Showing posts with label 30 hari Cabaran. Show all posts
Showing posts with label 30 hari Cabaran. Show all posts

Thursday, 18 August 2011

Day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

Berbulan bulan sudah tidak ber blog. aku pown tak pasti apa yang aku busy sangat duduk rumah nie. Dukacita dimaklumkan aku gagal dalam melaksanakan cabaran ini mengikut hari yang ditetapkan, wuuuuuuuuuu ;( Betul cakap blogger2 sekalian, bukan senang nak ikut cabaran nie. Tapi takpelah, kalau aku ada mood au akan sambung cabaran2 nie. Boleh pulak macam tue?ehehehe..

Hari nie takde apa2 menarik yang berlaku. Seperti biasa, bangun tidur dan mandi. Nak buat breakfast macam tak mungkin lah kan, puasa nokssss...Tengah hari sidai comforter pastuh skrg aku tgh blogging. Haaa,kan dah cakap, tak menarik langsung pown ! Selamat berbuka you olsss, jum kita pergi bazar angkut semua yang ada, hehehe.

Monday, 4 July 2011

Day 9 - perasaan anda hari ni

Pasangan Norma dan Talib

Hari ini aku rasa sebak membaca entry2 tentang pasangan ini. Mereka adalah pasangan muda yang telah dipilih Allah swt untuk menghadapi ujian yang begitu berat. Kisah si suami yang tetap tabah di sisi isteri beliau yang menghidapi kanser otak tahap 4. Aku berharap mereka sekeluarga terus tabah walaupun aku tahu berat mata memandang, berat lagi bahu mahu memikul. Eh, betul ke peribahasa aku nih ?
Norma bersama anaknya, Rafiq
Ini pula gambar Norma yang terlantar di hospital bersama anak kesayangannya, Rafiq. Utk pengetahuan semua, Norma telah menjalani 5 kali pembedahan setakat ini. Aku sebak membaca setiap entry di blog kakak iparnya, Moon. Tapi yang paling buat aku paling sebak apabila tengok gambar Norma yang mencuba untuk bangun dan memegang atau memeluk suaminya yang setia di sisi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 


Ya Allah, berilah kekeuatan kepada Norma untuk terus bertahan melawan penyakit beliau. Norma sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat setia dan penyayang.


Day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami


Dulu masa form 1 adalah aku bergaduh dengan sorang budak lelaki ini, nama dia Azril budak paling nakal kat sekolah ! grrrrrr...Aku tak suka kau weh ! Entah macam maner, satu hari nie dia tuduh aku buat ape entah, sorry tak berapa nak ingat. Sebab aku memang kaki gado jugak kat sekolah dulu,haha. Ada berani ? tengah marah2 tue, sampai satu tahap aku nak baling hanger kat si Azril tue. Hanger tue dibawa untuk menyangkut tudung sekolah, maklumlah ada pendidikan jasmani time tue. Aku baling la hanger tue tetiba ko tau ape jadik weh ???hehehe. Aku terbaling kat teacher yang baru masuk dalam class kitorang, dia ajar BI. Takde la kena tapi sipi2 lah, hahaha. Ishh, ape ke bengap sangat la aku nih marah2 sampai camtue sekai, aihhh...

Friday, 1 July 2011

Day 7 - tiga perangai baek anda


Untuk hari nie, aku akan post sesimple yang mungkin. Kenapa ??? sebab mata aku dah ngantuk, jam pown dah menunjukkan 12:42am ye tuan2/puan2 sekalian. Kang kalau tak post kira dah tak ikut cabaran 30 hari, sebab hari2 kena post daaaa~ ok, jummm.

1) Peramah. Ini memang tak tipu, aku senang nak berborak2 dengan orang even yang tak kenal pown. Biasa nya aku lah yang mula dulu, sebab aku tak boleh la kalau orang sebelah aku diam seribu bahasa, boringggg..tapi tengok jugak la, kalau tengok dia pown jenis ok, senyum dan nampak mudah mesra, dengan lantas aku akan say "hye awak". Tapi perempuan je tau, kalau lelaki sebelah aku kaku sikit. Haha. I mean dia la kena say "hye" dulu.

