Monday 23 July 2012

madagascar 3

Mahu tengok madagascar 3
mahu mahu mahu...

kan best kalau ada bf..
awak,jum kuar ! :PP

Short update.

Selamat berpuasa semua
Lama sangat aku tak update blog nie..
nanti la nak update story baru, penat rasa bila dah praktikal nie
Rutin harian cuti semester nie, bangun subuh, kerja, balik rumah terusss Zzzz..

Baru tahu macam mana susah mahu cari duit
T_______T

Thursday 5 July 2012

Dia lah adik bongsu.



Ayun and emak :D
Miss both of them...


Hari nie nak story sikit pasal adik bongsu aku nie. Tetiba rindu pulak kat dia. hehe..Kitorang panggil dia Ayun je kat rumah,nama manja la konon nya. Walaupun dah form 3, tapi aku rasa macam dia nie baru je umur 7-8 tahun macam tue. Macam baru je aku fetch dia dari rumah pengasuh setiap petang, dah besar dah rupa nya dia nih. Dulu masa kecik2 dia nie chubby chomel bambam tapi bila dah besar lain pulak jadinya. Makin meninggi dari kakak nye pulak,aishh..Kira dalam adik beradik, aku lah yang paling pendek nie.

Aku nie pelik sikit, walaupun kakak tapi aku selalu nak bermanja dengan adik aku.haha..Dah terbalik pulak kan. Dia pown layan je perangai kakak dia nih yang kadang2 gedik gilerrr :PP dulu kitorang selalu je gaduh, ada je benda nak buli dia. Tapi bila dah besar nie, lain pulak story nya. Aku kena lah selalu update pasal ayun about his school,kawan2 dia, girlfriend dia,haaa dah ada GF u olsss,mampu??kalah aku tau..

Hmm, disebabkan dia bongsu, kitorang memang concern pasal dia, takut terpengaruh dengan budak2 nakal. So kalau takat kena marah dengan abah atau abang dia memang perkara biasa, but it because we love you so much la ayun, okay??hehe.Takmo majuk2 dan sensitif bila kena marah k. Chill :DD


Okay, thanks for reading !

3 papers done, 1 moreeeee...

Hikhik, tersenyum sorang sorang. Tadi dah lepas habis paper yang ketiga, lega fuh fuhh. Lega sebab dapat gap 1 week, tapi sedih sebab soalan untuk semester nie bagi part kitorang agak susah,wuwuwu. Sangat susah, boleh speechless oww..Paling aku stress paper pagi tadi la, public finance subject. Alaa, malas nak fikir balik, what past is past la, salah sendiri, ye aku mengaku T_T

Esok nak pergi library sebelum aku berjimba di langkawi, nak study project management dulu. Harap semua dipermudahkan. Hati memang berbunga sangat nak balik nie, cepatlah hari sabtu :)

Okay la,Bye..
Thanks for reading !