Ya Allah,sayu rasa hati ini dapat cakap dengan nenek tadi.Semalam arwah atuk pergi,baru tadi aku baru dapat cakap dengan nenek.Sungguh sedih hati nie.
'dah berbuka?selamat berpuasa.Takpe nek,yang pergi tetap pergi'
Kata aku kepada nenek.
Belom sempat aku habeskan ayat tue nenek dah nangis.Aku dah berair air mata dengar suara nenek.Mungkin beliau sedih sebab semua ahli keluarga ada kat sana,kecuali aku yang takde semasa hari pengkebumian arwah.Ya Allah,sesungguhnya hamba mu ini ingin sekali melihat atuk buat kali terakhir, ingin sekali mencium wajahnya buat kali terakhir tapi apakan daya,aku tak mampu...
Walaupun aku jauh,aku masih tak lupa untuk mendoakan arwah atuk setiap kali solat,membaca yassin di kelapangan dan sedekahkan ayat Al Quran untuk kebahagiaan arwah atuk di sana.Dalam tengah cakap kat telefon,tak sampai 2 minit talian terputus,ouch !my handphone low battery :(
Maafkan cucu mu ini nek ....akan aku balik menjengukmu raya ini.Sayu rasa hati raya aidilfitri kali nie.Arwah atuk terlau baik.Kagum dengan sikap penyabar nya.Semoga arwah bahagia di sana,amin.
No comments:
Post a Comment