2) Nasihat. Aku selalu act sebagai kakak kepada kawan2 yang lain. Maybe sebab aku nampak strict lagi kot. Kalau ada benda tak betul, aku akan nasihat direct lah, kalau tak paham bahasa jugak, memang nak kena sound lah. Eh, boleh pulak macam tue ? :P

3) Tak kedekut. Haa, aku memang tak kisah kalau bab2 duit nie. Kalau aku ada duit lebih, aku boleh belanja kawan2 aku yang lain. Kenapa ?saja2, tak boleh ? banyak soal daaaa...tak kisah la hang out dengan kawan2 ke ape ke, kalau takat nak pay something below RM10, aku tak berkira sangat lah. Asalkan orang tue baik dengan aku, aku akan sepuluh kali baik dengan kau, ada paham ?

Ok tue je, good nyte ! hee...

Wednesday, 29 June 2011

Day 6 - tiga perangai burok anda


Ahhh ?perangai buruk..opkos la ada, hehe. Nobody is perfect rite ?


Perangai buruk pertama ialah aku suka makan tak habis. Mesti orang yang selalu makan dengan aku perasan benda2 nih. Perut aku nih kecik, tapi nak makan macam orang perut besau, ini lah dinamakan tamak semasa membeli makanan..adehh, aku mengaku :( Tapi kalau dah lapar, pinggan pown aku boleh gigit dan kunyah tau, hm..tipu jerr..hehe.

Perangai buruk yang kedua ialah ego yang tinggi. Dengan kata lain, aku sangat susah mahu ucapkan kata maaf kepada orang. Kecuali kalau aku memang salah la, tapi kalau dah orang lain salah tapi aku pulak nak kena minta maaf memang tak la, walaupun itu lebih baik untuk menghentikan pergaduhan. Sekarang aku dah ubah perangai nie, sebab aku belajar dari seseorang dengan kata 'maaf' pown dah cukup untuk buat kita tersenyum.

Perangai buruk yang ketiga ialah cakap je nak window shopping tapi duit habis jugak ! haha..camner tue ?haaa, tue maksudnye takde kata 'window shopping' dalam hidup aku nie, kalau dah pergi satu tempat tue, memang akan beli jugak, percayalah :D korang pown sama jugak kan, kan kan ??? cehh, xnak mengaku yerr...

Tuesday, 28 June 2011

Day 5 - status anda ? relationship anda?

Jangan pegang2, duduk renggang2, ouh bertambah sayang :DD


Single

tapi dalam hati ada taman sebenarnya
siap ada air terjun sekali tawww, haha :P
Kalau nak declare pown tunggu tunang nanti kot, insyaAllah
Doakan yang terbaik untuk kami

Day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang


Macam sekarang lah, cuti semester 2 bulan, dok sorang2 kat rumah. Parents kerja, adik sekolah...Tapi best jugak ! sebab aku dapat conquer TV itu dan mengemas rumah dengan tenang nyer :DD kalau tak mesti time2 kemas sibuk lah adik aku tue nak kacau, itu lah ini lah..aih, grrrr...

Nie antara benda2 yang aku buat time sorang2 :


Merenung masa hadapan

Blogwalking, surfing to search any info's
Clean up the house, especially my room ! haha..
Cooking any new recipes
Drive alone and no ideas where to go, suddenly reach to my friend's house, ask them jum lepak ! :DD
 Window shopping

Day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

Tidur memang hobi aku :P
benda2 wajib aku kena prepare atau mesti buat :
  

1) Tengok TV, bantai la cerita apa2 pown asal kan aku boleh tengok. Aku akan tengok sampai tertidur, esok pagi waktu subuh baru tutup. Parents masuk bilik terus bising, tapi kejap je pown, hehe. Tak sedar la makkkk, sorry :DD

2) Text him, ini harus dibuat. Even just to say 'goodnyte, sleep well' its enough to make me smile before i close my eyes, ececehh...kalau dapat webcam lagi la senyum macam kera sumbang, pandang dinding pown boleh senyum :P

