, rin tak risau sangat sebab atuk dah pernah pergi dan ada macik2 yang boleh tengok2 kan atuk. Harap atuk selamat pergi dan pulang, InsyaAllah. Rin sayang atuk! :)



Saturday, 19 May 2012

3 words.


Where is he?
>.<

SUKOL 2012.

Alhamdulilah !! tue saja dapat aku ungkapkan selepas diumumkan menjuarai perbarisan SUKOL 2012 UiTM Shah Alam. Mana la tak happy,lawan dengan 10 kolej yang sangat la best performance masing,last2 kami jugak terpilih sebagai juara. hehehe...Berbaloi baloi kot usaha sebab setiap malam selama 3 minggu berlatih 10-11:30pm, semua kerja tertangguh gara2 perbarisan nie.


Best jugak join nie ,at least aku boleh practise taekwando aku yang dah 2 tahun tertinggal tue. Thanks pada yang datang support, ilepyou !hee..Thanks pada yang bertungkus lumus mengajar dan memantapkan lagi perbarisan kali nie,akhirnya tercapai jugak impian pengetua untuk melihat kolej Melati menjuarai perbarisan SUKOL 2012. 


Bila emceee announce je, tempat pertama perbarisan SUKOL 2012 UiTM Shah Alam jatuh kepada kolej...........!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MELATI !!!!!!
Semua macam OMG, x sangka dowh !haha...

Jum layan gambar,

Hulubalang la sangat,haha~
Gegurls yg chantek !
Lin,Nana,me :)



Ok sekian sahaja, thanks for reading !

Thursday, 17 May 2012

Bacaan yassin bersama classmates.

Alhamdulilah,aku telah dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik dan berkongsi susah senang. Bukan kawan degree je, dari sekolah,diploma sampai lah usia aku 23 tahun nie, syukur Ya Allah..Baru tadi aku buat bacaan yassin untuk bilik aku di kolej melati. Classmate kitorang memang setiap malam jumaat akan buat bacaan yassin dari bilik ke bilik, tapi untuk level kitorang dan bilik kawan2 yang kenal je lah. Besttt, tak pernah buat macam nie semester yang lepas2..

Thanks for coming everyone ! :)

Classmates yang chantek2 belaka...
Minggu depan bilik eazy pulak..
Okay, sekian thanks for reading !




Red and black.

Done with managing change presentation ! Thanks to my partner, Nana for the hardwork and Prof Madya Nabila for the guidance, I really appreciate it. Me and Nana decided to wear red and black baju kurung, awww,berani gituuu,hee. PM nabila said, 'good presentation!' and I was like so proud for our effort and smile and smile again :DD


Feeling so nervous at this time,
but still tersengih sengih  gembira,hee..


Monday, 14 May 2012

Senyum senyum selalu !

Ya,dikala orang lain sedang diulit mimpi2 indah, aku masih memerah otak untuk research yang akan disemak esok.Ouh nebes ...! Lusa pulak presentation, aku tak prepare pape lagi,memang masak aku esok wehh.

Dah dah, nak habiskan kerja. Lega sikit kepala otak nie nanti. Walaupun banyak kerja, tetap tersenyum macam kerja dah siap semua je kan,hehehe. Okay, good night :)

Happy mother's day ! :)


Wah,lambat sehari post entry nie. Sebenarnya nak tulis semalam tapi sebab dah ngantuk sangat, terus krooohh kroohh la jawabnya. Aku mana boleh tunggu bab2 tido nie,hehe :PP

Semalam aku sempat balik rumah kejap, semata-mata nak spend time dengan emak tersayang. Emak, selamat hari ibu,love you ! Terima kasih untuk segala-galanya, memang tak terbalas segala jasa2 mu, tapi rin dengan adik2 cuba jadi anak yang terbaik untuk emak dan gembirakan hati emak selalu,InsyaAllah :))

Kitorang sempat beli kek je, kebetulan pulak mak cik dan atuk aku ada kat rumah, so sambut untuk 3 orang ibu sekali lah. Lepas dah potong kek kat rumah, kitorang lepak2 kat tasik putrajaya sambil settlekan convocation sedara kat PICC. Btw, congrats Nana for your convocation day ! :D



My mum, Cik Milah, Atuk
Sorry gambar x clear,huhu..


Me with Nurin Kamarina yang petah bercakap :)

Anak manja mak ngan abah :P

Okay sekian sahaja.
Bye !

Tips Memanfaatkan masa


Diambil dari brochure yang aku jumpa di sekitar campus, macam menarik,jum baca :)

1) Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Kelebihan bangun awal nie, memang banyak sekali. Namun, cukuplah dikatakan bahawa kalau bangun awal kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

2) Amal baca surah yassin setiap pagi
Seboleh mungkin cubalah peruntukkan masa 15-30 minit untuk baca surah Yassin pada setiap pagi. Kelebihan surah Yassin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yassin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan.

