Monday, 6 April 2015

Throwback wedding preparation.

Hai chu olss,

Memandangkan aku tgh cuti panjang, so aku dengan rajin nya nak post few entries yg banyak dah terlepas nak share kat blog nie. Benda nie dah berlalu 3 bulan lepas, tapi nak jugak share.sebab apa? sbb nie memori seumur hidup aku, just happened once in my life. Ala konon mcm kenangan terindah gitewww..hihi :P

Okay aku start preparation nak kahwin la ye. Lepas setahun serious dgn bf (hubs skrg), kitorang decide nak saving money, nak dirikan masjid kate nyer. Awal tahun 2014 start saving, bila kira2 ambil masa setahun jugak nak cukup kan duit. Sebulan masing2 simpan 1k, means aku 1k hubs 1k dalam sebulan. Kitorang deduct banyak benda masa nie, less movie,less expensive food, less dating, even kitorang beli folding bicycle sebab nak kurangkan belanja kat entertainment lain. Nape kitorang beriye nak saving? sebab tak mau buat loan bank.A BIG NO okay..

Next, aku dah start survey bridal mana aku nak ikut kemampuan budget. Target 2k utk baju,pelamin dan aksesori. Area kajang bangi susah nak dapat harga yang okay, semua nak 2.5k above je. Banyak bridal yang pelamin gempak2 macam eykabridal tapi harga memang tak kena dgn budget aku la,nafsu kena kuat kat sini ye kwn2. bak kata husband aku, guna satu hari je kot.x yah membazir..yelaaa, baik boss ^__^ 

So aku pilih wedding galore bangi, under pakej pelamin rumah tapi pelamin buat bawah khemah. Baju dia ai tell you banyak gila choices, service pown okay. Very recommended. Dorang sabar je layan kerenah aku, sampai masa pasang pelamin aku salah pilih colour, light pink n white tapi tak naik langsung. Aku mintak tukar maroon, lepas dah pujuk2 dorang onzz je. Thank you so much wedding galore bangi !

simple je kan? tapi aku suka, tak nampak serabut.


Lagi pasal doorgift. Nie aku bagi balang kaca kecik je, pastu isi cookies. Nampak comel je kan. Nie aku order kat mahligai hantaran, rm1.50 je satu balang. Murah jugak la, sebab aku takmau susahkan org sekeliling nak isi doorgift beribu tue. Lagi satu aku busy, takde makna nyer nak DIY bagai.


Gold as our theme as requested by abah..hihi
Apa lagi eh. Ouh mekap? by Umzarul make up, cantik gilos ok. semua orang cakap aku lain yelah aku mana la ada mekap2 hari biasa kan. Yang penting kak um takde cukur2 kening nie, make up pown tak macam opera cina. Just nice, berbaloi baloi. Thanks a lot kak um !

Kad kahwin pown buat aku pening kepala. Sebab mahal dan tak ikut taste aku. Satu kad rm1 bagi aku mahal. 50 sen pown mahal. Paling banyak aku survey pasal benda nie la..haha.padehal kad je kot? last sekali aku minat kad dari kadstailo. Cantik, simple dan ala ala vintage gitew.



Baju nikah aku beli readymade kat jalan TAR je, RM120 siap sekali veil. Aku beli baju moden biasa yang aku boleh pakai untuk event lain jugak. So tak yah membazir kan? Sama jugak baju masa bertandang, aku beli jugak kat TAR,rm200+ sekali veil. Malas nak sewa2 sebab banyak duit nak guna time nie esp kat rumah baru kitorang.

Aku rasa lagi seminggu nak majlis aku, ramai dah saudara mara datang membantu. Takde apa sangat pown, just memeriahkan suasana je. Terima kasih semua. Majlis berinai pown buat dengan family, still happening and enjoy that moment ! :)

Aku takde photobooth, sebab aku nak semua orang bergambar dengan aku.haha..Lagi satu, photobooth pown mahal gak actually, RM250 above tak lari. Benda boleh cut cost korang cut la ye. Better DIY kan? sape2 yang kretip tue untunglaaa.

Nak bagitahu, biasa majlis berarak pengantin kebiasaan lepas zohor kan. Tapi aku perasan bila aku attend majlis2 kahwin sebelum nie, mesti pengantin keluar lambat. Lastly tak dapat jumpa? macam rugi la kan, pengantin mestilah nak kena jumpa semua tetamu. Sebab tue majlis berarak aku 12:30pm. Aku rasa puas sebab dapat jumpa semua orang.

Sampai sini je la kot aku nak share. Nie pown dah banyak aku bebel, for all future brides out there, all the best for your preparation. Dah nak kahwin takmo stress2, hilang seri nanti :P

Bye, assalamualaikum.

2 comments:

  1. hai

    kalau malas nak DIY, bole beli je dekat kami :)
    tq tuan tanah

    For doorgift paperbag & sticker. Our blogshop click >> CARDBYMYAN


    tq :)

    ReplyDelete
  2. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete