Showing posts with label Campus life. Show all posts
Showing posts with label Campus life. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Cakkkk !

Saja tetiba rasa gedik nak letak gambar sendiri,hehe. Siyes aku rasa mengantuk duduk kat library nie, padehal baru satu jam kot. Ape lagi, aku layan la webcam jap. Nie la kelebihan kalau duduk kat sudut, orang tatau kita buat apa kan..haha. Ok la,nak sambung kerja balik..



Bye, take care.
Sekian, thanks for reading !

Thursday, 15 November 2012

PTAR 4.

Aku berada di library sekarang. Macam biasa, siapkan assignment tanpa gangguan dan pengaruh seperti katil,makanan, teman borak dan sebagainya. Sangat best !hehe. At least siap satu lagi kerja dalam masa dua jam nie, alhamdulilah..ouh btw, bukan nie aku nak cerita. Sebenarnya aku nampak couple depan aku nie haa, duduk senyum2 borak2 buat aku rasa macam KLMJ la jugak,haha. Kenangan lama mengusik jiwa kot ! :P

Macam nie la agaknya kitorang last semester. Bukan study sangat pown, duduk senyum je memanjang.haha..Masa tue dia buat surprise la pulak tetiba datang nak temankan kat library kata nyer, ingat dia main2 je. Haa sekali ambik kau, dia datang you olss. Thanks temankan..hehe. Hmmm, korang2 nie jangan salah faham lak, dia kawan je. Lama dah tak lepak dengan dia, masing2 busy dengan thesis kan. Dah dah, tak nak cerita lelebih..

Okay la,mahu sambung dengan assignments.
Take care you olss :)

Saturday, 20 October 2012

Finishing School modul

Salam..

Hari nie ialah modul PPKP terakhir untuk semester yang terakhir. Boleh tarik nafas lega dah, no more PPKP  okehhh,haha :P Untuk kali nie, modul bertajuk 'finishing school' yang mendedahkan pelajar tentang resume dan mock interview. Rasa takut pulak nak masuk alam pekerjaan, dah ready ke aku nie? InsyaAllah,akan aku persiapkan diri ini dengan sebaiknya.

Berbalik pada modul nie, aku rasa nie lah antara modul yang best sepanjang aku belajar 5 tahun kat UiTM. Nak tahu kenapa?? Haa sebabnya,presenter yang dijemput muka macam Aaron Aziz, OMG OMG ! Mula2 aku masuk hall tue rasa macam tak percaya, aku siap berpaling muka dua kali kot nak make sure tue bukan Aaron Aziz, tapi setelah tengok body beliau, argggh Aaron Aziz lagi berketul ketul u olsss,hee. Bukan dia, ada sipi2 je iras tapi boleh tahan handsome okeh.

Beliau ialah seorang lawyer dan ada legal firm kalo tak silap. Umur baru 29 tahun tapi dah mantap,best kan? Beliau dari Faculty Law UiTM Shah Alam, dan yang penting masih mencari jodoh.haha..Untunglaaa siapa dapat. Masa LDK dengan beliau, asyik gelak je,haha...sangat pandai buat spontan jokes sampai dah tegang pipi nie haaa :DD

Okay, tue saja update kali nie. Bye :)

Friday, 3 August 2012

Result sem 5.


Alhamdulilah, semua nye luar dari jangkaan aku. Terima Kasih Ya Allah :DD
Harap next semester dapat naikkan lagi CGPA tue.
Terima kasih semua yg banyak bg support selama nie,hehe..

Lama tak update blog, pasnie nak buat entry baru la,weee~

Thursday, 5 July 2012

3 papers done, 1 moreeeee...

