Saturday, 31 December 2011

Ombak rindu lyric song.


Saja nak berjiwang di pagi new year dan birthday ke 23 nie.hehe. 


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Flashback memories in 2011


Ye, tak sampai 24 jam lagi kita akan menyambut tahun baru. Bermakna aku akan sambut tahun kelahiran aku, 1st january ! alhamdulilah dengan kurniaan umur yang panjang, kesihatan yang sihat dan rezeki yang melimpah ruah :)

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal birthday semua tue, nak cerita apa yang berlaku sepanjang 2011 nie. Biasalah, ada yang best dan sebaliknya kan..

Tahun 2011 genap emak aku umur 50 tahun. Bila dah mencecah angka 5 tue, baru aku sedar kejapnya masa berlalu, terlalu pantas. Mungkin disebabkan aku belajar jauh dari rumah, jarang balik, jadi tak berapa perasan sebenarnya aku tak banyak spend time dengan ibu bapa sendiri. Sekarang bila dah dekat sikit dan setiap minggu balik, rasa macam hari2 nak call mak, walaupun nak tanya benda yang remeh je. Rindu je rasa...hehe..anak mak betul..

Tahun nie jugak aku telah berkonvo dengan jayanya. Best ohhhh !hehe. Tamat sudah zaman diploma, rindu sangat nak pergi bumi kenyalang lagi. Masa konvo tue, rasa macam dah tunaikan satu tanggungjawab besar sebagai anak dan kakak. Masa tue, dapat spend time dengan member2 lama walaupun hanya sekejap je kan, tapi takpelah. One day i will fly there again, insyaAllah :)

2011 juga tahun aku mulakan bisnes, alaa kecik je pown.hehe. Virgin coconut oil (VCO) yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Memang best bisnes macam nie, boleh tambah ramai kawan, dan boleh bercakap sampai penat gilaaa...haha. Lagi best bila kita dah explain semua, dorang pown beli, satu kepuasan di situ ye. Yang penting, boleh tambah income memandangkan aku takde scholarship dari mana2 pihak. Best dapat guna duit dari hasil sendiri nie..

Ada juga yang tak best untuk 2011 nie bila kereta emak aku hilang dicuri. Dah curi lepas tue pergi bakar pulak. Ishh pencuri tuhh, kalau dapat masak kau kami kerjakan. Kereta telah dijumpai dalam keadaan hangus terbakar di Perak. Hmm, sabar je lah kan..dugaan untuk kami sekeluarga.

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah aku stop sampai sini je. Bye bye u ollsss, happy new year ! :)




Thursday, 22 December 2011

A note for you.

After more than two months suddenly he text me, 'i'm sorry for everything'. I refuse to reply his text and i will not reply at all. After what you have done, it takes time for me to heal this kind of feeling. But now i'm okay, can live better without you, trust me. You don't believe? Here look at my picture betapa bahagia i tau :P



There are three things i want to say :

I forgive you already
I'm so dissapointed with you
Stay away from me

Take care,peace ;)

Wednesday, 21 December 2011

Macam2 benda utk harinie.

Tak best nya hari ini,huhu. Semua benda macam tak kena je :(

1) Mula mula sentap dengan kata2 kawan aku sorang nih. Takmo la cerita,mcm aibkan orang, tapi bagi aku kau tak patut cakap macam tue, buat orang sekeliling jauhkan diri dari kau. Bukan aku sorang je kena, ramai lagi. Lain kali tapis2 sikit cakap ye, ambil kira hati dan perasaan orang sikit. Tak banyak, sikit je babe !

2) Malam nie patutnya nak celebrate birthday kawan aku, tup tup dia keluar dengan family dia. Sokay la kan, kitorang pown memang tak inform awal, sebab nak buat birthday surprise la konon nya. Hmm..tak jadi la nampaknya, baru datang idea macam2 nak kenakan dia malam nih,haha...

3) Lupa nak bawa CD assignment yang aku memang nak submit hari nie. Punyalah dari semalam aku ingat, disebabkan rushing yang amat tadi, terus terlupa,aishhh..

Tue je la kot, boring...

Saturday, 17 December 2011

Insafi segala dosa kita.

Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. 

