Thursday, 23 December 2010

Tandas kotor, err ?

Nak tanya la korang2 sekalian
korang masuk tak kalau tandas tue kotor ?
tak kira la dekat rumah ke public ke
mesti geli geliman kan ?heheh.
aku paham sangat perasaan korang tue
bila kita memang betul2 nak pergi toilet then tetiba bau dia,perghh..
Terus cancel kan niat di hati
rela bertahan selama beberapa jam :P

Aku buat entry nie sebab baru lepas cuci toilet adik bujang aku tue
tue yang terus membebel di hati
agak2 berapa bulan sekali la adik aku nih cuci tandas
errr, tak suka..
aku dengan sukarela nya ambik la segala barang yang patut dan bersihkan tandas beliau ye
Satu kepuasan bila tengok tandas tue bersih, betul tak ? :D

Wednesday, 22 December 2010

kepada pemandu2 di Malaysia !




Anda salah seorang pemandu di malaysia?haa, sila baca nie kot2 apa yang aku tulis nie ada kena mengena ngan korang ke,ngehngeh. Siapa makan cili dia la rasa pedasnya :P

Ini adalah antara sikap2 pemandu kita masa di jalan raya :

1) Tak suka bagi signal. Err, nie memang tak boleh blah la, dah taw nak tukar lorong tue bagi la signal, bukan susah mana pown, tak sampai 2 saat kot. Nape ek ?kalau bagi signal boleh jatuh standard ke ?pelik2. Bikin panas la pemandu2 macam nie, dibuatnya aku terlanggar bontot kereta ko kang mula lah nak marah sana sini.

2) Tak nak pakai seat belt. Nie aku pown sama, mengaku lah,heheh. Jalan jauh baru la tehegeh2 nak pakai. Bila nampak polis nun jauh sebatu, kelam kabut nak pakai, tak cukup tangan sampai orang sebelah tolong pakaikan, punyalah cemas tadi kan. Ambik ko...

3) Letak tasbih dalam kereta. Yes, memang bagus gantung tasbih kat cermin pandang belakang tue, tapi kan..kalau takat gantung tak guna tasbih tue tak guna jugak. Dari kita dok maki hamun pemandu sebelah yang sibuk menyelit depan kereta kita, baik ambik tasbih tue berzikir. Bertambah jugak pahala sepanjang jem kat highway tue, betul idak ?hehe.

4) Suka tengok eksiden tepi jalan. Memang la, siapa tak nak tengok kan kalau ada eksiden kat highway tue, mesti lah kita curious, what happened ?mati ke ?langgar camner ? dan bagai nye lah. Tapi sebenarnya korang buat jem tue makin teruk. Tok sah la tengok2, jalan saja ke depan, sambil tue jeling2 la tengok eksiden tue. Nie tengok siap berhenti lagi, ini sudah lebeyyy. Kesian la pemandu2 lain yang nak cepat tue.

5) Selain dari itu, kita nie takde tolak ansur sebenarnya. Tapi aku tak maksudkan semua pemandu. Nama je rakyat pelbagai bangsa, semua raya kita sambut sesama tapi bila kat jalanraya, semua nak tunjuk kehebatan masing2, pentingkan diri sendiri. Kadang2 jalan satu lorong pown boleh jadi 2 lorong, pastue satu kerja pulak nak menyelit dan sesi cilok mencilok bermula,huhu.

Rasanya itu sahaja point yang aku ada, tapi apa yang aku tulis bukan refer kepada semua pemandu, sesapa yang tak berkenaan dan tidak mengamalkan perangai2 di atas, syabas diucapkan :)

Jadilah pemandu yang berhemah. Biar lambat asalkan selamat okay, sekian.

Saturday, 18 December 2010

Berdenyut-denyut.

Bangun je dari tidur tadi, aku dapat rasa kelopak mata belah kanan nie berdenyut-denyut je. Rasa tak selesa yang amat. Aku ingat lepas 2 3 jam hilang la, tapi dah tengah hari pown ada lagi denyut2 tue. Nie yang aku rasa risau, okay ke idak mata aku nie ? ke it just reflection mata je ?hmm...ada jugak aku surfing tadi apa maknanya kalau kelopak mata belah kanan berdenyut-denyut Nie lah jawapannya, orang cakap maknanya nak jumpa orang yang memang dah lama tak jumpa,aihhh ? siapa la agak2 nye ek ?heheh. Ada jugak cakap maknanya akan nangis kegembiraan, entah lah. Aku tak pasti. Jarang aku rasa camnie, nie la first time. Tak selesa !!! waaaaa :(

Malam ini punya berangan.