Hikhik, tersenyum sorang sorang. Tadi dah lepas habis paper yang ketiga, lega fuh fuhh. Lega sebab dapat gap 1 week, tapi sedih sebab soalan untuk semester nie bagi part kitorang agak susah,wuwuwu. Sangat susah, boleh speechless oww..Paling aku stress paper pagi tadi la, public finance subject. Alaa, malas nak fikir balik, what past is past la, salah sendiri, ye aku mengaku T_T

Esok nak pergi library sebelum aku berjimba di langkawi, nak study project management dulu. Harap semua dipermudahkan. Hati memang berbunga sangat nak balik nie, cepatlah hari sabtu :)

Okay la,Bye..
Thanks for reading !

Sunday, 17 June 2012

Celebrities night look alike !

I'm one of the committees to handle malam pra-graduan dinner June 2012. Alhamdulilah,  we did it and I apologize for any weaknesses of our management during the event. Suddenly the students who came to the event is more than what we have expect. So, there is not enough food for all guests and even we are the committees need to 'ikat perut' to ensure you guys get your own food. 

On that friday, I was so busy with my research and need to rush to the dinner by 6pm ! You know how tired I am on that day, celaru, kelam kabut, Ya Allah, Tuhan je lah yang tahu. Even I have no time to make up myself okay, just a simple compact powder and lip ice,haha..erghh, i don't want to see those pictures please T_T

Thanks for coming everyone and hope you guys will be success in future..

Muka nampak pucat sgt :(

Okay, thanks for reading !




Monday, 28 May 2012

Hi kem D' Tepus, Kedah ! :D

Minggu lepas aku join program team building yang dianjurkan kelab penyayang. Jauh sekali perjalanan, hampir 7 jam rasa nye. Dah la aku nie ada masalah nak tidur dalam bas, boleh dikatakan sepanjang dalam bas aku tak tido lena pown. Paling lama pown setengah jam, pastu confirm mata aku segar balik. Sampai2 je aku agak terkejut dengan tempat kem D'Tepus tue, entah..maybe I expect the place will be better than that kot? Tapi okay la, sesuai dengan budget yg mungkin agak terhad.huhu..Tapi bagi aku, kalau dapat cari kem lain lagi best kot, contoh yg dekat dengan air terjun ke, rentas halangan lagi banyak ke,ehh demand lak aku nih,haha :PP

Aku enjoy dengan game dlm LDK, semua best ! Group member aku pown sporting habis dan beri kerjasama yang baik, congrats all. Aku sebagai facilitator pown kena banyak belajar lagi handle program macam nie, AJK semua pown banyak beri tunjuk ajar, bestbest. Aku pown tak capture banyak gambar dari camera aku sendiri, ada jugak gambar yang diambil dari Zul a.k.a street runner, credit to him..


Memancing la sangat kann..haha~
Group 8,best ! :D

Committees and participants :)
Rentas halangan


Gambar tak ikut susunan aktiviti,malas nak arrange,huhu~
Okay,bye. Thanks for reading ! Good nyte awak2 sekalian :)


Thursday, 24 May 2012

BBQ time.

Thanks to all kelab penyayang committees for a wonderful event tonight. We had fun and know each other better right? I hope we can cooperate and change more ideas in future. Rafsyan as a project leader for this family day had successfully manage this event and thanks for the BBQ time at Tasik Shah ALam section 7, it was my first time to have BBQ there and it was not bad, nice view and nice place. I'm extra exhausted right now and of course need to qada' sleep and sleep again for this coming holiday,hehe. Can't waittttttttt !

What a busy night la for today because I have to pack all those things for team building program in Kedah starting tomorrow morning until sunday. Its 11:58pm and my bag is still empty. Anyone can help me?? :P okay, got to go because I need to settle my assignment first before I can really enjoy my weekend. Good night and take care..

As salam...

Saturday, 19 May 2012

SUKOL 2012.