Thursday, 15 December 2011

Rasa nya semester nie boleh dikatakan setiap minggu aku pergi karok, tapi Suara tak sedap2 jugak,haha :PP Aku layan je lagu lama ke baru ke,asalkan boleh pegang mic,ehehehe...Lagu2 wajib nyanyi :

1) Rindu serindu rindunya-spoon
2) Behind of the hazel eyes-Kelly Clarkson
3) Senggol senggolan cubit cubitan-Mas Idayu (haha,gedik tak)
4) Sekadar di pinggiran
5) Cinta di akhir garisan
6) Kisah dongeng,etc

Korang pulak?meh share..
okay la,bye, nak tido,good night !
thanx 4 reading..

Wednesday, 14 December 2011

Pengakuan.

Hari nie nak buat pengakuan sedikit. Ya, aku memang agak ketinggalan ,waaaa ! Sebenarnya...sebenarnya...ouhh, aku tak tengok ombak rindu lagi ! ouhhh, damnn...takde masa lagi, hari tue masa dorang ajak tengok aku ada class. Hati meronta ronta nak tengok tapi masa tidak mengizinkan lagi. Dengar lagu ombak rindu tue pown dah rasa sedih, belum tengok lagi nie ^_^

Abang Aaron, awak memang handsome !

Tuesday, 13 December 2011

Bebelan 2:20am

Esok pagi ada kuiz ethics
Aku baru cover dua dari lima chapter
Wahh,good job Fasha,good job !
Mata dah ngantuk baru sibuk nak bukak buku
hmmmm =.=

Semangat2 !

Its true.

Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam.




Kelab penyayang melawat warga tua..

Pada sabtu lepas, 10/12/2011 kami ahli kelab penyayang UiTM Shah Alam pergi trip ke rumah Sri Kenangan, Ulu Kinta, Perak. Actually dah banyak kali aku nak pergi program under kelab nie, tapi asyik ada hal je. Mula2 PPKP pastu ada SAF (sukan antara fakulti) pulak,aihh.. so kali nie ada chance haruslah kami join ! hehe :) Melawat rumah orang tua adalah salah satu wish list aku, sebab memang teringin sangat nak tahu kehidupan mereka, selalu baca kat newspaper je kan..

Masa on the way pergi tue, aku rasa macam lama sangat nak sampai...Pelik, mungkin sebab aku tak selalu ke arah Perak kot, selalu balik Muar Johor je okay :D Nie antara gambar2 kami sepanjang aktiviti di sana. Ouh, thank you to Mr. Street Runner for these pictures. Dia pinjam memory card aku, haruslah gambar aku banyak,hee..


Leng leng dan penghuni di sini

Me dan macik Shima :)
Aktiviti berkumpulan, menyanyi,menari,etc..
Macik Midah yg sgt aktif dan sporting :)

All of us..

Banyak aku belajar kat sini, mungkin kita tak nampak kesedihan mereka tapi siapa yang tahu di hati mereka. Lagi sedih tengok mereka yang sakit, terlantar di katil. Bila nampak depan mata kita sendiri, baru sedar ada orang yang lebih menderita dari kita. Teringat dulu masa arwah atuk sakit, aku tak dapat jaga dengan baik. Balik pown sekali sekala, masa arwah meninggal dunia aku masih kat sarawak, tak dapat balik. Doa dari jauh untuk penghuni di sini supaya mereka happy2 selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik, amin..

sekian, thanx for reading !


Cuti-cuti langkawi

Yeayy, holiday again ! Kali nie kami sekeluarga fly ke Langkawi, setelah hampir 10 tahun tak jejak akhirnya dapat ke sini lagi. Time kami pergi tengah cuti sekolah, so paham2 lah sesak nya macam mana, kena berebut dengan budak2 nak naik cable car,huhu. Hampa sekali, kami tidak berjaya dapatkan tiket naik cable car :(

Tak sanggup den nak beratur tengah2 panas eh
So abah pown pujuk kitorang, "takpe2. Lain kali kita pergi lagi k,dalam masa terdekat nie jugak."hehehe,yuhuuu ! Aku rasa parents la lagi best pergi, semua benda nak bawak angkut balik. Kami adik beradik beli coklat je, baju ada la 1 2 helai. Terima kasih abah for da pocket money,hehe,sukasuka ! 