3)Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi sebelum memulakan apa apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan dan pelan tindakan atau strategi untuk 'daily goal'anda.

4) Jangan tangguhkan kerja,laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri 'Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.'

5)Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta,masuk lift, buku yang anda bawa tue dan bacalah k.

Okay, itu sahaja. 
Sharing is caring :)
Thanks for reading !

Thursday, 10 May 2012

Kes dera anak.

Assalamualaikum, good morning olss ! Okay, baru baru nie kita digemparkan (wahh ayat skema) dengan video kes dera anak yang tersebar kat facebook. Aku pown ada tengok jugak dan agak terkejut dengan perangai si ibu tue. Bergenang jugak la air mata aku tengok nasib anak yang sangat sangat tak berdosa tue.  T_T

Bila si ibu tue pukul anak dia, aku pulak yang rasa sakit. U know what, adik aku yang pukul guna bantal tue pown aku dah rasa sakit, nie kan lagi budak tue, boleh sampai plax hati mak dia pukul pakai bantal,sakit wehhh ! Bagi aku as a muslim, memang la kita rasa macam nak marah tapi tak perlu nak keluarkan kata2 yang agak kurang ajar, contoh $#&#(%$#@&^%$#@,ahh faham2 sendiri la kan. Malas nak tulis kat sini.


Pape hal pown, tunggu je siasatan polis. Doakan yang terbaik untuk si anak tue semoga dia sentiasa di bawah perlindunganNya selalu, amin...


Sekian, thanks for reading !


The best song ever.


Everytime I feel down and demotivated, I will listen to this song for many times..

Mariah Carey
-Through the rain-

One of my favourite part :

I can make it through the rain, I can stand up once again
On my own and I know, That I’m strong enough to mend
And every time I feel afraid, I hold tighter to my faith
And I live one more day, And I make it through the rain

Tuesday, 8 May 2012

Hunger cycle, its true !


Totally agree ! :DD
 This is what happened to me every night before sleep. Sometimes..


Monday, 7 May 2012

If only you knew...

I'm so tired lately. Hopefully I can stand it and manage myself very well ! No word of 'give up' in my life. Its 1:31am already, I need to rest and get some quality sleep. Good night people, sleep well.

Mood: I'm thinking about you. And I don't know why...

Sunday, 6 May 2012

Kembara rimba super best !

Assalamulaikum..

Semalam aku telah menghadiri satu program yang ala ala Amazing Race,bertempat di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program nie anjuran fakulti aku sendiri dan pengarah projek adalah kawan aku sendiri, haruslah aku sokong kan. Secara keseluruhannya, program nie memang best dan tercapai objektifnya :)

Satu kumpulan mesti ada 6 ahli. Nama kumpulan aku Charlies Angels, sumpah gedik je nama kan :P Thanks so much kepada Aizat yang datang untuk ganti ahli kumpulan kitorang yang tarik diri last minute. Itu pown aku tak sengaja chat FB pukul 2am, borak punya borak then dia offer diri nak join kitorang, aku pown on je lah,lagi bagus sebab at least ada lelaki dalam kumpulan kami kan,hehehe. Thanks again Aizat !

Ada 8 checkpoint semuanya,semua game sangat best. Tak sempat nak ambik gambar sangat, sebab rushing nak pergi cari tempat kan. Part paling lawak ialah masa kitorang kena melukis. Orang depan kena teka tue gambar apa. Orang paling belakang dah lukis cantik2, sampai depan gambar berubah ubah, yelah tak semua pandai lukis kan. Senang cerita, gambar basikal jadi troli kat shopping kompleks tue,hahaha. Bila fikir balik memang lawak la,masa tulis nie pown aku tengah gelak besar,haha :DD


Layan gambar,


Nice design..

Amboi,sempat lagi dua org belakang tue eh..
Charlie's angels sgt !:P


Thanks all, enjoy sgt :)


Hehehe,okay sekian sahaja
Bye.



Saturday, 5 May 2012

Nak tengok jugak !

Sekarang tengah berlangsung match Chelsea vs Liverpool,kan kan? Okay aku jeles sebab takde TV kat bilik nie haa,kalau nak tengok sila turun di bilik TV bawah. Kan best kalau match nie masa cuti semester, boleh bersengkang mata bagai. Arghh jeles, kalau tengok football at least boleh release tension kejap, sebab dapat cuci mata dan jerit dengan adik aku kat rumah tue haa  ! hehe :P

Nak sambung buat assignments, happy watching you olss..