Alhamdulilah !! tue saja dapat aku ungkapkan selepas diumumkan menjuarai perbarisan SUKOL 2012 UiTM Shah Alam. Mana la tak happy,lawan dengan 10 kolej yang sangat la best performance masing,last2 kami jugak terpilih sebagai juara. hehehe...Berbaloi baloi kot usaha sebab setiap malam selama 3 minggu berlatih 10-11:30pm, semua kerja tertangguh gara2 perbarisan nie.


Best jugak join nie ,at least aku boleh practise taekwando aku yang dah 2 tahun tertinggal tue. Thanks pada yang datang support, ilepyou !hee..Thanks pada yang bertungkus lumus mengajar dan memantapkan lagi perbarisan kali nie,akhirnya tercapai jugak impian pengetua untuk melihat kolej Melati menjuarai perbarisan SUKOL 2012. 


Bila emceee announce je, tempat pertama perbarisan SUKOL 2012 UiTM Shah Alam jatuh kepada kolej...........!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MELATI !!!!!!
Semua macam OMG, x sangka dowh !haha...

Jum layan gambar,

Hulubalang la sangat,haha~
Gegurls yg chantek !
Lin,Nana,me :)



Ok sekian sahaja, thanks for reading !

Thursday, 17 May 2012

Bacaan yassin bersama classmates.

Alhamdulilah,aku telah dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik dan berkongsi susah senang. Bukan kawan degree je, dari sekolah,diploma sampai lah usia aku 23 tahun nie, syukur Ya Allah..Baru tadi aku buat bacaan yassin untuk bilik aku di kolej melati. Classmate kitorang memang setiap malam jumaat akan buat bacaan yassin dari bilik ke bilik, tapi untuk level kitorang dan bilik kawan2 yang kenal je lah. Besttt, tak pernah buat macam nie semester yang lepas2..

Thanks for coming everyone ! :)

Classmates yang chantek2 belaka...
Minggu depan bilik eazy pulak..
Okay, sekian thanks for reading !




Red and black.

Done with managing change presentation ! Thanks to my partner, Nana for the hardwork and Prof Madya Nabila for the guidance, I really appreciate it. Me and Nana decided to wear red and black baju kurung, awww,berani gituuu,hee. PM nabila said, 'good presentation!' and I was like so proud for our effort and smile and smile again :DD


Feeling so nervous at this time,
but still tersengih sengih  gembira,hee..


Sunday, 6 May 2012

Kembara rimba super best !

Assalamulaikum..

Semalam aku telah menghadiri satu program yang ala ala Amazing Race,bertempat di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program nie anjuran fakulti aku sendiri dan pengarah projek adalah kawan aku sendiri, haruslah aku sokong kan. Secara keseluruhannya, program nie memang best dan tercapai objektifnya :)

Satu kumpulan mesti ada 6 ahli. Nama kumpulan aku Charlies Angels, sumpah gedik je nama kan :P Thanks so much kepada Aizat yang datang untuk ganti ahli kumpulan kitorang yang tarik diri last minute. Itu pown aku tak sengaja chat FB pukul 2am, borak punya borak then dia offer diri nak join kitorang, aku pown on je lah,lagi bagus sebab at least ada lelaki dalam kumpulan kami kan,hehehe. Thanks again Aizat !

Ada 8 checkpoint semuanya,semua game sangat best. Tak sempat nak ambik gambar sangat, sebab rushing nak pergi cari tempat kan. Part paling lawak ialah masa kitorang kena melukis. Orang depan kena teka tue gambar apa. Orang paling belakang dah lukis cantik2, sampai depan gambar berubah ubah, yelah tak semua pandai lukis kan. Senang cerita, gambar basikal jadi troli kat shopping kompleks tue,hahaha. Bila fikir balik memang lawak la,masa tulis nie pown aku tengah gelak besar,haha :DD


Layan gambar,


Nice design..

Amboi,sempat lagi dua org belakang tue eh..
Charlie's angels sgt !:P


Thanks all, enjoy sgt :)


Hehehe,okay sekian sahaja
Bye.



