Saturday 27 December 2014

Throwback.


Tetiba rasa nak throwback masa awal2 dengan tunang dulu. Kejap je rasa masa berlalu, maybe sebab busy dengan kerja sampai tak sedar dah lebih 2 tahun kitorang rupa nye. Alhamdulilah..Ingat lagi masa tue aku tengah exam final year kat UiTM Shah Alam, start from private chat FB la borak2 semua, tetiba dia ajak lepak. Aku okay je la kan, takat borak2 takde hal la, aku pulak kaki buli, memang kena bahan dengan aku la kan first date tue,haha..sorry sayang. Heii tapi sekarang dia dah pandai buli kite balik tau,kawkaw punya. Tapi aku takkan kalah punya, haha :P

First date dia ambik aku kat kolej Melati lepas maghrib. Dinner kat Asiari restaurant SACC mall,dekat dan tak ramai orang. Senang sikit nak borak bagai kan. Masa tue rasa biasa je, takat kawan lepak nak hilangkan stress exam kan. Lepas berapa kali keluar, aku saja offer dia join big family day aku kat melaka, nak tengok dia nie serious ke tak dengan aku. Tapi dia cakap okay wehh,terkejut jugak la aku. Dalam hati, okay takpe. bagi chance dulu kasi gentar sikit sebab nak kena jumpa 40 orang masa family day tue..hihi.

And again,alhamdullilah, he really make it for me. He really makes me smile with the confession,auwww...okay takmo story lebih2, sampai esok tak habis kalau aku dah bebel.Doakan yang terbaik untuk kitorang, doakan Mr white dapat jawab final exam nie dengan baik. 4 years to go to finish your degree in UITM Shah Alam, stay strong and good luck sayang ! :D





Wedding prep 1: New home.

Hai,

Harinie aku nak cerita pasal rumah baru untuk pengantin baru giteww..hihi. Berapa belas hari lagi insyaAllah akan jadi isteri orang.Biar betul aku nieee..selalu tanya tunang 'eh awak nie betul ke nak nikah dengan kite? fikir bebetul dah? ' hihi. Bila fikir balik kan, betul orang cakap kadang2 jodoh tue ada je dekat dengan kita. Just masa belum tiba untuk dipertemukan..cewahh..giteww ye kawan2 sekalian,haha :P

Ape benda aku bebel nie. Cerita pasal rumah baru, kalau ikut plan lepas kahwin kitorang duduk rumah sendiri. Best sangat dapat share ideas and money untuk rumah sendiri. Just imagine kitorang busy nak uruskan wedding dan rumah at the same time. Banyak duit nak guna woo..Tapi rezeki ada je time2 camnie. Even duit banyak guna tapi tak pernah lagi aku dengan tunang ikat perut. Ada je duit datang dari mana2 tak sedar kan. Alhamdullilah..

Masuk rumah baru nie kitorang sikit2 beli barang. Kalau sekaligus terasa jugak duit kan. Bersyukur sangat dapat tunang yang tahu serba serbi.Means aku boleh harapkan dia nak decorate rumah ke, nak pilih barang, nak tue nak nie kan. Tak la aku sengsorang je buat semua benda. Thank you sayang ;) 

Rumah comel kitorang nie ada 3 bilik 2 toilet. Sangat la selesa, bersih dan privacy okayy..yang penting ada parking lot sendiri tak payah aku nak berebut parking, security pown ada , lif pown ada,etc. 

Just a simple living room for us

Second room buat bilik baju dan solat

Memang aku kerah adik2 aku untuk tolong sekali..tenkiuu ..hihi

Tunang kaki movie, so speaker sgt la penting utk kasi sound boom boom sket..grr sabau je laaa...

Overall rumah kitorang simple dan selesa sesuai dengan budget kitorang..hewhew. Terima kasih family in law yg bagi fridge FOC. Terima kasih jugak mak dan abah aku yang bagi katil FOC. Dah jimat banyak kat situ. Next, we aim for sofa and washing machine.

Terima kasih untuk semuanya :)

Bye.



Friday 28 November 2014

Hei friday.