Sahabat, hati-hati ketika bergurau


Artikel diambil dari iluvislam, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan bersama. Aku pown salah seorang yang kadang2 bergurau secara kasar walaupun niat tue untuk bergurau je sebenarnya T_T

Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan Allah swt. Tugasnya dicipta di atas dunia adalah untuk melakukan kebaikan dan menjahui kemungkaran. Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin saya  tegaskan kat sini, kita semua manusia. Punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan punya badan tidak sedih?
Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.

A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samara.
Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.

Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?

Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.

Friday, 4 May 2012

Setiap gambar ada cerita (Diploma)

Hye olsss,


Tadi tetiba rasa nak bukak album masa Diploma dulu, saja nak feeling kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ) kejap. Rindu nak fly sana lagi, rindu nak makan laksa sarawak, rindu nak bagi ikan makan kat Taman Sahabat dan paling rindu nak drive satu kuching! haha..Arghh, banyak sangat kenangan, setiap gambar ada je yang boleh buat aku tersengih sorang2.  Bak kata pepatah, setiap gambar ada cerita, setiap cerita pasti ada rasa,hehe. 

Antaranya :

Me,Ida, Azi, Nazrul, Kery
Gambar nie tengah makan kat depan waterfront. Satu hari suntuk berjalan, dari pagi sampai la ke malam. Sempat lagi tukar baju petang tue sebab nak sambung berjalan.haha..Yang paling best, kereta habis minyak depan kolej ICATS, student kat kolej tue semua dah gelak2 tengok kitorang. Malu kot..Nasib baik ada Nazrul(eh yeke nama dia?) datang dan bawak tong minyak untuk kitorang. Haa tue lah, berjalan sakan sampai meter minyak pown tak perasan,cess. Lepas balik makan dan karok bagai apa semua, tak sampai 1km nak sampai UiTM, kereta rosak la pulak! Perghh, apalah dosa kami sampai dugaan macam tue sekali,haha...Bersoal jawab la dengan Encik polis bantuan, nasib baik  lepas masuk UiTM ! :DD


Azi, Raden, Asma, Me
Nie masa semester 2. Kitorang mula rapat dan selalu je lepak sesama. First time aku overnight dengan kawan2. Main bowling, tengok wayang dan bersteambot sesama,paling lawak bila part pakai chopstick tebalik la,hahaha,kawkaw kena bahan. Satu Kuching kitorang round, sampai dah tatau nak pergi mana dah. Borak2 tepi waterfront sambil nikmati keindahan bandar Kuching, arghh rindu saat itu ! Masa nie la bunga bunga cinta antara Azi dan Topek berputik, opssiee,hee. Sampai la subuh kitorang lepak, balik kolej terus ZzzzZzz :P 


Azi and Me

Azi, my bestfriend from semester 1 hingga 6. Kat mana Azi ada, kat situ jugaklah Fasha ada. Macam kembar dah rasa,hehe. Serious memang rapat, gelak sesama, study sesama dan sampai Bintulu pown sebab dia, thanks Azi for everything, tak terbalas budi baik awak kat kita nie :D Time nie dekat kandang lembu Sarikei, pergi rumah Topek. Best dapat masuk kandang lembu yang real punya,aaahh nampak sangat aku jakun kat situ, okay fine. 


Topek, Axi, Asma, Me, Wawa, Atiqa
Gambar nie masa semester 2 rasanya. Macam biasa la, kitorang petang2 selalu joging. Entah kenapa tetiba petang tue rasa nak main "pukul berapa datuk harimau ", main kejar2 la kitorang. Sumpah lawak !haha..menjerit bagai pe semua, macam budak sekolah je rasa, tapi best la ! Release tension sambil menyihatkan badan. Pastue lepak kantin sambung borak lagi, cerita takkan pernah habis, pelik betul,hehehe..


Banyak gila gambar, nak cerita satu2 memang tak larat la.
Sekian, thanks for reading !

Wednesday, 2 May 2012

What a busyyy month !


I need to work harder ! Semoga semua urusan dipermudahkan, amin...
Takde chance la nak balik rumah kali nie. 

Takpe lah, demi bangsa dan negara, sanggup ku korbankan,wahhh giteww :PP


May schedule


Okay, sekian. Good night  :)

Tuesday, 1 May 2012

Bila rindu seseorang, berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf

Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. Sesiapa pown boleh cuba doa nie, mungkin rindu korang tue boleh sampai kepada dia walaupun dari jauh dan dalam diam. Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam,di hati ini hanya Tuhan yang tahu :)


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "



 ♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥



Sharing is caring.
I miss someone too..

Okay sekian, thanks 4 reading.