Friday, 26 November 2010

Melawat kebun atuk.


Wah wah,dengar tajuk macam aku nie mandur kebun plax ek ?heheh. Semua kebun adalah milik atuk saya yang telah dibahagikan kepada anak anak beliau. Anak anak tue refer kepada mak saya dan adik beradiknya. Saya amatlah salute kepada atuk saya kerana sikap beliau yang pandai menyimpan wang, jimat cermat dan tidak suka membazir. Dulu hidup adik beradik mak saya hidup tak sesenang orang lain, kerja sebagai cikgu tapi atuk tak manjakan anak2 nya dengan wang. Sekarang alhamdullilah, berkat jimat zaman muda mudi dulu, beliau telah menghadiahkan tanah atau kebun kepada 10 orang anak anak beliau dengan adil, setiap seorang empat ekar . Nie la orang kata, susah susah dulu senang senang di kemudian hari, memang betul pepatah itu.

Setiap kali emak saya balik ke kampung, kami akan melawat kebun kebun tue, macam mak saya punya tanah hasilnya dari kelapa sawit. Hari tue cuti aidiladha balik selama lima hari sempatlah kami ringankan kaki turun kebun, bukan buat ape pown, just ambil gambar dan tengok bajak. Jakunnnn,hahah . Cousin ynag kecik2 tue excited tengok bajak secara live ;p

Tak semua family balik cuti raya hari tue, dalam 3 families je balik. Yang lain baru je balik kampung hari tue, kalau tak mau haru biru kebun tue kalau semua datang, hahah. Nie la kitorang buat kat kebun hari tue :D



Hee ,peace no war ;p
Kanak2 comel a.k.a my cousins

Let me introduce, he is my grandpa :)
 only grandpa after  arwah atuk belah ayah dah pergi, al fatihah.

Bajak kebun pak uteh yang semak tue.

Budak2 ramai pergi dari orang tua, banyak karenah betul,hahah.
But they are still cute no matter what :D
Berjalan dari kebun ke kebun,wooo,penat kot !
tue baju kuning my mum, :))



Itu sahaja entry saya kali ini,bye,have a nice day ! (^________^)


Tips gemukkan badan.








Selalu orang asyik google pasal cara nak kuruskan badan, tapi hari nie aku tulis terbalik pulak,how to gain weight ?especially orang yang kurus macam aku nie dan mereka di luar sana. Bukan bermaksud tak bersyukur tapi mengikut kiraan BMI aku, tinngi aku tak berapa nak ideal dengan berat aku, which sepatutnya berat aku mesti lah antara 45kg dan 55kg. U know what, berat aku berapa sekarang ? 42kg je kot,wuarghhh !kesian orang tengok aku, badan tak naik2 sejak sekolah dulu. Tapi sebenarnya berat aku normal ialah 45 kg, tapi tak tau kenapa sejak 2 3 bulan nie selera makan aku tak macam dulu lagi, mungkin sebab penat atau kemalasan nak memasak kot ?ade ke macam tue,adehhh...

Sebenarnya aku nak gemuk nie bukan apa, aku risau jugak kenapa la aku susah sangat nak gain weight, takut2 ada masalah kesihatan ke apa ke,iskk...Ya Allah, minta2 dijauhkan. Jeles youu tengok kawan2 baru makan sikit dah boleh naik 2 atau 3kg. Aku makan banyak macam mane pown masih maintain, orang cakap best dan untung jadi macam aku nie, heheh..alhamdullilah,untung la jugak :))

Ada la aku google tentang tips2 nak naikkan berat badan nie,antaranya yang aku boleh buat kesimpulan adalah :

1)  Ambil makan yang tinggi kalori seperti kari, ayam goreng dan sewaktu dengannya.

2)  Kurangkan makanan pedas sebab ia hanya membakar kalori dalam badan kita. Kan sepatutnya kita perlu menambah kalori, so kurangkan pedas ye.

3)  Ambil makanan yang penuh karbohidrat seperti roti dan kekacang. Kira nya sambil korang tengok TV ke online ke kan, sambil tue makan la roti gerenti after 3 months, nampak perubahan berat badan .