Tetiba dalam kepala nie terlintas kan best kalau aku join satu contest dan menang hadiah kereta. KERETA okay ! heheh. Entah la, tetiba rasa nak join any contest yang ada hadiah camtue, mana tahu ada rezeki, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu kan ? Nanti boleh la bawak korang jenjalan, call je nanti i fetch you all kay, hahah. Ala friends, amin kan je lah,makaseh :D

Asik guna kereta mak ayah je, tue pown dorang tak bagi pergi jauh2. Takut aku melencong entah mana2 tempat,aishh..Mak abah, anakmu dah 21 tahun, nak jugak bawak kereta pergi sejauh 200km,hee. Kalau lah dapat kereta camnie,

Best nie kalau dapat, nie yg semangat nak study bebenor ;p


Mini cooper idaman kalbu



Kaler putih mesti smart,pheww !


Haaa, ape macam ? melampau ke idak berangan aku nih ?hehe. Berangan tanpa usaha tak guna jugak, okay2 pasnih masuk degree make sure study no more play play eh, chaiyok2 ! sesapa ada taw contest yang boleh dapat kereta inform2 la, nak join,ngehngeh..betul la, tak tipuu. Okay, bye, good night. Its 2:13 am already lah :D


Thursday, 16 December 2010

Any scholarship ?help !






Pening kepala memikirkan duit masa degree nanti. Aku kalau boleh tak nak pinjam PTPTipu tue, cukup lah masa diploma dulu kan. Lagi pown biarlah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian nanti. Parents dah cakap, memandangkan aku dah dapat UiTM Shah Alam, dekat dengan rumah berbanding dengan Sarawak dulu, so parents masih boleh tanggung belanja aku, pinjaman degree mahal oww. Tapi dalam masa yang sama, aku juga usaha untuk cari mana-mana scholarship dari badan kerajaaan atau swasta. Walaupun parents aku mampu nak tanggung tapi at least kalau dapat scholarship dapat lah kurangkan beban sikit, dah la aku nie kuat enjoy,adehhh,habes la kalau camni. After dah surfing sana sini, minta pendapat orang, nie adalah list scholarship yang aku nak cuba nanti, harap2 adalah rezeki nak dapat...


1) Yayasan Selangor
2) Lembaga zakat Selangor
3) JPA atau SPA
4) Bank rakyat

Pheww ! macam impossible je nak dapat, susah la sebab ada yang yang bagi limit income must under RM1500, interview, answer question and so on. Yela, ingat senang ke nak dapat duit oit, kalau la boleh petik2 tepi tue je,wahaha...Takpe,selagi ada usaha selagi tue insyaAllah Allah akan tolong kita kan, let's try ! :D

Tolong sesiapa yang ada experience scholarship dari senarai di atas atau pihak lain please inform me okay, TQSM.

takde la kelakar sangat.

Semalam aku pergi tengok movie, yang orang lain dok cakap best dan kelakar sangat. Ape lagi kalau bukan hantu kak limah balik rumah, aku dengan wan, sheera dan qila time tue decide tengok kat mid valley, tapi tak sangka jem gila weyh, rupa rupanya semalam sale habis jusco,huhu. Sape ada jusco card memang shopping sakan la gamaknya. Belum masuk parking dah sesak, ape lagi, blah dari situ dan pergi ke alamanda yang lagi dekat dengan rumah. Aku beli tiket pown dah hampir full, kitorang dapat seat tiga dari depan, sakit tengkuk tak yah cakap la.

Pasal cerita mak limah nie, memang la ada part part yang kelakar, tapi kalau kau suruh aku tengok lagi sekali memang harem aku nak keluar duit beli tiket gara2 nak tengok kak limah. Bagi aku cerita dia tak banyak sangat pengajaran kalau nak dibandingkan dengan ngangkung !

Kalau tahu semalam baik tengok movie 'aku masih dara' yang baru je keluar semalam,hmm. Tapi kesimpulannya movie kak limah takde la teruk sangat, boleh la aku bagi dua setengah dari lima bintang,hehe. Terhibur la jugak walaupun hantu dia tak berapa nak jadi,huhu.


Suka simpan suma tiket wayang,hee !


Dah rotate, tapi bila upload jadi camnie lak,asal eh ?appuuu...

candid,ahaha...

okay la,ini sahaja,bye2 ! :))

Pergi menghadap Ilahi.