Adik aku..,haa angkut2 selagi boleh..hehe
The only adiks yang aku ada :)
 romantik tau dorang nie, masing2 beli ferrero untuk gf dorang,jeles tau..hehe
aku beli utk kawan je, bf takde,aihh..
My family
Haruslahhh ada owner of this blog punya pic,hee :DD

Sekian sahaja entry kali nie, nak upload byk2 memang tak larat lah, ok babai olsss...Thanx 4 reading ! :)


Perhatian: Kereta hilang !

Assalamualaikum semua,

Pada khamis lepas, 8/12/2011 kereta waja colour gold milik ibu saya no plat WLP3114 telah hilang di kawasan maybank Kajang pada pukul 6:30pm. Masa kejadian ibu saya baru keluar dari office dan tengok2 kereta dah takde ! huhuhu..Laporan telah pown dibuat, tapi kami tahu kereta tue takkan jumpa balik. Impossible la kan. Kalau jumpa pown mungkin semua benda dalam kereta telah pown diambil. Kereta telah pown habis dibayar, dan InsyaAllah dapat claim insuran. Nie antara perkara tak disangka jadi, kami redha je, mungkin ada hikmah di sebalik semua nie. Biarlah kereta hilang, jangan nyawa yang hilang...

Sesiapa ada maklumat, boleh la call 019-2689014. Sekian, terima kasih.


Hye, meet you again.

Fuhh fuhh,berhabuk dah blog aku nihh.. kesian2,mintak hampun ye blog, takde cerita menarik nak post kat sini tue yang diam seribu bahasa tanpa ada apa2 update. Sekarang busy sikit dengan assignments, dah nak final exam pown, lagi lah busy. Hmmm, tetiba kepala aku stuck nak teruskan entry kali ini, mungkin sebab dah lama tak cungkil bakat menulis kot,heee :PP

Dalam 2 bulan aku tak update blog nie, macam2 perkara berlaku. Alhamdulilah, semua nya perkara yang baik2 sahaja. Bertuah aku sebab dikelilingi mereka yang sentiasa berada di sisi. Okay, sekarang aku dah ambil mood ber blog, rasa macam nak post banyak cerita malam nie, wait ya ! :)

Saturday, 22 October 2011

I'm tired of waiting.


No one gets tired of loving. 
But everyone gets tired of waiting, assuming, hoping, saying sorry, and hurting.

Friday, 21 October 2011

Layan saja.


24/10-start mid term, oh !

presentation ?written assignment ? flyers?aduhh..sakit kepala ku..
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, semoga aku dapat mengharungi semester ini dengan hati yang tenang dan sabar,amin..

Short but meaningful.

Thanks korang sebab sudi luangkan masa untuk aku nie,hehe. Korang mesti penat lepas balik camping tapi masih lagi cari masa untuk jumpa malam itu. Terharu sangat,love u darlings :DD rasa macam nak fly sana lagi, nak lepak lama2, tak nak tido tak nak makan nak borak2 je,boleh tak gitu?hahaha..over tau aku nih. 

p/s : Azi,thanx 4 da brooch,i really appreciate it ! :)

Azi,me,mel,iba :))

My bestfriend since part 1 diploma..
azi,miss u !

hee ;)

Bila lah dapat fly sana lagi,sangat2 merindu...

Selepas 30 tahun..

Alhamdulilah selepas 30 tahun atuk diberi peluang untuk menunaikan haji sekali lagi. Umur atuk sudah 80+ tapi masih sihat mengalahkan orang muda tau,hehe. Untuk kali ini, atuk pergi seorang diri saja,nenek tak ikut. Reen(gelaran aku dalam family) tak dapat nak hantar disebabkan ada class pada hari khamis tersebut dan atuk akan berlepas dari airport johor. Reen memang tak dapat nak hantar, hanya doa mengiringi supaya sepanjang atuk di sana semuanya akan berjalan lancar dan atuk dapat beribadah dengan mudah dan sempurna, insyaAllah ..

Sedih bila cik alin upload gambar2 kat airport masa nak hantar atuk, pernah la dulu hantar atuk pergi umrah tapi lain suasananya compare nak hantar dengan pergi haji nie. Atuk, nanti doa yang terbaik untuk kami di sini ye. Reen tahu atuk selalu doakan setiap ahli keluarganya, orang sekeliling dan ramai lagi...Terima kasih atuk..



