Diambil dari brochure yang aku jumpa di sekitar campus, macam menarik,jum baca :)
1) Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Kelebihan bangun awal nie, memang banyak sekali. Namun, cukuplah dikatakan bahawa kalau bangun awal kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.
2) Amal baca surah yassin setiap pagi
Seboleh mungkin cubalah peruntukkan masa 15-30 minit untuk baca surah Yassin pada setiap pagi. Kelebihan surah Yassin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yassin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan.
3)Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi sebelum memulakan apa apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan dan pelan tindakan atau strategi untuk 'daily goal'anda.
4) Jangan tangguhkan kerja,laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri 'Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.'
5)Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta,masuk lift, buku yang anda bawa tue dan bacalah k.
Okay, itu sahaja.
Sharing is caring :)
Thanks for reading !
No comments:
Post a Comment