Sunday 6 May 2012

Kembara rimba super best !

Assalamulaikum..

Semalam aku telah menghadiri satu program yang ala ala Amazing Race,bertempat di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program nie anjuran fakulti aku sendiri dan pengarah projek adalah kawan aku sendiri, haruslah aku sokong kan. Secara keseluruhannya, program nie memang best dan tercapai objektifnya :)

Satu kumpulan mesti ada 6 ahli. Nama kumpulan aku Charlies Angels, sumpah gedik je nama kan :P Thanks so much kepada Aizat yang datang untuk ganti ahli kumpulan kitorang yang tarik diri last minute. Itu pown aku tak sengaja chat FB pukul 2am, borak punya borak then dia offer diri nak join kitorang, aku pown on je lah,lagi bagus sebab at least ada lelaki dalam kumpulan kami kan,hehehe. Thanks again Aizat !

Ada 8 checkpoint semuanya,semua game sangat best. Tak sempat nak ambik gambar sangat, sebab rushing nak pergi cari tempat kan. Part paling lawak ialah masa kitorang kena melukis. Orang depan kena teka tue gambar apa. Orang paling belakang dah lukis cantik2, sampai depan gambar berubah ubah, yelah tak semua pandai lukis kan. Senang cerita, gambar basikal jadi troli kat shopping kompleks tue,hahaha. Bila fikir balik memang lawak la,masa tulis nie pown aku tengah gelak besar,haha :DD


Layan gambar,


Nice design..

Amboi,sempat lagi dua org belakang tue eh..
Charlie's angels sgt !:P


Thanks all, enjoy sgt :)


Hehehe,okay sekian sahaja
Bye.



No comments:

Post a Comment