3) Bantal busuk mesti ada. Kalau takde rasa macam hilang satu ciuman harum dalam tidur ku, hihi. Biar lah ada satu bantal yang lain tue korang ambik lah, tapi bukan bantal busuk ! Kalau mak aku cuci sarung bantal tue pown aku dah rasa macam, oh my :'(

4) Nie sudah semestinyer, cuci muka dan berus gigi. Tidak dilupakan ye anak2 untuk menyapu organic aid dan telan softgel sebagai penjagaan kesihatan aku. Tapi kalau dah datang malas takde aku nak sapu2 lotion bagai ape semua nih, telan softgel sudeyy, ehh tapi bagus tau softgel nie, banyak beri perubahan kepada kesihatan aku...hm, sempat lak promote aku nih :P


Sunday, 26 June 2011

Day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

Ok ok, memang aku lambat jawab soklan cabaran hari kedua nie..nak taw nape ?hehehe..sibuk mengemas rumah nak raya lah, awal nyerrrr ! nak buat camner, nanti dah puasa semua dah malas nak angkat segala yang berat, kurang tenaga katanya. Dan secara tetiba aku dilantik sebagai junior eric leong yang tak bertauliah :DD

Berbalik pada soalan cabaran, movie yang aku suka ialah...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


TWILIGHT !!!



Aku memang suka kalau movie cintan cintun nie. Yang paling best, vampires hensem2 okeh. Start twilight, aku layan pulak vampire diaries, memang best ! hehe, rasa macam nak cari vampires je, erkkk ? bukan ke sepatutnya vampires muka buruk2 dan menakutkan..hmmm...pelik kan tapi tak kesah lah, layannnnn...

Thursday, 23 June 2011

Day 1 - lagu yang anda dengar hari ini


Yeayyy, ini lah hari pertama untuk aku menjawab cabaran 30 hari itu. Baru first day, harap2 semangat ini berkekalan hingga hari yang ke 30 lah ye :DD

1st day challenge: Lagu yang anda dengar hari ini ?

Al-kisah nya, pagi tadi aku bangun awal. Lepas breakfast ape semua, aku terus bukak blog, teringat challenge nie dan tak sabo bebenor nak jawab,haha. Bukan apa, kang makin aku postpone makin aku tak buat. Betul idak ? 30 hari tue, jangan memain :P Sempat jugak aku blogwalking tadi, menerjah 5 6 blog yang macam ada cerita best2 tue. Salah satu blog yang menarik minat aku ialah Mama Qies, anak dia comel okeh, gerammm taww ! Aku baca la entry latest beliau, ada satu video lagu nie, macam best dan aku try la play. Dengar je video tue, aku terus macam....

Waaaaa, nie la lagu yang aku cari sejak minggu lepas !hahaha...


Suka tak kepalang okeh, sebab last week aku dengar kat blog orang je, tajuk tatau pown. Berkali kali aku main lagu nie kat blog Mama Qies. Aku kurang dengar radio, means kurang jugak update new songs nie kecuali lagu2 inggeris, sebab adik aku selalu update untuk aku, hehe. Thanx and muahhhs comel :)





This song is about long distance relationship, all about you and me ;))

Sahut cabaran ituuu ! :D


Cabaran ape nie ? aduh...suka buat gempak kan aku nih..hehe. Nie haa, sejak aku blogwaking dari semalam, ramai blogger cakap pasal 10 days challenges la, 30 days pown ada tau. Aku ambik 30 days punya, memang aku berani sebab sekarang kan cuti semester so aku memang ada masa dok on9 setiap masa. Syarat untuk menyertai nya ialah..... anda mesti update bog anda mengikut tajuk selama 30 hari itu. Maksudnya sebulan tue korang punya blog di update lah. Ada je idea nak tulis ape kan, tak la blog kusam dan lesu cam blog aku nih. Cabaran diambil dari Cik Ezy ;))


day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


Yeyy, pasnih blog aku akan kembali segar gitu :DD semangat semangat !