Assalam,

Hari nie pagi2 aku dah gerak pergi klia2. Dua hari yang tak cukup tido. Dua hari lepas tido pukul 2am,siapkan assignment. Semalam dapat tido 3 jam macam tue. Adoyai..tak heran la kepala aku pening macam apa.Siap muntah bagai,sabau je la aku T___T

Sekarang dah selamat sampai ke Bintulu pown. Rindu bau sarawak wehh..hehe. Aku sampai sini sebab BFF UiTM dulu kahwin. Haruslah datang kan.Big day once in a life. At the same time,esok birthday Mr White, sorry sayang I cant be on your side tomorrow.wuwu..

Bintulu for 3 days and 2 nights.Lets have some rest and joyfull time with the gegirlsss..hehe

Lets fly high

Hotel the bride to be bagi for us ! hehe.thanks Azi Hazida...
Okay bye.Need to make some preparation for tonight Majlis berinai..

Saturday 8 November 2014

HSBC annual dinner 2014,sunway lagoon !

Salam,

Hai chu olss..arinie ahad macam biasa aku plan nak duduk rumah. Malas nak keluar, panas ..Ai nak jaga kulit la u olss..haha :P Malam tadi aku attend HSBC GSE annual dinner, tema sun and surf di sunway lagoon. I had so much fun yesterday,full of laughter, dance,sing a song with Jaclyn Victor, and many things.

Paling best sebab dapat officemates yang gila2. Sana sini selfie, aku pulak duduk kat betul2 depan stage, sakit kepala sebab sound gila kuat nak pecah gegendang nie ha, tapi ignore sajeee..haha. Feeling nye pasal.

Tapi ada jugak tak berapa best,food is just so so. Banyak grill bbq semua, tapi the taste not as expected. Maybe orang ramai, so nak que pown malas. Last2 aku makan sikit je sebab malas nak que banyak kali. Masa nie aku rasa nak enjoy the performance more than food actually,haha..Company aku ramai non muslim kan, so arak memang provided la. But the area is different from us, tapi aku rasa tak comfortable jugak la.huhu...

Penat bebel..jum layanss..

Here we go!

Lets enjoy the performance

Ohsem colleagues

Almost end of the event

Anywhere we can dance

Beach party time

2 wifes plus bride to be, heee

Havoc stage

Jaclyn Victor as performer for that night




Ok habis dah, bye. Tq HSBC GSE for this wonderful night :)






Saturday 25 October 2014

I'm afraid of heights !

Hai and morning, wah pagi2 aku dah berblog. Macam pelik je kan,haha. Mood pagi ahad yang baik, harinie plan nak duduk rumah je. Just relax with the family on weekend. Malam tadi dah date kan,ai pergi one city mall yang sekarang sibuk orang selfie kat skypark tue. Thank you sayang yang tetiba nak buat surprise tue kan. Plan nak cycling cancel sebab hujan,wuwu..

Sampai je one city mall,terus naik lif level 10. Nak pergi skypark tadi kan? hehe. Dalam lif siap aku cakap 'tak tinggi mana pown, biasa je' ..haha..confidenttttt.. Sampai atas kitorang tengok view menghadap jalan,memang cantik. Lepas tue pergi tempat yang boleh pijak cermin tue, errrrrr...berpeluh sakan aku.haha..

Aku kalau takut memang berpeluh tak hengat. Ai tell u memang tinggi,kalau gayat macam aku memang nervous jugak la.

Enjoy our pics !

Nice view from level 10

Me and My handsome fiance :D

Me and you
Muka kena paksa duduk atas tue..wuwu

smileeeee..


Okay abes dah ! bye semua. Have a great weekend ya :)


Sunday 19 October 2014

Bebelan.


Hai,ok serious tak dapat tidur. Padehal esok kerja,sure banyak kerja.Balik lewat as usual T_T

Nape letak pic tue? haaa..saja je.Tak pernah lagi aku letak pic kitorang kat mana2 melainkan pic tunang. So setahun sekali apa salah nye kan.hihi..rindu la.

Mr white tido awal lak arinie.Penat class kot, so takmo kacau. Dah call tadi gelak2 ngada2 sedar tak sedar tak lama je lagi nikah. Allah...cepat betul masa. Banyak benda nak prepare,yes i knoww..Sekarang takde masa nak DIY apa semua, kalau boleh aku tak nak buat benda yang boleh susahkan orang. Biar lah aku bayar, janji tak penat dan mak abah aku tak susah.

Sekarang kalau date pown kitorang lebih suka survey hardware or furniture,nak masuk rumah sewa la kate kan.hihi..Seronok la weh,masuk MR DIY ke daiso ke giant ke pastu kitorang gelak2.haha..berangan apa entah.

