Saturday, 8 January 2011

Masa nie lah aku nak belajar hidup jimat.

Its all about MONEY MONEY MONEY ! Kerja separuh mati untuk apa ? duit woo. Aku nie belum bekerja, masih bergelar pelajar IPTA tapi aku dah dapat rasa macam mana susahnya nak cari duit zaman sekarang nie. Kalau hidup kat KL nie, income above RM5000 baru la korang boleh hidup selesa especially untuk yang dah ber'family' la. Aku pown tak nak lah terlalu manjakan diri dengan belanja yang agak 'mewah' dari parents. Ye ye, aku mengaku yang aku memang boros, bagi RM300 time tue jugak aku boleh habiskan, dasat tak dasat aku nih. Belom lagi dah kerja nanti, camner la agaknya.

Disebabkan aku nie agak boros, aku decide tak nak ambil PTPTN lagi, diploma dulu je aku ambik, total RM15,000 tue weh. Belum kerja lagi dah banyak hutang, iskk iskkk. So, degree nie parents aku support every month. Tak perlu la aku nak sebut berapa kat sini, tapi kalau aku pandai manage money memang cukup la duit tue, boleh saving lagi kot. Kalau time diploma dulu, duit aku tak tau la flow kat mana, tup tup dah habis. Tapi sekarang nak naik tambang bas RM 1 pown aku dah rasa mahal, makan RM10 sehari pown aku dah rasa bersalah, nak beli shawls pown pikir dua tiga kali. Haa, nampak tak perbezaan nya? jimat jimat, tue yang ada dalam kepala otak aku sekarang nie.

Aku selalu ingatkan diri aku nie, mana kau nak ? susah atau senang dulu ?kan ada pepatah, susah2 dulu senang2 kemudian,heee :)

pikir2 kan lah dan selamat beramal !


Kami lah juara !



credit to Mr. google, jangan tertipu ye kwn2 sekalian :P

Hehehee, nak story mory sikit. Hari nie aku ada explorace fakulti FSPPP. Biasa lah kan untuk student baru. Explore la satu campus UiTM Shah Alam nie, perghhh. Penat tak payah nak cakap la, sampai tertanggal tapak sport shoes aku tue, hebat idak ?hehe. Kitorang mesti lalu lebih kurang 8 checkpoint, antara yang kitorang mesti buat untuk lepas checkpoint termasuklah ambil gula2 dalam cacing, main tempurung, jual coklat untuk dapatkan duit, menari tarian ngiluk dan sebagainya. It was an awesome day for us as a new students here, i really enjoy it even penat gila tapi hati tetap membara dalam kumpulan kami nak menang ! never give up ! :D

I think this is a good starting for me to not give up for what i have choose, go on even there is a lot of challenges that i must face whether in aspect of competition or environment. Berbalik pada cerita explorace, kami seramai 15 orang dalam kumpulan. Nak tau apa cheer kami ?

SEVEN BE COOL !!! group seven, i like this number since i was in secondary school. The lucky number for me i guess :P

Aku sangat hargai kerjasama dalam kumpulan kitorang, semua sporting habis. Tak terpikir pown boleh dapat first prize untuk explorace nie. Thank God, fasilitator pown banyak membantu. Kira aku dah katam la explore campus ini,hahah ! confident je lebihhh...takde lah, banyak lagi tempat aku perlu belajar, agak terkial kial lagi ye. Takde picture la, tak sempat nak ambik :((

Ok lah, aku nak rehat, esok nak ambik gambar kad matrik laks ! bye2.

Thursday, 6 January 2011

To be remember.

Teringat kata-kata ketua program kepada pelajar2 baru :

Kawan biar seribu, berkasih biar __ (she said fill in the blank), dan kahwin biarlah satu ! hehehehe :P penuh makna tue, anyway, jangan lupa target kita untuk degree ini, do the best and never regret for what you have choose.