Sesi bergurau senda :D
(anak2 laki bersama atuk)


Atuk+nenek :)

Adik beradik emak..x cukup corumn lagi nie,hehe.

Apa la atuk tengah buat sekarang ye ^_^



Botol air itu ;(

ouhh botol pinky aku dah hilang. Merajuk ler tuee. Lama tau aku bersama-sama dengan botol tue, dari diploma hingga masuk degree. Setahun lebih ada,setia betul sampai la satu waktu aku asyik tinggalkan botol tue merata-rata,adalah dalam 5 kali tapi jumpa balik. Kejap kat kedai makan,kejap dekat class, kejap lagi entah mana2 aku letak sampai satu tahap maybe botol tue merajuk sangat kot, see sekarang dah hilang terus ! ;'(

Kali terakhir bersama botol pinky tue dekat pizza hut seksyen 7,SA..tidak ku sangka..rindu dengan botol tue walaupun aku dah ganti dengan yang baru.


Nampak x botol tue ?pinky bottle :(




Botol air baru ! nak jaga elok2 la pasnih..xmo majuk2 okay..



Sekian cerita tak berapa menarik untuk kali ini,hehe..Bye !

Friday, 30 September 2011

Testimoni pengguna VCO

Balik balik VCO, dah takde entry lain ke fasha oit ?haha :DD okay la,pasnih cerita lain pulak eh..last last..Testimoni dari pengguna2 VCO, credit to Irine Nadia Marcello.




Click for larger size

Setakat ini sudah 50 botol VCO terjual,alhamdulilah..rezeki ;)) dan ada customer aku sendiri dah bagi feedback contohnya resdung dah semakin berkurang, takde lah nak bersin2 setiap waktu pagi, dan ada juga rasa kulit semakin lembut,jerawat semakin kecut dan putih :DD ada yang lain tapi tak sempat nak update. Nanti aku copy paste segala comment mereka okeh. TQ babes for ur purchasing, love ya !


Kebaikan VCO


Assalamulaikum :)



Hari nie sekali lagi aku akan menjelaskan tentang kebaikan atau khasiat VCO. Sebelum nie aku dah buat testimoni sendiri. Ramai dah baca dan mencuba,dan yang best nya ada yang sudah bagi positive response.suka3,alhamdulilah ! 

Aperrrr ?tak baca lagi?dehhh,meh sini bukak link nie meh Terima kasih VCO


Kebaikan VCO :


-Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil
-Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering
-Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
-Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
-Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
-Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
-Melindungi tubuh daripada kanser
-Jerawat cepat susut
-Regular semula PMS anda
-Sistem penghadaman lebih baik
-Meningkatkan kesuburan
-Kurangkan rasa senggugut
-Batuk dan Selsema cepat hilang
-Mengurangkan tidur berdengkur




BANYAK LAGI KHASIAT TAK LARAT DAH NAK TULIS
APA KATA KORANG KLIK KAT LINK NIE


Haa, baru korang tahu VCO nie bagus untuk jantung,buah pinggang,tulang dan sebagainya
Apa tunggu lagi ?Nak cantik tak? Nak sihat ?
Jum order VCO..


”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation




Saturday, 17 September 2011

4+1

Erghhhhhh...alhamdulilah,kenyang perut.hehe, sudah 4 rumah selamat diserbu untuk hari ini. Perut nie pown dah macam nak meragam pown ada, mana tak nya semua makanan aku nak sumbat masuk. haha :PP nie sekarang nak rehat rehat pastu nak pergi satu lagi rumah malam ini. Ouh,open houseeeee, nasib baik lah kau menjelma setahun sekali. Kalau kau ada sepanjang tahun 365 hari confirm memang majoriti orang2 malaysia nie obesiti la gamak nya,heee.

Friday, 16 September 2011

01:49 am.


no 4,
I don't hate you
I just don't love you anymore
It was too late ;(

Ape tips gemuk?tolong !!

Aduhh, balik campus je ada la 3 4 orang tegur,

"eh fasha, asal makin kurus nie ?"
"kau tak makan banyak ke kat rumah cuti nie dow ?"

perghh soalan, tak boleh blah kan. Aku bingung, sebab berat ak 44 je. Kalau ikut BMI memang cukup2 makan je pown. Ada sesapa tahu tak macam mana nak merendahkan metabolisme dalam badan kita ?aku makan banyak, serious tapi tue lah. Tak naik pown..bukan tak bersyukur tapi aku nak naikkan sikit supaya dapat normal BMI, bukan underweight. 