Da pukul 12 pown, kena paksa tido jugak nie.Kalau tak mampuih nak bangun esok :P

Bye and good night :)

Sewa dulang hantaran,agak2 ada yang nak tak?

Assalam korang,

Niat lepas tunang aritue memang nak sewakan dulang.Murah2 je.Just nak tolong korang yg save budget,plus tak tau nak buat apa dulang2 nie.

Untuk sewa sahaja ya.Takmo jual,sayanggg..
hehe..Simple je decoration,DIY by me.









Interested?
wassap me 019-3232041 (Fasha)
Price starting from RM 10 :)
Pink purple theme.


Our E-day,2 months already :D



Assalamualaikum,

Setelah berkurun lama akhirnya aku kembali lagi...haha.Asyik la dok merayau kat blog orang lain kan,blog sendiri habuk tak hengat kan,hewhew. Ok la,direct to the point. Aku dah selamat bertunang 23.08.2014 haritue,alhamdulilah.Hampir dua bulan dah. Eh,macam baru je rasa dia dok nak tackle aku kan?hihi...dah 2 years couple rupa nye.

Nak cerita sikit la masa E-day tue,actually sekali buat untuk open house.Tue yg mcm meriah sikit.Tq pada family2 yg datang,jauh dan dekat. Eh rasa mcm kahwin plak kan.hehe..

Macam tak percaya je Mohd Afif bin Mohd Tahir tue tunang ai tau. Classmate for 2 years during high school, borak pown tak pernah,tup tup dia yg lekat.Kalau tahu dia la orangnya,masa form 4 ai da propose u tau :PP hihi...Tq sayang sebab sabar je dengan kite,layan kan je peel tunang dia nie. Baru 2 years in relationship and hopefully hari2 mendatang pown rasa baru tue ada lagi ,insyaAllah. 

Sekarang nak attach pic pulak,just to share some moments for our Eday.Actually pics tak dapat lagi from my uncle,tungguuu..thanks for coming ya ! Nak sebut memang ramai,thanks again korang mwahhh !hehe..

During family discussion,haruslah en tunang tunggu luar kan.hihi..chit chat with pak tam.


Family discussion...

Senyum lebar je dua2,kemain lagi eh.Baru tunang tue.haha...

My officemate,Noreen :)

Classmate UiTM shah alam :D


Seriously,mekap nie nmpk kulit aku gelap.FMIL pown ckp aritue, dia ckp aku nie putih actly tapi mekap tue buat aku nmpk gelap sikit. Takpe,kahwin nnt ai hire MUA ok !hihi...nie maybe member aku mekap n masalah cahaya la kot.Just my assumption.

I love my mini pelamin so much !so gojes n simple :)

Adik encik tunang dan FMIL..hee


Alhamdulilah,semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih mak abah,semua family yg banyak tolong memeriahkan majlis kecil ini. Tq Future family in law yg sudi datang n sudi terima ai as part of your family. Tqsm ! tak sampai 3 bulan je lagi majlis,doakan semua urusan kami dipermudahkan ye.

Ok, nak tido dulu.Byeeee :)

Sunday 17 August 2014

Tears.

Sometimes you have to....
Just keep quiet and smiling

22.26pm
18 August 2014

Sunday 20 July 2014

Salam takziah MH17

Assalamualaikum,

Pagi jumaat aku terkejut dengar berita MH17 ditembak di Ukraine. Macam mimpi, MH? MH tue MAS kan,dalam hati aku time tue. Ya Allah,again! Taktau nak cakap apa. Sejam kemudian masa aku nak siap2 pergi kerja, mak aku cakap salah seorang ialah sepupu abah aku. Allah, Mohd Ali Mohd Salim adalah salah seorang saudara aku. Hari jumaat tue abah aku wakil melawat keluarga tersebut di Putrajaya. Nampak tenang keadaan pacik Salim, seperti redha atas ketentuanNya. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Al fatihah kepada mangsa beragama islam dalam nahas MH17. Semoga roh kalian dicucuri rahmat. Amenn.

Lagi seminggu nak raya !