Monday, 3 January 2011

Today is monday :P

Pagi2 lagi seawal pukul 6 pagi aku dah bangun dan bersiap untuk ke kelas. Perghh, eksaited tak eksaited aku nak pergi class ?hahahaha. Dulu time diploma pukul 7 lebih baru bangun kot, iskk2, Bukan apa nak bangun awal nie, takut2 la kalau ramai sangat dekat toilet nanti, tahu2 la aku nie kan pelajar baru so agak takut la kalau lambat ke kelas. Nak kejar bas lagi, dah la tak tau nak naik bas ape nie, A/B/C or D ? rapid KL?iskk, confuse ! =.="

Last2 kitorang decide nak jalan kaki saja, jalan dengan asmah la. Tak la jauh sangat fakulti dengan kolej, tapi penat sebab kena naik tangga batu caves, HAHAHA ;p
bertingkat tingkat tinggi weh tangga tue, penat tak yah cakap lah kan. Disebabkan kitorang punya fakulti nie agak ramai jumlah nya, tak boleh terus nak masuk class la, ada taklimat sampai pukul 10 macam tue, pastue balik ! yeyyyy ! rehat rehat,heheh. Ingatkan hari pertama busy, rupanya tidak sama sekali. Petang tue Zzzzz la ape lagi.

Pasal kawan2 pulak, memang aku kenal ramai la. But most of them comes from asasi law, matriks dan STPM. I tell u, dorang pandai2 la, errrr...habes laaaaaaaaaa ! :(((
But still i try my best la, never give up ! :D

Pasal campus pulak, i can't deny here you need to be more independent. Kalau dulu nak pergi print jalan kaki je, sekarang semua kena naik bas dah. Pergi makan pown kena berebut2, aishh.. fasha ouh fasha, macam tak biasa pulak ko nak berebut kan ?hee. Okay la, esok update lagi, nie pown tengah boring tak tahu nak buat ape, tido movie makan je la time macam nie. Ok, esok update lagi, bye2 :)

Sunday, 2 January 2011

1.1.11, getting older.

Hey hey ! yesterday was my birthday. Chantek jugak ye tarikh tue. Harap ada makna la kan,heheh. Aku dah makin membesar nie takde la celebrate pape kan, just bersyukur sebab masih dipanjangkan usia. Alhamdullilah, OMG ! i'm 22 years old :D

Nak cakap pasal azam laks, ouhh.. Azam last year pown tak tercapai lagi. Aku kena lebih berusaha untuk capai apa yang aku nak kali ini. Tak boleh la cakap je lebih tapi usaha tak berapa nak ada, huhu. Yes2, i know, sedar diri :(

Hari mendaftar ! ;)

eksaited? risau ? takut ?ahhh, semua ada kot ! Hari nie aku baru register masuk kolej, apelagi kalau bukan dekat UiTM Shah Alam kan. Aku harap semua nya akan jadi baik2 saja. Nasib baik dapat kemudahan kolej tadi, risau jugak kalau2 takde tempat tinggal, uwaaa. Mahu merempat di mana ya :P

Anyway, aku dekat bilik sekarang, dapat kolej melati. Hm, okay la. Not too bad, hohoho. Yang best nya dapat jumpa ramai kawan2 sarawakians ! heheh. Alhamdulilah, semua nya ok so far. Hm, ape lagi ek ? esok pendaftaran untuk course, alamak. Takde geng la, betul2 sebarang kara nie, huhuhu. Harap esok dapat la jumpa geng yang best2 , yang gila2 sama dengan kepala aku nih,heheh :D

Till the next update,bye2 !Doakan aku untuk degree nie ye, harap aku tak main2 dan dapat study bebenor,hihi. TQ.

Thursday, 23 December 2010

Tandas kotor, err ?

Nak tanya la korang2 sekalian
korang masuk tak kalau tandas tue kotor ?
tak kira la dekat rumah ke public ke
mesti geli geliman kan ?heheh.
aku paham sangat perasaan korang tue
bila kita memang betul2 nak pergi toilet then tetiba bau dia,perghh..
Terus cancel kan niat di hati
rela bertahan selama beberapa jam :P

Aku buat entry nie sebab baru lepas cuci toilet adik bujang aku tue
tue yang terus membebel di hati
agak2 berapa bulan sekali la adik aku nih cuci tandas
errr, tak suka..
aku dengan sukarela nya ambik la segala barang yang patut dan bersihkan tandas beliau ye
Satu kepuasan bila tengok tandas tue bersih, betul tak ? :D

Wednesday, 22 December 2010

kepada pemandu2 di Malaysia !




Anda salah seorang pemandu di malaysia?haa, sila baca nie kot2 apa yang aku tulis nie ada kena mengena ngan korang ke,ngehngeh. Siapa makan cili dia la rasa pedasnya :P

Ini adalah antara sikap2 pemandu kita masa di jalan raya :

1) Tak suka bagi signal. Err, nie memang tak boleh blah la, dah taw nak tukar lorong tue bagi la signal, bukan susah mana pown, tak sampai 2 saat kot. Nape ek ?kalau bagi signal boleh jatuh standard ke ?pelik2. Bikin panas la pemandu2 macam nie, dibuatnya aku terlanggar bontot kereta ko kang mula lah nak marah sana sini.

