Thursday 12 August 2010

mimpi yang penuh bermakna...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun...
 Ya Allah,sungguh besar dugaan kami sekeluarga pada tahun ini. Aku baru menerima panggilan dari emak yang atuk belah ayah aku meninggal dunia pukul 11 lebih malam tadi,kira kira 4 jam yang lepas. Sungguh tenang arwah pergi,pada hari jumaat dan di bulan ramadhan yang mulia ini. Takziah kepada keluarga belah ayah ku..Sedih hati tak dapat bersama sama di hari pengkebumian esok hari,apa yang mampu aku buat ialah sedekah al fatihah dan yassin.

Parents dan keluarga yang lain masih dalam perjalanan balik ke Muar. Moga perjalanan mereka selamat dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Rasa hati nak balik tapi mengenangkan tambang tiket yang mahal,dan next three weeks aku akan balik,so ayah cakap tak perlu balik. Hari tue arwah cik Hasan baru je pergi,sekarang giliran abahnya pula. Sedih sungguh raya kali nie :(

Berbalik tajuk entry aku...Actly malam tadi(khamis malam) aku ada mimpi yang gigi aku patah.Tak sakit, betapa senangnya gigi aku patah. Lepas bangun,aku pown diam je lah,walaupun aku tak sedap hati sebenarnya. Then,aku tanya roomate aku,'ada maksud ke ek kalo gigi patah?'..dia terkejut tengok aku,pastuh dia cakap perkara buruk akan berlaku..aku dah rasa memang tak sedap hati sangat nie hinggalah aku dapat berita tentang arwah atuk dah pergi selama lamanya.

Ya Allah,ini lah risiko duduk jauh,tak dapat nak balik sesuka hati.Aku tak percaya kepada mimpi tapi jika ini yang Allah cuba nak beritahu aku ,hambamu ini redha dengan kentetuanmu...

No comments:

Post a Comment