Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Friday, 21 January 2011

Nak tengok khurafat tapi penuh ! ;(

Waaa, dah seminggu aku tunggu nak tengok khurafat masih takde chance. Semalam sempena thaipusam aku dengan kawan2 pergi ke Mid Valley dengan harapan ada tiket la pukul 1:45pm, tup tup habis. Pukul 3:45pm pown dah habis,wuwuwuwu...memang kecewa jugak la. Movie lain2 yang best pown habis sudah ;((

Disebabkan kecewa tak dapat tengok movie, kitorang pergi la shopping. Tak plan pown nak beli pape, seriously.heheh, dah nama pown perempuan kan, takat window shopping mana la puas hati. Habis RM 100 tue ! hilang budget this month, so sorry ye mak abah, anakmu ini sangat la boros, minta ampun minta maap..hee. Masih tak sedor diri ler aku nie yang aku perlu berjimat.

dgn budak masscom,Aina dan ina yg ngegeh :P



with sawakians, Ina dan Ida.


Sabar ye nad, tak dapat tempat duduk eh.hehe.



Bila agaknya dapat tengok khurafat nih ? Cuti CNY kot,harap2 sempat lah sebab nanti nak holiday kat JB, yeyeyyy ! heheh.Okay, sekian.

Thursday, 16 December 2010

takde la kelakar sangat.

Semalam aku pergi tengok movie, yang orang lain dok cakap best dan kelakar sangat. Ape lagi kalau bukan hantu kak limah balik rumah, aku dengan wan, sheera dan qila time tue decide tengok kat mid valley, tapi tak sangka jem gila weyh, rupa rupanya semalam sale habis jusco,huhu. Sape ada jusco card memang shopping sakan la gamaknya. Belum masuk parking dah sesak, ape lagi, blah dari situ dan pergi ke alamanda yang lagi dekat dengan rumah. Aku beli tiket pown dah hampir full, kitorang dapat seat tiga dari depan, sakit tengkuk tak yah cakap la.

Pasal cerita mak limah nie, memang la ada part part yang kelakar, tapi kalau kau suruh aku tengok lagi sekali memang harem aku nak keluar duit beli tiket gara2 nak tengok kak limah. Bagi aku cerita dia tak banyak sangat pengajaran kalau nak dibandingkan dengan ngangkung !

Kalau tahu semalam baik tengok movie 'aku masih dara' yang baru je keluar semalam,hmm. Tapi kesimpulannya movie kak limah takde la teruk sangat, boleh la aku bagi dua setengah dari lima bintang,hehe. Terhibur la jugak walaupun hantu dia tak berapa nak jadi,huhu.


Suka simpan suma tiket wayang,hee !


Dah rotate, tapi bila upload jadi camnie lak,asal eh ?appuuu...

candid,ahaha...

okay la,ini sahaja,bye2 ! :))

Sunday, 11 July 2010

layan eclipse !

asslamalaikum !hee...
lama kot tak update blog
busy melanda diri
mana nak settle kan barang kat campus,alih and angkat barang,pergi class,huhu,penattt...

okay2 !tak payah melalut lagi,aku nak cerita pasal twilight pulak !yuhuuuu...
after twilight,new moon dan sekarang eclipse !
baru tengok semalam,best la jugak.Its better than new moon for sure okay.





Ada 3 watak utama yg agak menjadi kegilaan ramai termasuk Edward Cullen,Jacob Black and Bella.Pada pendapat aku,jalan cerita tak la seperti jangkaan aku sebab aku mengharapkan Bella dapat buat keputusan untuk pilih siapa jadi peneman hidup at the end of this movie. Tapi Bella masih tak dapat buat keputusan yang benar-benar 'confirm' atau meyakinkan lah.Mana tak nya,kejap aku tengok dia nak puntianak tue,kang kejap lagi nak serigala jadian tue pulak..iskk !bella bella...tapi aksi 'cium mulut' memang banyak la dalam movie nie.Baru nak start movie pown dah cium2,errr?agak geli sedikit lah,ngehngeh...

Jacob seperti biasa masih tidak berputus asa dalam memikat Bella,dan Edward sudah pown melamar Bella and she accept it.Tapi Bella mesti kena fikir betul-betul la,sebab kalau dia memilih Edward,dia harus berubah menjadi pontianak di mana dia bukanlah manusia yang normal.Sebaliknya,jika memilih Jacob yang handsome lagi tough tue,dia tidak perlu merubah apa2 dalam hidupnya..hm...

Part paling best bila dua puak bergabung untuk fight dengan puak puntianak baru.Korang bayangkanlah,puak puntianak(cullen family) dan puak serigala jadian sanggup bergabung demi seorang wanita bernama Bella.Best nya,lucky kan? :)

Ada jugak adegan atas katil,opss !maksud aku bila Bella yang virgin tue cuba menggoda edward untuk 'bermain' tetapi ditolak !hahah...kesian habes.Taw2 la kan,edward tue agak kuno,hidup zaman dulu-dulu,umur pown dah 109 tahun kot !lepas kahwin baru boleh,ngehngeh...

Panjang jugak aku cerita eh?kalau korang nak taw lanjut sila lah meringankan kaki ke wayang ye.FYI,next twilight ada lagi nak keluar kan,kalo tak silap breaking dawn,just wait and see !harap jalan cerita dia out of the box and she will be getiing married with the right person.Ok,buh bye !

Sunday, 27 June 2010

it's movie time...

one of the action in knight and day movie


Knight and day,best kott !heheh.I can give 4 over 5 stars for this movie,yess i'm telling you the truth.The genre is more to action and comedy and you will be laugh for almost 2 hours surely dear.For Tom Cruise and Cameron Diaz,it was a good job lah !especially the racing part,heheh...and not to be forgotten,thanks fatin for the days we had spent,so happy with you la :)

synopsis?huh,tengok sendiri la baru best !okay?papai,salam...