Wednesday, 18 April 2012

Research oh research

Banyak benda belum settle,nampaknya cuti mid-term kali nie kena buat assignment kawkaw,bagi siap itu kerja okehh. Memang kena sabar dan gagah bila buat research nie, setiap kali jumpa supervisor berpuluh journal dia mahu, belum lagi dia reject apa yang kita buat,betulkan sana sini,arhhh..

That's research anyway,chaiyok2..Meh baca journal sampai muntah hijau.

                                                    ^________________^

Monday, 16 April 2012

Jangan politikkan isu PTPTN.

Kenapa mesti nak pertikaikan isu PTPTN? Tahu la PRU-13 nak datang tapi tidak perlu lah nak bodek sampai mintak PTPTN percuma atau tidak perlu dibayar dek non oitt. Agak melampau di situ, pinjaman yang dikeluarkan bukanlah dua mahupun tiga ringgit tapi berbillion RM, banyak lagi duit tue boleh guna contohnya kebajikan orang yang lebih memerlukan, pembangunan negara dan fasiliti yang sememangnya masih banyak harus diperbaiki. Yang aku pelik kenapa isu nie timbul masa dah nak pilihanraya? haaa nampak tak kat situ...

Aku pown pinjam PTPTN masa diploma dulu, tapi aku tak setuju kalau PTPTN tak perlu dibayar balik atas alasan2 ini :

1) KIta nie orang islam sangat menitikberatkan soal hutang, kalau tak susah nak jawab di akhirat kelak

2) Dulu masa sign dokumen tak baca ke segala akujanji tue? kan kita semua dah setuju nak bayar balik, so kenapa lepas dah habis guna tetiba kau cakap tak nak bayar? This is so unfair for our adik2 yang mungkin akan sambung belajar dan menghadapi masalah kewangan nanti

3) Kalau betul tak nak bayar, please perform on your study la, at least CGPA 3.5 and above, then u deserve to get free loan :)

4) Wahai rakyat Malaysia, beruntunglah kita duduk negara 'kebajikan' nie. Kalau nak dibandingkan negara lain, belum tentu kita boleh dapat subsidi, PPRT, BR1M, kedai 1 Malaysia bagai apa semua tue lah. Kalau PTPTN pown nak free, bila nya nak maju? Korang masih nak dilabelkan sebagai melayu mundur dan malas ke? come on la, bukak minda tue, kadang2 benda nie macam nak perbodohkan pelajar je, untuk ape? haaa tue lu pikirlah sendiri...

Ouhh,aku bukan di pihak kerajaan mahupun pembangkang, aku tulis berdasarkan pandangan dan apa aku dah belajar. Peace no war, As salam :)

Sunday, 15 April 2012

Perjalanan ini.

Wahh,bunyi macam jauh je perjalanan tue kan,ala ala dari Selangor ke hujung Perlis gituu,hehe. Aku nak cerita pasal perjalanan aku dari Kajang balik ke Shah Alam nie. Macam2 situasi aku lalui yang mungkin bagi aku pelik dan memalukan. Sampai je KL sentral (ayah hantar dari Kajang), aku round2 la situ kejap cuci mata. Usha sana sini jap, arhh boring. Takde benda yang menarik perhatian aku. Bermulalah cerita, 3 situasi...

Situasi 1
Sudah menjadi kewajipan aku kalau dah kat situ akan beli cornetto sundae chocolate,ohh itu peberet sepanjang zaman u olss. Tengah beratur tue,aku tengok la gelagat customer yang membeli dekat depan sekali, foreign couple yang mungkin ada masalah nak bagi coin, tak cukup rasa nya. Terkial-kial jugak la dorang cari..Yang buat aku rasa macam malu bila pekerja tue jeling maut macam tak puas hati kat foreigner tue, muka marah tak nak senyum langsung. Foreigner tue tengok je pekerja tue, maybe nak say 'sorry' ke ape kan, pekerja tue buat bodoh dan terima duit tue pown tak tengok langsung mata customer. Helloo, cik pekerja, awak kena la paham situasi foreigner, dorang tak biasa lagi dengan currency kita. Lagi satu, malaysia kan penuh dengan adab sopan,murah senyuman, murah hati bagai apa semua, tunjukkanlah sifat2 orang malaysia. Tak elok betul perangai macam tue, memalukan rakyat Malaysia je.

Situasi 2
Nie masa aku nak melintas traffic light bawah KL sentral tue. Aku berlari-lari sebab nampak traffic light pejalan kaki 'hijau', tup tup tak sempat. Orang belakang pown berlari-lari belakang aku, sampai aku dilanggarnya bila aku berhenti secara mengejut,haha :P sorry la awak, saya memang patuhi arahan, kalau dah merah tue memang saya takkan jalan selangkah pown. Orang dalam kereta atas motor semua pandang arah aku,maybe nak bagi aku melintas kot, tapi aku tetap tak nak,nak tunggu hijau jugak,haha..Pelik sungguh budak nie.

