Monday 21 May 2012

Semoga dipermudahkan.

Tadi baru call atuk Mon(Nenek) sebelum atuk nak bertolak pergi umrah esok. Aku nak hantar  kat KLIA tapi macam biasa lah, confirm tak dapat sebab class pack. Aku pown borak2 ngan atuk melalui handphone je, tetiba rasa rindu sangat, mungkin lama tak balik kampung kot sebab busy, parents je yang selalu balik. Aku memang ada niat nak minta sesuatu dari atuk,hehehe :D

Nak tau apa dia? jeng jeng jeng..

Sesi perbualan dengan atuk mon(setelah diringkaskan) :

Me       : Assalamualaikum atuk !
Atuk    : Waalaikumusalam, rin yerrr..
Me       : Yela atuk,hehe. Watpe tue?masih sibuk ke?
Atuk    : Tak la,ada duduk2 nie je..rin kat mana nie?

.......

****beberapa ketika selepas tanya soalan2 basic..

Me        :Atuk, rin ada satu permintaan nie. Nanti depan kaabah doakan rin dapat jodoh baik2 ek

Atuk       : hehehehe(tergelak dia)..amboi dah tak sabar ke? 
Me       :haha,alaa atuk..risau lah,usia dah meningkat tapi tue la, tak jumpa sesiapa lagi. Takut dengan lelaki sekarang nie.hmm..

Atuk      : Ya,InsyaAllah atuk sentiasa doakan cucu2 atuk selepas sembahyang tau

Me        : Terima kasih atuk. Doakan yang terbaik untuk kami kat sini ye 

Atuk     : Ya, atuk takkan lupa tue. Atuk doakan untuk rin, rin pown kena doakan untuk atuk selalu (tetiba aku rasa sebak)

Me       : Baik atuk, InsyaAllah rin tak lupa tue. Harap atuk dapat beribadah dengan tenang dan sempurna di sana.

Borak punya borak, rasa best pulak. Atuk pown suara ceria je, rin tak risau sangat sebab atuk dah pernah pergi dan ada macik2 yang boleh tengok2 kan atuk. Harap atuk selamat pergi dan pulang, InsyaAllah. Rin sayang atuk! :)



No comments:

Post a Comment