Hai ,

Dah 3 minggu puasa dah kita rupe nyer. Kejap je masa berlalu. Rasa macam rugi plak tahun nie, aku tak cuba nak lipat ganda ibadat. Aku cukup respect mak aku,balik kerja penat siap masak lagi,belum hilang penat dah pergi terawih. Yang aku nie,hari2 sampai rumah kul 7:50. Sampai rumah tinggal nak mencekik je kot. Bukan aku masak pown tue pown banyak alasan lagi nak pergi terawih ! aihhh...

Aku sedih tahun nie. Mungkin ini kali pertama seumur hidup aku beraya kat kajang. Kat kajang okeh ! Just imagine pagi2 raya biasa busy kat kampung pagi raya, salam semua ahli keluarga tetiba tahun nie ada kat office,ouhh ^%&&%$! Tapi raya pertama je, raya kedua dan seminggu aku cuti !kikiki…belajar la redha dan mengalah sikit. 

Tahun nie tema kitorang gold. Tapi untuk aku sendiri lain sikit,sebab aku berkenan yang kuning tue.haha..Lari tema,confirm kena bahan nanti,ahhh takpelah. Dari pilih yang aku tak suka watpe kan ? Dah la aku beli kat PKNS Shah Alam, i tell u gila mahal. Nasib jumpa cantik dan murah,100 plus je. Tue pown dia yang nampak dulu, hehe. Tq love ...Aku rasa nak simple2 je tahun nie, banyak duit nak guna oiii. Baju yang lepas pown cantik2 pakai sekali dua je,recycle la kan.

Ok la,sampai sini je. Selamat berbuka semua :)

Saturday 19 April 2014

Bahaya.

Assalamulaikum semua,

Tetiba terfikir pesbuk nie bahaya kalau terlebih guna. Kita guna untuk komunikasi dan dapatkan info tapi kadang2 info yang disampaikan belum tentu tepat 100%.Boleh jadi 50% je yang betul. Aku bukan jenis yang aktif pesbuk nie,entah la.Aku rasa takde benda penting aku nak sampaikan. 

Bagi aku la kan, segala benda yang kita post tue mencerminkan imej diri sendiri sebenarnya. Taktau la kalau orang lain. Apa yang aku perasan bila ade satu isu timbul tengok la macam mana orang kita speculate,woww..hebat kan? Nie belum lagi orang screenshot pastu sebarkan. Nampak tak,semua bole tersebar dalam 2 saat !

Tapi tak la teruk mana pesbuk nie. Aku rasa pesbuk nie bole connect aku dengan member2 lain. Contoh kawan nak kahwin,dapat info dari pesbuk jugak ken? Tapi bila kau share baru gaduh dengan mak mertua pastu update dekat pesbuk apa kes?haha...Gosh. Topic nie muncul lepas borak2 dengan Mr White. Kitorang nak kurangkan pesbuk nie,gambar2 aku tue bila2 je orang boleh salah guna masuk dalam awekmelayu.com ...hish,simpang2 la.

Ok,sharing is caring ! Thank you and bye.

Friday 18 April 2014

Any question regarding HSBC Cyberjaya?

Since too many people asking me about this HSBC Data Processing Malaysia (HDPM) at Cyberjaya, I prefer you guys to contact me through my email,nurulfasharina@ymail.com
I hope it helps you guys and kindly don't drop any comments on the entry since I will read it only once a month, thanks a lot ! :)

Review : Simplysiti

Assalamualaikum,


Eh rajin la pulak aku nak update blog kan. Nie la penangan blog, kalau dah start tak boleh nak stop dah,hee. Okay tetiba harinie aku rajin nak update pasal review produk Simplysiti nih. Aku rasa benda nie useful la untuk mereka yang tengah dok research mana yang okay,sebab aku pown macam tue dulu. Semua blog aku tengok ha,bagi puas hati baru aku beli. Agak2 8/10 orang feedback positive aku pown siap2 duit je lah,cehhh macam mahal sangat.haha...jangan risau,aku nie standard barang biasa je. Cleanser lebih RM30 bagi aku mahal okeh :P

Credit to google.com


Memula aku beli set trial je,ala ala travel pack macam tue. Ada 4 botol termasuk pelembap,cleanser,serum dan toner. Honestly, aku pakai serum dan toner minggu pertama je. Sebab tak sempat, mata nampak katil je.haha...ahh malas sebenarnye ! Macam mana la nak cantik gebus macam emma maembong kan...duhh...Aku pakai tak sampai sebulan lagi,tapi aku pakai jimat2 la,nama pown trial kan.