Innalillahiwainnailaihirojiun, ditujukan kepada arwah jiran aku yang baru meniggal dunia sebentar tadi. Rumah arwah selang 2 buah rumah aku, terkejut juga aku bila adik bagitaw Kak Long(nama gelaran arwah) meninggal, aku yang tengah makan terus rasa bersalah tetiba, bila teringat betapa degilnya aku masa kecik2 dulu. Arwah kak long sebenarnya tak mempunyai kesihatan yang berapa baik sejak kecil dulu. Mak kata arwah kena demam panas, so kadang2 dia perlukan lebih perhatian. Banyak salah aku dengan arwah, masa sekolah rendah dulu ada je panggilan aku untuk arwah, yang tak proper untuk didengar. Nie kerja aku dengan kawan2 lain la...iskk, Aku tak sempat nak minta maaf dengan arwah, apa aku boleh buat adalah dengan sedekahkan apa2 yang patut, InsyaAllah.

Ya Allah, ampunkan dosa arwah kak long, mungkin apa yang arwah buat selama nie bukanlah dalam keadaan sedar, arwah pown tak ingin jadi begitu :'(

Wednesday, 15 December 2010

Award cik Fiqah.



Fiqah, thanks for the award
pandai eh awak edit2 nie,lolike ! :D
nanti lagi selalu la saya jengah2 blog awk okay
sampai awk naik buhsan nanti tengok saya je comment entry awk,ngehngeh.
harap dapat berkawan dan kenal awak dengan lebih baik lagi
jum post entry best2 malam nie,heheh
thanks cutie ;))

Terus maju ke hadapan ;)

pekehal tajuk entry aku nie skema ?hahah,aku pown rasa pelik daa. Ape ape je lah, tapi yang penting apa yang aku nak cerita ada kaitan dengan kemajuan atau lebih senang tentang future la.heheh, i got it, got ittt ! Alhamdullilah...dapat offer masuk degree pulak. Baru 8 jam lepas aku dapat tahu result degree, risau jugak kalau2 tak dapat sambung, takkan nak kahwin kot ?hm, aku okay jer. hahah ;p

 

Sarjana Muda Sains Pentadbiran Awam (AM228)
UiTM Shah Alam

Tapi aku rasa sedih la juga, sebab ramai kawan2 dapat campus lain, senang cakap ada la 3 atau 4 orang dapat sini tapi tue pown lain course. Nampak nya aku memang kena cari kawan baru la start register nanti. Waaa, harap dorang semua okay, amin. Tipu la kalau aku tak sedih dah berpisah dengan kawan2 masa dekat uitmcs dulu, kitorang selalu je ada dok berkepit jalan sana sini,hahah. Best !!! miss them already ;'(


Takpe la, 2 years je pown. Aku harap semuanya akan okay, and for my friend yang datang sini, welcome2 ! heheh, to Asmah Mahdi, u go gurl ...Don't worry and jangan la malu2 nak mintak tolong eh, dulu masa kat sana parents ko baik sangat dengan kitorang, so sekarang nak la balas budi baik tue. Sekarang ko peluk cium la rumah tue, nanti homesick nanges berminggu minggu tak dapat aku nak tolong weh,hahah , gurau je :D

Congrats untuk mereka2 yang berjaya sambung pengajian !
you're the best ...




Bila dah tatau nak post apa !

Kenapa aku malas sangat nak update blog nie ?
kehabisan idea,maybe ! tak pown aku ikut mood ?
iskkk,tak konsisten langsung okay
sebenarnya aku ada je layan blog, tapi blogwalking la yang konon2 nya sambil mencari idea nak menulis
tapi..tapi.....tak jalan jugak,aih
takpe, malam nie aku cuba post 2 3 entry yang best2..err,best ke ?hahah
jum cekidaud !:D




Ape ape aje,


Masa blogwalking hari nie, aku ada nampak gambar pengantin, chantek. So, rasanya tak terlambat untuk aku cakap selamat pengantin baru untuk kak Maera dan husband nye ! :))

Tak lupa juga, kepada kak ****, sorry tak ingat nama, sebab aku main redah je keluar masuk blog orang, tapi beliau nie perempuan yang mempunyai ketumbuhan di perut, esok akan menjalani pembedahan. Aku doakan semua nya akan selamat, marilah sama2 kita doakan kesihatan beliau. Walaupun aku tak kenal dia, tapi tak salah dan tak susah pown nak doa sesama kita umat islam kan.
Peace no war ;)