Situasi 3
Nie first time aku naik bas balik Shah Alam. Selalu direct naik KTM je tapi Lin cakap bas lagi cepat sampai. Okay,aku pown sorang2 menuju ke bus stop sebelah YMCA. Gagahkan diri jugak walaupun tak berapa nak berani kan. Sambil tue aku makan la ais krim sundae tue,nyumm nikmat gila lepas penat berjalan kan. Masa makan tue ada sorang pak cik tengok je aku,senyum senyum pastu dia cakap macam berbisik la "sedap", ulang 2 3 kali. Aku ingat ais krim sundae tue,pastu dia hulu kilir belakang aku. Aku dah macam adoiii pacik nie jgn nak macam2,pastue tenung aku semacam,seram wehh. Mampu selawat je la time tue, walaupun ada orang kat bus stop tue tapi most of them orang asing. Ouh rasa macam berada kat Indonesia je T_T tetiba bas datang,larikkkkkkk. Legaa..

Okay,sekian sahaja merapu kali nie,bye.


Thursday, 12 April 2012

Short update on friday.

Salam jumaat semua,jum lebihkan amalan di penghulu segala hari nie
Semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaanNya
amin..

Tak sabar tunggu next week
Cuti2 malaysia gituu..

^_^

Isu memendam perasaan



Pada saya, bila kita sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan kita senang dengan keluarganya.


Keduanya, bila rasa senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.



Ketiganya, selepas rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.



Keempatnya, sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin. Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu, peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.



Ta'aruf itu biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang. Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja, syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih utama!



Pada saya, begitulah.
Ringkasnya, saya akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah la?" Adoi...



So kenalah saya karang status panjang ini. 



Konklusinya, bila dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.



Masa dan perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.



Selain niat dan matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.
--------------------------------------
Geng-geng yang sokong pendam,
dipersilakan menanti 'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.
Saya tidak kisah pun.



Ini hanya khas untuk yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam pemilihan pasangan.



Sekian.
^^


-Hilal Asyraf-

Bila dipuji.

Aku ada roomate,nama dia Sarah :)
Our conversation,
Sarah  : Fasha, I nak buat pengakuan kat U nie..
Aku     : Haa?pengakuan ape tue Sarah?(muka aku blur, sedikit ketakutan,tatau kenapa,haha)
Sarah  : I suka tengok U tidur,nampak sweet je
Aku     : Erkk? Hahahahaha..(blushing pipi aku jap)
Sarah  : Betul,muka U nampak tenang je
Aku     : Mana ada,biasa je pown, orang kalau hobi suka tidur memang camtue la 
             gayanye,hehehe...


Tersenyum seketika.
11:45pm,12/4/2012...


Wednesday, 11 April 2012

Motif bagitau?

I have two blogs actually. This is my first blog, which i wrote anything about my life in general, my activities and what makes me happy. For my second blog is like my actual dairy and of course the place that i can express my sadness, motivation and some wishes maybe,only me can access this second blog okay. hehe :PP

According to Dr.HM Tuan Iskandar in his book, you have to tell someone or at least express your feeling to other people or write it anywhere so that it can lessen your burden in your heart. Oh, maybe its true, I already have my own diary, how about you? 

P/s: Try it bebeh, best tau bila baca balik, tersenyum sorang2 dibuatnya.hehe.. Pelik lah,apa motif aku sebenarnya nak bagitau pasal dua blog bagai pe semua nie?hmm,rasa artis la kan,haha~

Pelik dengan diri sendiri ^_^

Wet world pown boleyy..

Yeyyy, finally tercapai jugak lah hasrat ( ermm hasrat ke?) nak pergi ke wet world, Shah Alam. Tue pown lepas dipujuk oleh kawan2 kelas. Pergi je lah, just enjoy before mid term paper. Mula mula ramai nak pergi,last2 ada lapan orang je. Yang lain ada meeting lah, urgent la,masalah perempuan bagai pe semua, hehe tapi sokay lah,mungkin tue lebih penting. Masuk wetworld nie RM20,errkkk? naik mendadak,dulu member cakap dalam RM12 je,tapi kitorang bayar je lah. Dah sampai pown kan..

Bagi aku, takde lah best sangat. Maksud aku, tak banyak yang adventure nye,tahap budak2 boleh la,haha..oit,kalau nak adventure pergi la sunway lagoon.hmm,memang la,mana pulak nak cekau duit nye,rm70 sekali masuk..cecite cecite :P

Roll the vote team (RTV)

Nampak tak muka bahagia di situ before test?hehe..

Me and Lin :)

Okay,sekian sahaja.
Bye..

Pantai PD yang surut.

Latest update.

Air semakin surut di pantai PD
Ya Allah,lindungilah kami sentiasa..

"Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan perbuatan manusia,
Allah mengkehedaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka,agar mereka kembali ke jalan yang benar (Surah Ar-Ruum,ayat 41)

Wednesday, 4 April 2012

Singapore.

Develop,clean,most of the people are chinese ( 70%), you can 'khatam' each area in Singapore only for 4 hours ! believe me..Best, you should visit and experience all the games in Sentosa Island. Awesome and speechless to see song of the sea show :)


Bangunan yg unik,ala2 kapal atas tue..

Chinatown,best shopping sini,murah okay...

Banyak gila gambar, tapi mampu upload 2 je,cukup la kan?hehe,malas mahu mencapap lebih2 :DD