So far aku rasa muka nampak lagi cerah. Dulu muka aku serious nampak letih,kusam pown ada. Tetiba officemate aku tegur semalam muka nampak lain dah,glowing gitew,awwwww...haha. Siap interview bagai.Dah tue mak aku pown cakap muka nampak cerah sekang. Aku perasan je kulit muka macam dah okay sikit tapi malas nak ambik port sangat.Rasa macam perasan la pulak nanti. Bila orang tego baru aku rasa macam,ouhhhh??kikiki..seronokkk...

Apa yang aku tahu dermagic set nie khas untuk orang yang ada masalah kulit sebelum nie. Contoh aku dulu ada masalah jerawat,teruk jugak lah. Sekarang alhamdulilah okay dah. Plus, aku sangat la choosy nak pilih produk. Takut kang tetiba naik entah apa apa. Sekarang aku plan nak beli yang besar punya, bukan trial dah. Just sharing here, dulu aku try safi balqis,memang tak kena dengan aku. Teruk gile jerawat naik, seram bila pikir balik. Depends la pada orang tue, ada yang ok. Choose based on your skin la k,try and error, good luck ! :)

Sorry. Aku takde pic before and after.
Tapi nampak kan muka aku takde jerawat besau dah.
Dulu banyak je merah2 kat pipi tue.
Ok,bye ! Thinking for next entry,kiki :D


After 11 months...

Seriously last updated on July last year? Goshhh...pity you my my blog have an owner like me ! haha...pape pown assalamualaikum semua. Maaf la blog ye sebab lama sangat tak update. Rasa nak delete tapi sayang. Sebab aku bukan ade diary buku semua tue. Just depends on this to keep some up and down moments in my life. Aku tak nak update bukak sebab apa,laptop aku problem pastue dah pulak aku kena update guna PC kat bawah nie,malas sebab semua orang nampak aku nak update,malu weh..haha. Aku mestilah nak fefeeling kat bilik sendiri kan kalau nak bercerita kat blog, baru idea mencurah curah gitew..hiksss...

Apa aku nak cerita ek.Ok la,aku start dengan kerja aku sekarang. Sejak aku post pasal interview HSBC cyber tue, ramai giler yang tanya aku macam2. Ade la lebih 5 org personal email aku tanya itu ini pasal kerja nie. Tapi of course la aku jawab sebaik mungkin kan. So far aku rasa kerja nie okay, just enjoy even sometimes kau kena balik pukul 9,grrr...tipu la kalau aku takde niat nak tukar kerja. Lepas setahun kerja baru rasa macam God this is not my field, this is not what i want !! T_T Sekarang memang aku active kat jobstreet tue,harap ada la yang kena nanti. InsyaAllah...tahu napa aku nak tukar?sebab aku rasa gaji kat sini lower compared to other banks maybe. MAYBE.Actually tak teruk sangat pown, masih atas 2k tapi macam arhhhh..susah la nak explain.haha...i want new experience! yes thats it.

One of my colleagues during our BBQ

Lagi ape ehh..ouhh.Just sharing la. Aku ada baby baru,heee.Hoi,sesuatu yang memudahkan hidup aku la.Bukan orang ke apa, bab tue nanti cerita,kikiki. I bought a car,yess, finally lepas kerja setahun aku decide nak beli kereta. Setahun jugak la abah aku berkorban hantar ambik aku dekat ktm kajang tue. Sampai satu tahap aku tak sampai hati dah. Yela...maghrib la abah aku nak pergi surau la tambah penat segala bagai tetiba kena ambik aku. Macam letih sangat tau sebenarnya. Just takde lah abah nak bagitahu aku kan. Terima kasih abah :) Aku beli kereta mampu milik je,alhamdulilah..tak macam korang baru kerja dah pakai vios,phewwww...

Nak cerita pasal baby lain pulak nie,hehe.Hm, aku panggil dia Mr White je la eh. Tak reti nak cerita guna sayang ke baby ke sunshine ke,haha. Macam gedik gilos je. Alhamdulilah, tak sangka setahun lebih dah kitorang in serious relationship. Macam baru je lepak2 kat shah alam dulu,tetiba sekarang dah cakap pasal kahwin,ehhh? hehe.kbai :P

Selfie again n again..haha

Ok,bye !