4)  Hidangan yang mencukupi dalam satu hari, contohnya 5 atau 6 hidangan, termasuk breakfast (pisang dan susu), lunch, and etc. Please don't skip your meal. Makan bukan dengan kuantiti yang banyak tapi dengan sekerap yang mungkin. Kira makan berulang ulang la.

5)  Amalkan pengambilan susu setiap hari sebab bagus untuk tumbesaran tulang. Kalau tulang makin membesar, korang pown makin membesar la, tak gitu ?ngehngeh. Macam aku memang minum susu everyday setiap hari, 2 glasses at least.

6)  Haaa, nie amat lah penting. Please exercise yourself ! sebab kalau nak gemuk lemak2 korang tue mesti dibakar terlebih dahulu. Ia juga dapat mempercepatkan proses pencernaan. Contoh nya korang joging la 2 atau 3 jam, pastuh makan la nasi lemak dan roti canai hari2, confirm berat umphhh ! hahah. Tapi tak elok jugak pemakanan hari2 macam tue, yang penting balanced diet okay :)

7)  Lebihkan buah buahan dan sayur sayuran dalam pemakanan anda. Kadang kadang makan sayur yang overcooked nie dah hilang segala nutrien, lebih baik makan ulam ulaman ke ape ke kan. Buah amat penting dan sebaik nya makan sebelum kita ambil hidangan yang berat, ini menurut Dr. Fadzilah Kamsah la,heee.

8)  Ambil juga supplement seperti multivitamin dan B complex. Ada susu untuk gainweight tapi tak semua orang sesuai dengan susu tue, i mean kadang2 takde kesan pown. Maybe pemakanan pown perlu diambil serious, bukan depends on milk semata mata.


Okay, itu sahaja aku nak bagitaw. So kepada mereka nak naikkan berat macam aku nie jangan la sesekali ambil pil nak gemuk ke apa ke, make sure your meal ikut yang dalam pyramid tue, seimbang . Selamat mencuba ! :D






Tuesday, 16 November 2010

Aidiladha 2010.


Selamat Hari Raya Aidiladha to all muslims
Happy holidays oke ! :)

Esok pagi takde pape yang best memandangkan kami dua je belom balik lagi
Yang lain semua dah takde,blok kat campus dah takde orang semua nya,wuwuwuwuuu...
Aku buat pertama kali nya beraya di tempat orang
Esok baru fly balik KL dan terus balik ke kampung atuk nenek, Muar
Yeyyy ! Boleh jumpa kazen mazen yang comel comel semua tue,heheh
Selalu raya macam nie dah ada dekat kampung pastuh
dapat makan rendang yang sangat la sedap,wuarghhh !
nak jugakkkkkkkkkkkkk T_T


Hand made card :)


Esok aku nak balik dah,waaaaaaaaa ! mesti sedih giler. Tapi dalam masa yang sama aku rasa happy jugak, finally end of diploma,insyaAllah...Kawan kawan pown semua dah balik tinggal aku dengan iba je lagi !sedih woo...After three years and now the time has come for us to be apart,will miss u guys so much ! Dengan kerajinan dan kreatif yang ada nih,hm..kreatif ke ?hahah, so aku decide nak buat card sendiri lah,adehhh...memang tak pandai sangat actually buat card sendiri, selalu beli je,senang kan...tapi orang cakap kalau card buat sendiri lagi best,heee. Card dibuat untuk mereka yang rapat je, kalau nak buat untuk satu kelas tak balik la jawab nye,heheh. So, ape lagi...nie la hasil nya,ngehngeh...

Details : 

Card nie telah dibuat di bilik iba,level 2 Sri Gading. heheh,a day before aku balik semenanjung. Time nie blok memang kosong la, rasa nye bilik kitorang je kot yang berlampu...iskk...semua orang dah balik :'(

Thanks to iba yang tolong gunting sikit sikit and adjust card nie,heheh. Tak cukup masa weh,last minute buat...Tue yang kalau nampak design untuk tiga card nie semua sama je ;p



Both are my bestie ! :))

Nie la kak iba, one of my friends that is so close to me :D

Nampak je buruk, ayat mantap tue,hahah.