Friday, 4 May 2012

Setiap gambar ada cerita (Diploma)

Hye olsss,


Tadi tetiba rasa nak bukak album masa Diploma dulu, saja nak feeling kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ) kejap. Rindu nak fly sana lagi, rindu nak makan laksa sarawak, rindu nak bagi ikan makan kat Taman Sahabat dan paling rindu nak drive satu kuching! haha..Arghh, banyak sangat kenangan, setiap gambar ada je yang boleh buat aku tersengih sorang2.  Bak kata pepatah, setiap gambar ada cerita, setiap cerita pasti ada rasa,hehe. 

Antaranya :

Me,Ida, Azi, Nazrul, Kery
Gambar nie tengah makan kat depan waterfront. Satu hari suntuk berjalan, dari pagi sampai la ke malam. Sempat lagi tukar baju petang tue sebab nak sambung berjalan.haha..Yang paling best, kereta habis minyak depan kolej ICATS, student kat kolej tue semua dah gelak2 tengok kitorang. Malu kot..Nasib baik ada Nazrul(eh yeke nama dia?) datang dan bawak tong minyak untuk kitorang. Haa tue lah, berjalan sakan sampai meter minyak pown tak perasan,cess. Lepas balik makan dan karok bagai apa semua, tak sampai 1km nak sampai UiTM, kereta rosak la pulak! Perghh, apalah dosa kami sampai dugaan macam tue sekali,haha...Bersoal jawab la dengan Encik polis bantuan, nasib baik  lepas masuk UiTM ! :DD


Azi, Raden, Asma, Me
Nie masa semester 2. Kitorang mula rapat dan selalu je lepak sesama. First time aku overnight dengan kawan2. Main bowling, tengok wayang dan bersteambot sesama,paling lawak bila part pakai chopstick tebalik la,hahaha,kawkaw kena bahan. Satu Kuching kitorang round, sampai dah tatau nak pergi mana dah. Borak2 tepi waterfront sambil nikmati keindahan bandar Kuching, arghh rindu saat itu ! Masa nie la bunga bunga cinta antara Azi dan Topek berputik, opssiee,hee. Sampai la subuh kitorang lepak, balik kolej terus ZzzzZzz :P 


Azi and Me

Azi, my bestfriend from semester 1 hingga 6. Kat mana Azi ada, kat situ jugaklah Fasha ada. Macam kembar dah rasa,hehe. Serious memang rapat, gelak sesama, study sesama dan sampai Bintulu pown sebab dia, thanks Azi for everything, tak terbalas budi baik awak kat kita nie :D Time nie dekat kandang lembu Sarikei, pergi rumah Topek. Best dapat masuk kandang lembu yang real punya,aaahh nampak sangat aku jakun kat situ, okay fine. 


Topek, Axi, Asma, Me, Wawa, Atiqa
Gambar nie masa semester 2 rasanya. Macam biasa la, kitorang petang2 selalu joging. Entah kenapa tetiba petang tue rasa nak main "pukul berapa datuk harimau ", main kejar2 la kitorang. Sumpah lawak !haha..menjerit bagai pe semua, macam budak sekolah je rasa, tapi best la ! Release tension sambil menyihatkan badan. Pastue lepak kantin sambung borak lagi, cerita takkan pernah habis, pelik betul,hehehe..


Banyak gila gambar, nak cerita satu2 memang tak larat la.
Sekian, thanks for reading !

Monday, 23 April 2012

Here i come, Pulau Pangkor.

Assalamualaikum, Hi olsss..Hari isnin yang sangat bahagia sebab mid term break sudah bermula selama seminggu. Tapi hati tak tenang sebab buku,jurnal dan sewaktu dengannya masih tak bukak lagi. Arhh, malam nie boleh kot,harap2 aku bukak la,hehehe. Btw, aku baru je balik dari program Nur Al Falah di Pulau Pangkor, di bawah program UiTM satu semenanjung. Best sebab dapat holiday dengan member2, mandi pantai dan makanan sodap2 tue yang penting. Masa ceramah pown okay la,walaupun kadang2 tue ngantuk yang amat,ku gagahkan diri jugak untuk bertahan.


