Wednesday, 22 December 2010

kepada pemandu2 di Malaysia !




Anda salah seorang pemandu di malaysia?haa, sila baca nie kot2 apa yang aku tulis nie ada kena mengena ngan korang ke,ngehngeh. Siapa makan cili dia la rasa pedasnya :P

Ini adalah antara sikap2 pemandu kita masa di jalan raya :

1) Tak suka bagi signal. Err, nie memang tak boleh blah la, dah taw nak tukar lorong tue bagi la signal, bukan susah mana pown, tak sampai 2 saat kot. Nape ek ?kalau bagi signal boleh jatuh standard ke ?pelik2. Bikin panas la pemandu2 macam nie, dibuatnya aku terlanggar bontot kereta ko kang mula lah nak marah sana sini.

2) Tak nak pakai seat belt. Nie aku pown sama, mengaku lah,heheh. Jalan jauh baru la tehegeh2 nak pakai. Bila nampak polis nun jauh sebatu, kelam kabut nak pakai, tak cukup tangan sampai orang sebelah tolong pakaikan, punyalah cemas tadi kan. Ambik ko...

3) Letak tasbih dalam kereta. Yes, memang bagus gantung tasbih kat cermin pandang belakang tue, tapi kan..kalau takat gantung tak guna tasbih tue tak guna jugak. Dari kita dok maki hamun pemandu sebelah yang sibuk menyelit depan kereta kita, baik ambik tasbih tue berzikir. Bertambah jugak pahala sepanjang jem kat highway tue, betul idak ?hehe.

4) Suka tengok eksiden tepi jalan. Memang la, siapa tak nak tengok kan kalau ada eksiden kat highway tue, mesti lah kita curious, what happened ?mati ke ?langgar camner ? dan bagai nye lah. Tapi sebenarnya korang buat jem tue makin teruk. Tok sah la tengok2, jalan saja ke depan, sambil tue jeling2 la tengok eksiden tue. Nie tengok siap berhenti lagi, ini sudah lebeyyy. Kesian la pemandu2 lain yang nak cepat tue.

5) Selain dari itu, kita nie takde tolak ansur sebenarnya. Tapi aku tak maksudkan semua pemandu. Nama je rakyat pelbagai bangsa, semua raya kita sambut sesama tapi bila kat jalanraya, semua nak tunjuk kehebatan masing2, pentingkan diri sendiri. Kadang2 jalan satu lorong pown boleh jadi 2 lorong, pastue satu kerja pulak nak menyelit dan sesi cilok mencilok bermula,huhu.

Rasanya itu sahaja point yang aku ada, tapi apa yang aku tulis bukan refer kepada semua pemandu, sesapa yang tak berkenaan dan tidak mengamalkan perangai2 di atas, syabas diucapkan :)

Jadilah pemandu yang berhemah. Biar lambat asalkan selamat okay, sekian.

7 comments:

  1. suka langgaq lampu merah.

    hahak

    ReplyDelete
  2. ye sgt setuju..ingat bg signal terus habis batery ke??nak tambah satu lagi..ada jenis org tak suka nak bg jalan bila jalan kat depan memg tak boleh masuk wpun kita dah bg signal..jenis pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. biasala ramai pemandu kat malaysia ni mempunyai mentaliti kelas 3.....xde bilai2 sivik langsung!!!

    ReplyDelete
  4. suka part tasbih tu...dulu ada tasbih warna *purple* kat kete..tapi sebab asyik kn hentak kat cermin kete,putus!Tapi mmg *functional* gak bila kesabaran dgn pemandu lain teruji..

    Good entry Fasha!

    ReplyDelete
  5. fasha,pemandu kat malaysia ni kalau memandu kat mana2 negara pon mesti boleh punya.haha.

    ReplyDelete
  6. Hello dear Fasha, thanks for your visit and comment left. Wish you my best Season's Greetings!
    Cheers!!

    ReplyDelete