Wednesday, 14 September 2011

Awak,

Kita dah semakin jauh kan. Dah takde makna nya sekarang jauh dimata dekat di hati. Sekarang segala2 nya dah jauh. Memang saya saja menjauhkan diri, ini untuk kebaikan juga. Tak perlulah saya nak jelaskan apa2, saya harap awak happy kat sana. Sampai satu hari awak akan faham kenapa saya buat macam nie...

Tuesday, 13 September 2011

Bebelan.

Hari nie tak berapa nak best, sebab dah siap2 pergi class tetiba lecturer takde, class cancel la segala macam alasan. Tengah hari pulak, berebut rebut nak tengok rayuan kolej dapat ke tak,hampehh. GAGAL..tapi aku dah  book rumah sewa, untuk backup lah. Kalau rayuan kali nie gagal lagi, dengan segala hormatnya aku akan check in di 'villa' section 2 shah alam. 

Nie sekarang tepat pukul 4pm, aku bingung tatau nak buat apa. Assignment ?ahh,poyo lah kau nak buat awal2 kan. Tido? tak ngantuk lah..Dating?takde bf, tolong carikan boleh.haha :P

Ok lah, aku nak post entry lain nie, bye.

Monday, 22 August 2011

First attempt in business,best jugak eh..




Permintaan yang menggalakkan
10 kotak habis dijual dalam masa 3 hari ;)) 


Siapa sangka dari seorang pengguna vco sekarang aku dah jadi agent vco catalyst, alhamdulilah ! Bisnes aku kecik2 je pown,bukan la sampai bukak kedai apa semua, tapi aku cukup enjoy sebab dapat deal dengan ramai orang dan semestinya ada untung. Takde lah untung sangat tapi cukup lah sekadar menampung perbelanjaan harian masa masuk semester baru nanti,berbaloi-baloi ;) aku berminat jual produk vco sebab ia memberi kesan positif bukan pada aku sahaja tapi juga beribu pengguna vco yang lain, dan yang penting tiada side effects, best kan ?produk murah tapi banyak khasiat, rugi tak cuba tau..hehe. 

Aku berbisnes bukan untuk keuntungan semata2 tapi lebih untuk tolong mereka2 yang pernah mengalami masalah kulit macam aku dulu. Jangan risau, produk ini 100% natural ingredients dan korang akan rasa perubahan pada kulit khususnya dalam masa yang singkat, bergantung pada tindak balas dalam badan seseorang itu. Kalau berminat, sila contact saya okeh, harga boleh kasi bincang lagi, no hal lah...hee.


 

Saturday, 20 August 2011

Soalan lazim vco softgel.


Jum bersila ramai2 depan PC baca apa aku nak tulis nie. Hari nie aku nak buat kelas soal jawab pasal vco since ramai yang bagi soalan2 cepumas untuk aku jawab. Jawapan nie berdasarkan pengalaman aku sendiri dan research yang aku buat dari pengguna2 vco yang lain..

Let's start bebeh.. 



Q : Vco tu dalam satu botol ada berapa byk ye? 
A : Ada 60 kapsul,boleh tahan selama sebulan. 

Q : Macam mana nak makan vco ni? 
A: Telan kapsul 2 biji sehari, pagi dan malam. Tak kisah la sebelum atau selepas makan. Lagi satu, vco nie dua dalam satu. Selain makan, korang boleh cucuk softgel pakai jarum dan sapu kat muka. Tujuan nya supaya muka lebih rasa lembut dan lembap macam baby gituuu,hehe.

Q : Kalau makan vco ni pastu makan ubat lain, ada effect tak? 
A : Ok,tiada masalah. Vco 100% organic dan takkan bawak negative effect kat sistem badan korang 

Q : Boleh kurus ke kalau makan vco nie?alasan nya? 
A : Ya, vco dapat mengurangkan berat badan. Sebabnya bila korang ambil vco, perut akan kenyang sepanjang hari dan korang takde lah nak makan 3 4 jam sekali kan. Vco juga membuang toksin dalam badan dan memudahkan korang membuang air besar dengan lebih mudah dan selesa. 