Ada beberapa isu yang diketengahkan, tapi tue nanti aku story kat entry lain. Skrg nie mahu relax2 dulu. Nah,layan gambar ..


Teluk Dalam Resort view in the morning..

Part of them...
Us :)

That's all,bye ! :DD




Wednesday, 18 April 2012

Research oh research

Banyak benda belum settle,nampaknya cuti mid-term kali nie kena buat assignment kawkaw,bagi siap itu kerja okehh. Memang kena sabar dan gagah bila buat research nie, setiap kali jumpa supervisor berpuluh journal dia mahu, belum lagi dia reject apa yang kita buat,betulkan sana sini,arhhh..

That's research anyway,chaiyok2..Meh baca journal sampai muntah hijau.

                                                    ^________________^

Wednesday, 11 April 2012

Wet world pown boleyy..

Yeyyy, finally tercapai jugak lah hasrat ( ermm hasrat ke?) nak pergi ke wet world, Shah Alam. Tue pown lepas dipujuk oleh kawan2 kelas. Pergi je lah, just enjoy before mid term paper. Mula mula ramai nak pergi,last2 ada lapan orang je. Yang lain ada meeting lah, urgent la,masalah perempuan bagai pe semua, hehe tapi sokay lah,mungkin tue lebih penting. Masuk wetworld nie RM20,errkkk? naik mendadak,dulu member cakap dalam RM12 je,tapi kitorang bayar je lah. Dah sampai pown kan..

Bagi aku, takde lah best sangat. Maksud aku, tak banyak yang adventure nye,tahap budak2 boleh la,haha..oit,kalau nak adventure pergi la sunway lagoon.hmm,memang la,mana pulak nak cekau duit nye,rm70 sekali masuk..cecite cecite :P

Roll the vote team (RTV)

Nampak tak muka bahagia di situ before test?hehe..

Me and Lin :)

Okay,sekian sahaja.
Bye..

Wednesday, 4 April 2012

Singapore.

Develop,clean,most of the people are chinese ( 70%), you can 'khatam' each area in Singapore only for 4 hours ! believe me..Best, you should visit and experience all the games in Sentosa Island. Awesome and speechless to see song of the sea show :)


Bangunan yg unik,ala2 kapal atas tue..

Chinatown,best shopping sini,murah okay...

Banyak gila gambar, tapi mampu upload 2 je,cukup la kan?hehe,malas mahu mencapap lebih2 :DD

Sunday, 25 March 2012

Roll the vote (RTV)

Hye hye..Nie cerita sangat la dah basi okay, aktiviti minggu lepas dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kali nie RTV dibuat di Dusun Eco Resort, Pahang. Okay la tempat dia, cuma line handphone problem sikit, terputus hubungan luar. Sadiss betul. RTV nie best sebab ada aktiviti luar termasuk rentas halangan dan main rakit,haha..buatan sendiri okay, yang penting selamat sampai ke destinasi, kau mampu ? :P aku rindu nak main rakit lagi,nak lagi...

Takde mood sebenarnya nak cerita panjang, sebab tengah buat assignment sekarang nie tetiba hati meronta-ronta nak tulis blog. Pelik betul,macam dah takde waktu lain je,cehhh..Tengok je la gambar2 nie, best la RTV nie, just a relax acitivity dan boleh release tension jugak.


FSPPP :)
From left: Me,tasha,Nana..

Dormmates ! Masing2 suka nyanyi,hee..

Best best :DD

Jambatan gantung,aku naik tak sampai hujung pown,setengah pastu patah balik,haha..
Nie antara rentas halangan..kacang je nie,hakhak :P




Sekian...25/3/2012,10:20pm :)

Tuesday, 13 December 2011

Kelab penyayang melawat warga tua..