Ok settle ! nie la nama nya card budget, nampak je buruk tapi dalam penuh makna tue. 
Don't judge a book by its cover la babes,hee  :)










Saturday, 13 November 2010

suka simpan message dalam hp !


heheheh,memang pown ! aku ada satu perangai yang amat la suka simpan message message lama dalam handphone. Last year punya pown ada lagi,percaya tak ?huhhh... Patut la function dalam handphone dah lembab semacam je nie.

Tapi apa yang dalam inbox tue message yang best best la, kira ada memory untuk aku. Ada yang wish befday, wish raya ,..iskk..macam2 la.heheh,dah lapuk sangat tue. Bila bosan bosan baca la balik message tue,pastuh senyum kambing sorang sorang,apakah ?ngehngeh...So,its time to delete all the messages.

Inbox : 3566
Sent items : 2856


alamak ! waaa,sape bagi message tadi ?aku ter delete sekali lah.hahah.OMG ! tatau pown sape sender nya.aishhh...sorry ek. Tak sengaja.

Uji kepantasan anda.

Mari mari mencuba kepantasan menaip anda ! :)
ada berani ? heheh. Aku tadi blogwalking terjumpa game nie dekat blog cik Zairie

best2 thanks.

38 perkataan
Speed test



anda lebih 38 ?wowwww,congrats !

End of semester.


Alhamdullilah, tepat pukul 12 tadi tamat sudah final paper aku. Maknaya nya dah habis semester dan habis diploma. Siapa tak happy wehh ?heheh. Tapi itu jugak menandakan aku harus pergi tinggalkan kawan kawan kat sini. Sedih ?sedih la tapi simpan dalam hati je. Takpe, InsyaAllah bila convo nanti dapat jumpa lagi kan. Jangan sedih sedih ye fren,love you olss !

Actually tadi aku nak jumpa dengan someone nie, ala ala teman tapi mesra la kira dia nie. Orang yang pernah aku sayang maybe satu masa dulu,cehwahh.heheh. Betul betul, tak tipu. Nak jumpa tapi apakan daya, orang mengelak. Aku pown tak berani jugak nak jumpa actually tapi bila pikir pikir balik nie last so aku gagahkan diri jua,ngehngeh. Ayat tak boleh blah...

Jumpa ke ???

ouhh tidakkk ! huhu,dia terus mengelak dan mengelak. So, aku tak memaksa. Mungkin dia betul betul nak lupakan aku . Sebab aku pown bukan la sesapa untuk dia. Aku mesti sedar itu. Aku pown takde la sedih sangat sebab dah takde perasaan pape lagi,dia pown sama jugak. Tapi nape masih nak mengelak ? pelik lah. Tapi takpelah, mungkin nie yang terbaik untuk kami,hee. As long as u happy then i will be happy okay.

Kalau dapat jumpa tadi,nie antara benda aku nak cakap :
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perlu ke tulis ?heheh. Privacy kot,diam diam sudah.wee ;p


Friday, 12 November 2010

Kupu kupu.


Kupu kupu,

makin kita kejar makin ia menghidar, lagi kita kejar lagi ia terbang jauh tapi bila satu masa kita biarkan ia pergi, biarkan ia bebas berterbangan mungkin ia akan kembali pada kita tanpa kita menduga pada suatu hari nanti.

10 kebaikan coca cola.






Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah




Fuhh,memang best la coca cola nih, bole cuci jamban hilang karat ape semua. Jimat duit,heheh. Nasib baik aku nie bukan jenis layan air gas,sikit sikit boleh la weh. So siapa yang dah addict habis dengan air nie kurang2 kan lah ye, untuk kesihatan korang jugak,take care your health ! :))


Thursday, 11 November 2010

five days to go.

These things i wish to do :

-Do my best for my final paper,FA

-Hang out with bestie !

-Spend a day with you,wohoo,this is totally out,impossible to do la

-Beli souvenir banyak banyak untuk mereka di Malaysia tue,heheh ;p

-Nak makan laksa sarawak,mee kolok..wuarghh ! mana nak jumpa benda2 nih bila balik nanti,susah tueee

-Ambik gambar keliling campus dan lain2 area

-Sedekahkan barang barang aku seperti hanger,baldi dan bagai nye. Bantal busuk excluded la oke, tue memang confirm bawak balik,hahah


Itu sahaja setakat ini,nanti kalau ada lagi aku bagitaw dalam next entry eh,dah dah,nak study lagi...papai :D