Bergenang air mata bila baca kisah ibu bapa yang diletakkan di pusat jagaan. Kisah dekat atas nie (sila click link) sebagai pengajaran kepada kita. Sibuk dan sesenang mana pown kita nanti, tanggungjawab untuk menjaga mereka tue masih ada hingga ke akhir hayat kita. Banyak sangat pengorbanan mak abah kat aku,kalau diingat balik memang menangis la jawabnya...ngehngeh.
Setiap kali raya mesti ada kisah macam nie. Link kat atas nie aku baca buatkan aku terfikir tentang mak abah dekat rumah. Ya Allah,rindu nya pada mereka. Kadang2 kalau boleh hari2 nak call mak, padehal nak tanya 'buat apa tue?tadi makan apa bukak puasa?tak gi terawih ke?'..the same question setiap kali call mak masa bulan puasa nie. Agaknya mak aku pown dah malas nak jawab soalan tue hari2,heheh...
Mengimbas kenangan lalu,
(sebagai keinsafan diri)
Dulu aku selalu je melawan cakap. Masa tue kan budak2 lagi, mak nasihat sepatah aku menjawab berpatah2. Tapi bila ingat balik,apa yang mak cakap tue semua betul. Emak seperti malaikat untuk kita, terlalu banyak jasa beliau. I admit, aku terlalu bergantung dengan emak. Dari nak pilih baju,tudung,barang make up even ubat pimples pown mak jadi advisor taw,hehe. Thanks mak,love you so much ! :)
Even aku tak sebut words 'i love you' hari2 dengan mak,tapi aku tak lupa doakan emak abah dalam setiap doaku.
Untuk abah pulak, beliau tak pernah biarkan anak2 nya kesempitan wang, cuba sedaya upaya mungkin memenuhi kesemua kehendak kami. Even kalau raya pown, abah bukan nak shopping untuk diri sendiri, lebih utamakan kami adik beradik. Kadang2 setiap kali raya abah ada baju melayu baru je, baju t shirt dan sebagainya dia pakai yang lama punya,beliau cakap membazir nak beli banyak2. Sebab abah memang banyak t shirt ,hee. Abah selalu bagi card credit kalau dia tahu mak nak bawak kitorang pergi shopping, sebab kadang2 abah tak nak ikut kitorang jalan2,katanya penat..adeyy.Alhamdulilah,sampai sekarang even aku duduk jauh di sini,tak pernah aku takde duit atau sengkek habis. Mak selalu cakap,abah sayang kat anak2 nya,kalau kami semua dengar cakap, memang abah takkan sayang duit, dia akan bagi ape je yang kami mahu (apa yang mampu la)...
I love my family ^_^
Sedih la pulak bila tulis entry nie,heheh.
bye2.
ibuayah,hilang yg tiada berganti..
ReplyDeletejge selagi mereka ada :))