Sunday, 20 July 2014

Salam takziah MH17

Assalamualaikum,

Pagi jumaat aku terkejut dengar berita MH17 ditembak di Ukraine. Macam mimpi, MH? MH tue MAS kan,dalam hati aku time tue. Ya Allah,again! Taktau nak cakap apa. Sejam kemudian masa aku nak siap2 pergi kerja, mak aku cakap salah seorang ialah sepupu abah aku. Allah, Mohd Ali Mohd Salim adalah salah seorang saudara aku. Hari jumaat tue abah aku wakil melawat keluarga tersebut di Putrajaya. Nampak tenang keadaan pacik Salim, seperti redha atas ketentuanNya. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Al fatihah kepada mangsa beragama islam dalam nahas MH17. Semoga roh kalian dicucuri rahmat. Amenn.

Lagi seminggu nak raya !


Hai ,

Dah 3 minggu puasa dah kita rupe nyer. Kejap je masa berlalu. Rasa macam rugi plak tahun nie, aku tak cuba nak lipat ganda ibadat. Aku cukup respect mak aku,balik kerja penat siap masak lagi,belum hilang penat dah pergi terawih. Yang aku nie,hari2 sampai rumah kul 7:50. Sampai rumah tinggal nak mencekik je kot. Bukan aku masak pown tue pown banyak alasan lagi nak pergi terawih ! aihhh...

Aku sedih tahun nie. Mungkin ini kali pertama seumur hidup aku beraya kat kajang. Kat kajang okeh ! Just imagine pagi2 raya biasa busy kat kampung pagi raya, salam semua ahli keluarga tetiba tahun nie ada kat office,ouhh ^%&&%$! Tapi raya pertama je, raya kedua dan seminggu aku cuti !kikiki…belajar la redha dan mengalah sikit. 

Tahun nie tema kitorang gold. Tapi untuk aku sendiri lain sikit,sebab aku berkenan yang kuning tue.haha..Lari tema,confirm kena bahan nanti,ahhh takpelah. Dari pilih yang aku tak suka watpe kan ? Dah la aku beli kat PKNS Shah Alam, i tell u gila mahal. Nasib jumpa cantik dan murah,100 plus je. Tue pown dia yang nampak dulu, hehe. Tq love ...Aku rasa nak simple2 je tahun nie, banyak duit nak guna oiii. Baju yang lepas pown cantik2 pakai sekali dua je,recycle la kan.

Ok la,sampai sini je. Selamat berbuka semua :)