Pada sabtu lepas, 10/12/2011 kami ahli kelab penyayang UiTM Shah Alam pergi trip ke rumah Sri Kenangan, Ulu Kinta, Perak. Actually dah banyak kali aku nak pergi program under kelab nie, tapi asyik ada hal je. Mula2 PPKP pastu ada SAF (sukan antara fakulti) pulak,aihh.. so kali nie ada chance haruslah kami join ! hehe :) Melawat rumah orang tua adalah salah satu wish list aku, sebab memang teringin sangat nak tahu kehidupan mereka, selalu baca kat newspaper je kan..

Masa on the way pergi tue, aku rasa macam lama sangat nak sampai...Pelik, mungkin sebab aku tak selalu ke arah Perak kot, selalu balik Muar Johor je okay :D Nie antara gambar2 kami sepanjang aktiviti di sana. Ouh, thank you to Mr. Street Runner for these pictures. Dia pinjam memory card aku, haruslah gambar aku banyak,hee..


Leng leng dan penghuni di sini

Me dan macik Shima :)
Aktiviti berkumpulan, menyanyi,menari,etc..
Macik Midah yg sgt aktif dan sporting :)

All of us..

Banyak aku belajar kat sini, mungkin kita tak nampak kesedihan mereka tapi siapa yang tahu di hati mereka. Lagi sedih tengok mereka yang sakit, terlantar di katil. Bila nampak depan mata kita sendiri, baru sedar ada orang yang lebih menderita dari kita. Teringat dulu masa arwah atuk sakit, aku tak dapat jaga dengan baik. Balik pown sekali sekala, masa arwah meninggal dunia aku masih kat sarawak, tak dapat balik. Doa dari jauh untuk penghuni di sini supaya mereka happy2 selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik, amin..

sekian, thanx for reading !


Thursday, 23 June 2011

Aku mahu pergi, tapi...

Yeayyy ! Finally, selamat berbahagia untuk ak :PP 

Iskkk, bukak bahagia kahwin la, dok ehhh..semalam last paper exam aku, fuhhh,lega okeh. Dapat gak rehat selama 2 bulan. Suka suka suka,hee. Sekarang dah kat rumah, bak kata omputih rumah manis rumah ;)) Semalam habis je exam, kemain senyum sampai telinga aku dibuatnya..dok pikir apa aku nak buat cuti nie ? mak cakap tak payah nak kerja part time, dok umah belajar masak, aku dah macam, hmmm..okay, BAIK. Ikut aje lah kata mak.

Kenapa la aku nie lembab sangat bab bab masak nie weyhhhh =.="


Btw, ini bukan yang aku nak story. Al kisah nya, lepas exam semalam classmates aku ajak pergi mandi manda kat sungai sendat hari nie, saja nak celeb dah habis exam,heee. Then aku pown call la mak aku semalam dalam pukul 6pm lepas habis exam, call nak mintak permission lerr...
 
Perbualan antara aku dengan madam Saemah,


Aku : tutt tuttt...tut tutt..
Madam :helloooo
Aku :hello makkkk !hehe..reen dah habis exam
Madam :Camner paper, ok idak?
Aku :Cam biasa ler mak, ada okay ada yang tak
Madam :Its okay, dah buat yang terbaik, tawakal je lah
Aku :Baik..Hm ,mak, esok kawan ajak pegy mandi manda, kat Ulu Yam
Madam :Nak ikut ke ?isk..tak payah lah, bahaya mandi kat sana tue. Banyak kes,lagipown kan dah cakap nak balik n angkut barang2 semua malam nie
Aku :Okay, x pelah kalau camtue. Hehehe...

Aku tak nak cakap banyak dah, tak sedap hati kalau aku nak pergi jugak, lagi2 benda yang melibatkan air nie. Okay, xpe. Have fun u olssss :))