Q : Vco ni bagus ke untuk period pain?
  A : Ya, senggugut akan berkurangan, tak la sampai nak berguling2 dan duduk di tandas berjam jam lama nya. Jerawat juga tak la tumbuh bak cendawan, kalau tumbuh pown sekejap lepas tue dah kecut dengan pantasnya, ini fakta bukan auta..

  
INI SOALAN PENTING, PAY ATTENTION YE TUAN/PUAN SEKALIAN.. 

Q : Saya dah seminggu makan vco nie, tapi badan macam letih je. Tak selesa sangat, kadang2 rasa pening, selesema dan jerawat makin tumbuh merata-rata la pulak. Tak sesuai dengan sistem badan saya kot?
A : Bertenang ye pengguna2 vco. Itu bukan lah negative effect tapi dikenali sebagai healing process. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan(vco). Itu adalah petanda baik yang menunjukkan sistem badan korang mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. More details, Eazy catalyst

Q : Vco nie halal ke? 
A : Sudah semestinya vco ni halal. Sebab ianya produk keluaran bumiputera. Vco from catalyst brand ni berasal daripada company catalyst nutraceutical (m) sdn.bhd di malaysia & it based from nature. Senang cakap, 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu. 

Q : Berapa lama ye vco ni akan tindak balas 
A : Depends pada metabolisme korang. Kalau metabolisme tinggi lagi cepat la kesannya. Dari pengalaman aku, sehari makan esok nya dah buang air besar dengan lancarnya,ekeke. Pastu, aku perasan jerawat2 sudah makin mengecut. Ingat ye, bila ambil vco make sure korang minum air suam lebih dari yang biasa. 

Q : Jerawat boleh hilang ke kalau makan vco? 
A : Ya boleh. Tapi korang kena konsisten la ambil vco nie untuk jerawat betul2 hilang. Macam aku sendiri, alhamdulilah jerawat dah takde tapi kesan2 parut kecil masih ada lagi. Sekarang aku masih teruskan pengambilan vco supaya parut2 tue semakin pudar. Meh tengok testimoni aku, vco terbaikkk...

 Q : Kalau pregnant, gastrik atau migrain boleh makan vco tak?
 A : Boleh, tiada masalah . Ramai dah bagi positive response dari pengambilan vco nie. Ada yang buat testimoni migrain dah berkurang, gastrik tidak seteruk seperti dahulu,etc.  
Tak percaya?ok, cer google dari blogger2 yang lain ehh :)



NIE SOALAN LAST, WAJIB TAHU...

Q : VCO nie MLM ke ?
A : Suka saya maklumkan bahawa produk vco bukan MLM !

Sekian, terima kasih... 



 More details, do contact me : 019-3232041(Fasha)

                                                      : rainbowblink@yahoo.com


 

Thursday, 18 August 2011

Terima kasih VCO !

Lepas sekian lama aku digelumuni (eh, betul ke aku eja nih?)  dengan masalah jerawat yang tiada kesudahannya, kini segalanya telah berubah. Cehwahhhh,haha...Hari nie aku nak buat special entry pasal VCO, kira macam testimoni lah nie. Tiba2 nak buat entry nie sebab ramai dah perasan jerawat aku dah hilang, maksud aku bukan lah hilang sepenuhnya sampai  dah takde cela2 tuh, ada lagi tapi dah kuranggg, sangat kurang. Aku sendiri nampak perubahannya selain mak,adik,kawan dan mak cik aku sendiri tegur,

"eh, muka reen dah kurang jerawat lah..pakai apa skrg?"
haa, tak bangga ko dengor orang cakap macam tue.

"nape muka makin naik jerawat nih, cuba reen try pakai produk blablabla"
ini soalan aku dapat dulu2, masa aku tak kenal lagi vco. Siapa yang selalu je dapat soalan macam nie, sila teruskan pembacaan anda okay. I'll help you,InsyaAllah.

