Sunday, 15 April 2012

Perjalanan ini.

Wahh,bunyi macam jauh je perjalanan tue kan,ala ala dari Selangor ke hujung Perlis gituu,hehe. Aku nak cerita pasal perjalanan aku dari Kajang balik ke Shah Alam nie. Macam2 situasi aku lalui yang mungkin bagi aku pelik dan memalukan. Sampai je KL sentral (ayah hantar dari Kajang), aku round2 la situ kejap cuci mata. Usha sana sini jap, arhh boring. Takde benda yang menarik perhatian aku. Bermulalah cerita, 3 situasi...

Situasi 1
Sudah menjadi kewajipan aku kalau dah kat situ akan beli cornetto sundae chocolate,ohh itu peberet sepanjang zaman u olss. Tengah beratur tue,aku tengok la gelagat customer yang membeli dekat depan sekali, foreign couple yang mungkin ada masalah nak bagi coin, tak cukup rasa nya. Terkial-kial jugak la dorang cari..Yang buat aku rasa macam malu bila pekerja tue jeling maut macam tak puas hati kat foreigner tue, muka marah tak nak senyum langsung. Foreigner tue tengok je pekerja tue, maybe nak say 'sorry' ke ape kan, pekerja tue buat bodoh dan terima duit tue pown tak tengok langsung mata customer. Helloo, cik pekerja, awak kena la paham situasi foreigner, dorang tak biasa lagi dengan currency kita. Lagi satu, malaysia kan penuh dengan adab sopan,murah senyuman, murah hati bagai apa semua, tunjukkanlah sifat2 orang malaysia. Tak elok betul perangai macam tue, memalukan rakyat Malaysia je.

Situasi 2
Nie masa aku nak melintas traffic light bawah KL sentral tue. Aku berlari-lari sebab nampak traffic light pejalan kaki 'hijau', tup tup tak sempat. Orang belakang pown berlari-lari belakang aku, sampai aku dilanggarnya bila aku berhenti secara mengejut,haha :P sorry la awak, saya memang patuhi arahan, kalau dah merah tue memang saya takkan jalan selangkah pown. Orang dalam kereta atas motor semua pandang arah aku,maybe nak bagi aku melintas kot, tapi aku tetap tak nak,nak tunggu hijau jugak,haha..Pelik sungguh budak nie.

Situasi 3
Nie first time aku naik bas balik Shah Alam. Selalu direct naik KTM je tapi Lin cakap bas lagi cepat sampai. Okay,aku pown sorang2 menuju ke bus stop sebelah YMCA. Gagahkan diri jugak walaupun tak berapa nak berani kan. Sambil tue aku makan la ais krim sundae tue,nyumm nikmat gila lepas penat berjalan kan. Masa makan tue ada sorang pak cik tengok je aku,senyum senyum pastu dia cakap macam berbisik la "sedap", ulang 2 3 kali. Aku ingat ais krim sundae tue,pastu dia hulu kilir belakang aku. Aku dah macam adoiii pacik nie jgn nak macam2,pastue tenung aku semacam,seram wehh. Mampu selawat je la time tue, walaupun ada orang kat bus stop tue tapi most of them orang asing. Ouh rasa macam berada kat Indonesia je T_T tetiba bas datang,larikkkkkkk. Legaa..

Okay,sekian sahaja merapu kali nie,bye.


No comments:

Post a Comment