Wednesday 25 April 2012

Perempuan dan mekap.

Ya, perempuan dan mekap memang tidak dapat dipisahkan. Even tak pakai lip ice masa pergi class pown rasa macam..iskk,low confident. Over tak aku..2 3 hari nie aku sibuk cari set skincare yang baru,ape lagi minta pertolongan cik google la kan. Sekarang nie aku pakai acne aid foam yang dibeli di guardian,memang okay pakai tapi macam dah immune dengan kulit muka,  dah tak nampak perubahan yg ketara melainkan jerawat sudah berkurang la. Aku pakai dah 2 tahun kot, setia tak aku,ahakss :P

FYI,aku memang takut nak pakai set yang tengah hangat di pasaran nie. Contoh, Tia Amelia, Sendayu tinggi bagai apa semua tue laa. Entah, takut kesan lain pulak yang jadi. Yelah,kulit aku nie kan baru nak okay, nanti tetiba jerawat naik satu muka baru kau nak menyesal..ouh tidakkkk :'(

Aku ada usha2 produk baru, Everlynn skincare. Macam best je, walaupun mahal tapi takde bahan kimia yang membahayakan, semulajadi. Bagi aku sebagai pelajar agak mahal la actly, RM120..hmmmm..tertelan ayaq liur nie haa. Honestly, aku memang tak pandai pakai benda alah macam toner, day cream, night cream bagai pe semua,haha. Tak rajin la akuu, tapi nak cantik punya pasal, akan ku cuba juaaaa...Tengah pikir nak beli ke tak, tengok pada kemampuan jugak kan? Duit ptptn pown tak bayar lagi dek non oiii..


Everlynn skincare set

Lagi satu, sekarang orang sibuk cerita pasal naturactor,foundation dari jepun tue. Dorang cakap mekap artis ramai pakai, macam best je. Aku just tengok review dorang, nak beli tue fikir 2 3 kali lah, aku nak pakai untuk apa? bukan ada event hari2 pown. Lagi satu, formula dia agak berat compared dengan BB cream yang aku guna sekarang nie. Tapi aku jeles tengok dorang pakai, cantik sangat~~~

Ahhh, nape la aku senang dipengaruhi dengan produk2 macam nie? Semakin meningkat usia, semakin senang kita untuk dipengaruhi oleh produk2 kecantikan...haa, hipotesis tue, kau mampu?haha :P

Naturactor
Sekian sahaja, bye :)

2 comments:

  1. sye pkai BB cream je..hehe..
    nice entry..saye baru dalam dunia blogging..jemput jom ! =)
    http://noridayumohamad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ada kawan saya pakai pun ok jugak. nanty suatu hari nak pakai jugak Everlynn. tunggu dah keje lah. hhihi..


    jom singga belog kami :

    http://icecreamandcola.blogspot.com/

    ReplyDelete