Biar aku cerita sikit pasal masalah muka aku nihh. Aku memang jenis yang berjerawat sejak sekolah lagi. Tapi bila start Diploma jerawat makin menjadi jadi, banyak juga lah produk aku try tapi semua macam bagi harapan palsu je. Oh, kulit aku jenis yang sensitif, kering dan ada parut2 kecil. Pakai la mekap apa pown masih nampak segala jerawat kat muka okeh, sila sedih sekarang ye kwn2. Cakap je apa aku tak buat untuk hilangkan jerawat, dari facial (3 kali), bekam darah, vitamin e untuk kulit la konon nye, sapu air zamzam kat muka,haaaa banyak cara aku try tau. Belum campur produk entah apa2 entah aku beli.hehehe.

Nak tengok muka aku berjerawat besau dulu2 ? Boleh2, tadaaaaaa~


Nampak dok bintik2 hitam tuh?ouhhhh,malu nye =.=" FYI, itu dah pakai compact powder okay(before vco) 
Nie kalau tak nampak lagi tatau la nak cakap ape,haha (before vco)
Without make up....alhamdulilah ;)) (after vco)

So far, aku dah habiskan 2 botol vco softgel, bermaksud 120 biji ! banyak tuhhh..Tapi korang jangan risau, tiada kesan sampingan ambil vco nie. Biar aku rumuskan sikit apa kelebihan bila dah try vco nie okeh :

1) Jerawat sudah makin mengecut,parut makin pudar
2) Kulit semakin lembab dan gebu (bunyi macam perasan je kan tapi ni fakta)
3) Period pain semakin berkurang
4) Sistem penghadaman yang lebih baik 
5) Perut akan kenyang sepanjang hari, sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan. Untuk mereka yang kurus, takde masalah, korang tak makin kurus pown. Trust me :)

6) FYI, tak semestinya orang ada masalah kulit je boleh makan vco nie. Orang yang tiada masalah kulit kalau makan vco lagi nampak berseri seri tau muka.

p/s : Kalau korang tak puas hati dengan explanation nie, korang boleh je tanye aku kat email. No problem at all, i'll give u more details about vco ;)) 


VCO softgel

 1 botol bersamaan 60 biji RM39.90 
 Postage, semenanjung (RM5) S&S (RM 7)

 For more details,  do contact me :019-3232041
                                                            rainbowblink@yahoo.com
                                                            (Fasha)

Day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

Berbulan bulan sudah tidak ber blog. aku pown tak pasti apa yang aku busy sangat duduk rumah nie. Dukacita dimaklumkan aku gagal dalam melaksanakan cabaran ini mengikut hari yang ditetapkan, wuuuuuuuuuu ;( Betul cakap blogger2 sekalian, bukan senang nak ikut cabaran nie. Tapi takpelah, kalau aku ada mood au akan sambung cabaran2 nie. Boleh pulak macam tue?ehehehe..

Hari nie takde apa2 menarik yang berlaku. Seperti biasa, bangun tidur dan mandi. Nak buat breakfast macam tak mungkin lah kan, puasa nokssss...Tengah hari sidai comforter pastuh skrg aku tgh blogging. Haaa,kan dah cakap, tak menarik langsung pown ! Selamat berbuka you olsss, jum kita pergi bazar angkut semua yang ada, hehehe.

Monday, 4 July 2011

Day 9 - perasaan anda hari ni

Pasangan Norma dan Talib

Hari ini aku rasa sebak membaca entry2 tentang pasangan ini. Mereka adalah pasangan muda yang telah dipilih Allah swt untuk menghadapi ujian yang begitu berat. Kisah si suami yang tetap tabah di sisi isteri beliau yang menghidapi kanser otak tahap 4. Aku berharap mereka sekeluarga terus tabah walaupun aku tahu berat mata memandang, berat lagi bahu mahu memikul. Eh, betul ke peribahasa aku nih ?
Norma bersama anaknya, Rafiq
Ini pula gambar Norma yang terlantar di hospital bersama anak kesayangannya, Rafiq. Utk pengetahuan semua, Norma telah menjalani 5 kali pembedahan setakat ini. Aku sebak membaca setiap entry di blog kakak iparnya, Moon. Tapi yang paling buat aku paling sebak apabila tengok gambar Norma yang mencuba untuk bangun dan memegang atau memeluk suaminya yang setia di sisi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 


Ya Allah, berilah kekeuatan kepada Norma untuk terus bertahan melawan penyakit beliau. Norma sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat setia dan penyayang.