Tadi aku bace kosmo online,salah satu article nye bertajuk "ketawa boleh atasi kanser'' .Lame dah aku dengar kebaikan ketawa nie tp tak tau la pulak ia jugak salah satu untuk elak kanser.Aku nie memang suka ketawa,kalau dah start ketawa,abeh ar...memang riuh sekampung.wahahahaa...=p
Tapi dalam kita ketawa tue,jgn la lebey2 pulak.Make sure masih ikut adab islam.Senyum tue adalah sedekah dan disunatkan,tp bila dah sampai ketawa terbahak2,kira dah hukum makruh dah tue kwn2 ku.huhu.Aku pernah terbaca satu ayat nie,''mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat kelak''.Jgn terlalu happy kat dunia nie,sebab kat akhirat kelak kita akan menangis...<<
Fakta menarik tentang ketawa :
2)Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
3)Dalam sehari,jumlah tenaga yg dihasilkan apabila ketawa sama dengan jumlah tenaga yg dihasilkan apabila 10 minit kira mendayung sampan atau berjoging
4))Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen.