Monday, 14 May 2012

Senyum senyum selalu !

Ya,dikala orang lain sedang diulit mimpi2 indah, aku masih memerah otak untuk research yang akan disemak esok.Ouh nebes ...! Lusa pulak presentation, aku tak prepare pape lagi,memang masak aku esok wehh.

Dah dah, nak habiskan kerja. Lega sikit kepala otak nie nanti. Walaupun banyak kerja, tetap tersenyum macam kerja dah siap semua je kan,hehehe. Okay, good night :)

Happy mother's day ! :)


Wah,lambat sehari post entry nie. Sebenarnya nak tulis semalam tapi sebab dah ngantuk sangat, terus krooohh kroohh la jawabnya. Aku mana boleh tunggu bab2 tido nie,hehe :PP

Semalam aku sempat balik rumah kejap, semata-mata nak spend time dengan emak tersayang. Emak, selamat hari ibu,love you ! Terima kasih untuk segala-galanya, memang tak terbalas segala jasa2 mu, tapi rin dengan adik2 cuba jadi anak yang terbaik untuk emak dan gembirakan hati emak selalu,InsyaAllah :))

Kitorang sempat beli kek je, kebetulan pulak mak cik dan atuk aku ada kat rumah, so sambut untuk 3 orang ibu sekali lah. Lepas dah potong kek kat rumah, kitorang lepak2 kat tasik putrajaya sambil settlekan convocation sedara kat PICC. Btw, congrats Nana for your convocation day ! :D



My mum, Cik Milah, Atuk
Sorry gambar x clear,huhu..


Me with Nurin Kamarina yang petah bercakap :)

Anak manja mak ngan abah :P

Okay sekian sahaja.
Bye !

Tips Memanfaatkan masa


Diambil dari brochure yang aku jumpa di sekitar campus, macam menarik,jum baca :)

1) Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Kelebihan bangun awal nie, memang banyak sekali. Namun, cukuplah dikatakan bahawa kalau bangun awal kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

2) Amal baca surah yassin setiap pagi
Seboleh mungkin cubalah peruntukkan masa 15-30 minit untuk baca surah Yassin pada setiap pagi. Kelebihan surah Yassin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yassin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan.

3)Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi sebelum memulakan apa apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan dan pelan tindakan atau strategi untuk 'daily goal'anda.

4) Jangan tangguhkan kerja,laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri 'Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.'

5)Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta,masuk lift, buku yang anda bawa tue dan bacalah k.

Okay, itu sahaja. 
Sharing is caring :)
Thanks for reading !

Thursday, 10 May 2012

Kes dera anak.

Assalamualaikum, good morning olss ! Okay, baru baru nie kita digemparkan (wahh ayat skema) dengan video kes dera anak yang tersebar kat facebook. Aku pown ada tengok jugak dan agak terkejut dengan perangai si ibu tue. Bergenang jugak la air mata aku tengok nasib anak yang sangat sangat tak berdosa tue.  T_T

Bila si ibu tue pukul anak dia, aku pulak yang rasa sakit. U know what, adik aku yang pukul guna bantal tue pown aku dah rasa sakit, nie kan lagi budak tue, boleh sampai plax hati mak dia pukul pakai bantal,sakit wehhh ! Bagi aku as a muslim, memang la kita rasa macam nak marah tapi tak perlu nak keluarkan kata2 yang agak kurang ajar, contoh $#&#(%$#@&^%$#@,ahh faham2 sendiri la kan. Malas nak tulis kat sini.


Pape hal pown, tunggu je siasatan polis. Doakan yang terbaik untuk si anak tue semoga dia sentiasa di bawah perlindunganNya selalu, amin...


Sekian, thanks for reading !


The best song ever.


Everytime I feel down and demotivated, I will listen to this song for many times..

Mariah Carey
-Through the rain-

One of my favourite part :

I can make it through the rain, I can stand up once again
On my own and I know, That I’m strong enough to mend
And every time I feel afraid, I hold tighter to my faith
And I live one more day, And I make it through the rain

Tuesday, 8 May 2012

Hunger cycle, its true !


Totally agree ! :DD
 This is what happened to me every night before sleep. Sometimes..


Monday, 7 May 2012

If only you knew...

I'm so tired lately. Hopefully I can stand it and manage myself very well ! No word of 'give up' in my life. Its 1:31am already, I need to rest and get some quality sleep. Good night people, sleep well.

Mood: I'm thinking about you. And I don't know why...

Sunday, 6 May 2012

Kembara rimba super best !

Assalamulaikum..

Semalam aku telah menghadiri satu program yang ala ala Amazing Race,bertempat di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program nie anjuran fakulti aku sendiri dan pengarah projek adalah kawan aku sendiri, haruslah aku sokong kan. Secara keseluruhannya, program nie memang best dan tercapai objektifnya :)

Satu kumpulan mesti ada 6 ahli. Nama kumpulan aku Charlies Angels, sumpah gedik je nama kan :P Thanks so much kepada Aizat yang datang untuk ganti ahli kumpulan kitorang yang tarik diri last minute. Itu pown aku tak sengaja chat FB pukul 2am, borak punya borak then dia offer diri nak join kitorang, aku pown on je lah,lagi bagus sebab at least ada lelaki dalam kumpulan kami kan,hehehe. Thanks again Aizat !

Ada 8 checkpoint semuanya,semua game sangat best. Tak sempat nak ambik gambar sangat, sebab rushing nak pergi cari tempat kan. Part paling lawak ialah masa kitorang kena melukis. Orang depan kena teka tue gambar apa. Orang paling belakang dah lukis cantik2, sampai depan gambar berubah ubah, yelah tak semua pandai lukis kan. Senang cerita, gambar basikal jadi troli kat shopping kompleks tue,hahaha. Bila fikir balik memang lawak la,masa tulis nie pown aku tengah gelak besar,haha :DD


Layan gambar,


Nice design..

Amboi,sempat lagi dua org belakang tue eh..
Charlie's angels sgt !:P


Thanks all, enjoy sgt :)


Hehehe,okay sekian sahaja
Bye.



Saturday, 5 May 2012

Nak tengok jugak !

Sekarang tengah berlangsung match Chelsea vs Liverpool,kan kan? Okay aku jeles sebab takde TV kat bilik nie haa,kalau nak tengok sila turun di bilik TV bawah. Kan best kalau match nie masa cuti semester, boleh bersengkang mata bagai. Arghh jeles, kalau tengok football at least boleh release tension kejap, sebab dapat cuci mata dan jerit dengan adik aku kat rumah tue haa  ! hehe :P

Nak sambung buat assignments, happy watching you olss..

Sahabat, hati-hati ketika bergurau


Artikel diambil dari iluvislam, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan bersama. Aku pown salah seorang yang kadang2 bergurau secara kasar walaupun niat tue untuk bergurau je sebenarnya T_T

Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan Allah swt. Tugasnya dicipta di atas dunia adalah untuk melakukan kebaikan dan menjahui kemungkaran. Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin saya  tegaskan kat sini, kita semua manusia. Punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan punya badan tidak sedih?
Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.

A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samara.
Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.

Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?

Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.