2) Tak nak pakai seat belt. Nie aku pown sama, mengaku lah,heheh. Jalan jauh baru la tehegeh2 nak pakai. Bila nampak polis nun jauh sebatu, kelam kabut nak pakai, tak cukup tangan sampai orang sebelah tolong pakaikan, punyalah cemas tadi kan. Ambik ko...

3) Letak tasbih dalam kereta. Yes, memang bagus gantung tasbih kat cermin pandang belakang tue, tapi kan..kalau takat gantung tak guna tasbih tue tak guna jugak. Dari kita dok maki hamun pemandu sebelah yang sibuk menyelit depan kereta kita, baik ambik tasbih tue berzikir. Bertambah jugak pahala sepanjang jem kat highway tue, betul idak ?hehe.

4) Suka tengok eksiden tepi jalan. Memang la, siapa tak nak tengok kan kalau ada eksiden kat highway tue, mesti lah kita curious, what happened ?mati ke ?langgar camner ? dan bagai nye lah. Tapi sebenarnya korang buat jem tue makin teruk. Tok sah la tengok2, jalan saja ke depan, sambil tue jeling2 la tengok eksiden tue. Nie tengok siap berhenti lagi, ini sudah lebeyyy. Kesian la pemandu2 lain yang nak cepat tue.

5) Selain dari itu, kita nie takde tolak ansur sebenarnya. Tapi aku tak maksudkan semua pemandu. Nama je rakyat pelbagai bangsa, semua raya kita sambut sesama tapi bila kat jalanraya, semua nak tunjuk kehebatan masing2, pentingkan diri sendiri. Kadang2 jalan satu lorong pown boleh jadi 2 lorong, pastue satu kerja pulak nak menyelit dan sesi cilok mencilok bermula,huhu.

Rasanya itu sahaja point yang aku ada, tapi apa yang aku tulis bukan refer kepada semua pemandu, sesapa yang tak berkenaan dan tidak mengamalkan perangai2 di atas, syabas diucapkan :)

Jadilah pemandu yang berhemah. Biar lambat asalkan selamat okay, sekian.

Saturday, 18 December 2010

Berdenyut-denyut.

Bangun je dari tidur tadi, aku dapat rasa kelopak mata belah kanan nie berdenyut-denyut je. Rasa tak selesa yang amat. Aku ingat lepas 2 3 jam hilang la, tapi dah tengah hari pown ada lagi denyut2 tue. Nie yang aku rasa risau, okay ke idak mata aku nie ? ke it just reflection mata je ?hmm...ada jugak aku surfing tadi apa maknanya kalau kelopak mata belah kanan berdenyut-denyut Nie lah jawapannya, orang cakap maknanya nak jumpa orang yang memang dah lama tak jumpa,aihhh ? siapa la agak2 nye ek ?heheh. Ada jugak cakap maknanya akan nangis kegembiraan, entah lah. Aku tak pasti. Jarang aku rasa camnie, nie la first time. Tak selesa !!! waaaaa :(

Malam ini punya berangan.

Tetiba dalam kepala nie terlintas kan best kalau aku join satu contest dan menang hadiah kereta. KERETA okay ! heheh. Entah la, tetiba rasa nak join any contest yang ada hadiah camtue, mana tahu ada rezeki, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu kan ? Nanti boleh la bawak korang jenjalan, call je nanti i fetch you all kay, hahah. Ala friends, amin kan je lah,makaseh :D

Asik guna kereta mak ayah je, tue pown dorang tak bagi pergi jauh2. Takut aku melencong entah mana2 tempat,aishh..Mak abah, anakmu dah 21 tahun, nak jugak bawak kereta pergi sejauh 200km,hee. Kalau lah dapat kereta camnie,

Best nie kalau dapat, nie yg semangat nak study bebenor ;p


Mini cooper idaman kalbu



Kaler putih mesti smart,pheww !


Haaa, ape macam ? melampau ke idak berangan aku nih ?hehe. Berangan tanpa usaha tak guna jugak, okay2 pasnih masuk degree make sure study no more play play eh, chaiyok2 ! sesapa ada taw contest yang boleh dapat kereta inform2 la, nak join,ngehngeh..betul la, tak tipuu. Okay, bye, good night. Its 2:13 am already lah :D