Friday, 26 November 2010

Tips gemukkan badan.








Selalu orang asyik google pasal cara nak kuruskan badan, tapi hari nie aku tulis terbalik pulak,how to gain weight ?especially orang yang kurus macam aku nie dan mereka di luar sana. Bukan bermaksud tak bersyukur tapi mengikut kiraan BMI aku, tinngi aku tak berapa nak ideal dengan berat aku, which sepatutnya berat aku mesti lah antara 45kg dan 55kg. U know what, berat aku berapa sekarang ? 42kg je kot,wuarghhh !kesian orang tengok aku, badan tak naik2 sejak sekolah dulu. Tapi sebenarnya berat aku normal ialah 45 kg, tapi tak tau kenapa sejak 2 3 bulan nie selera makan aku tak macam dulu lagi, mungkin sebab penat atau kemalasan nak memasak kot ?ade ke macam tue,adehhh...

Sebenarnya aku nak gemuk nie bukan apa, aku risau jugak kenapa la aku susah sangat nak gain weight, takut2 ada masalah kesihatan ke apa ke,iskk...Ya Allah, minta2 dijauhkan. Jeles youu tengok kawan2 baru makan sikit dah boleh naik 2 atau 3kg. Aku makan banyak macam mane pown masih maintain, orang cakap best dan untung jadi macam aku nie, heheh..alhamdullilah,untung la jugak :))

Ada la aku google tentang tips2 nak naikkan berat badan nie,antaranya yang aku boleh buat kesimpulan adalah :

1)  Ambil makan yang tinggi kalori seperti kari, ayam goreng dan sewaktu dengannya.

2)  Kurangkan makanan pedas sebab ia hanya membakar kalori dalam badan kita. Kan sepatutnya kita perlu menambah kalori, so kurangkan pedas ye.

3)  Ambil makanan yang penuh karbohidrat seperti roti dan kekacang. Kira nya sambil korang tengok TV ke online ke kan, sambil tue makan la roti gerenti after 3 months, nampak perubahan berat badan .

4)  Hidangan yang mencukupi dalam satu hari, contohnya 5 atau 6 hidangan, termasuk breakfast (pisang dan susu), lunch, and etc. Please don't skip your meal. Makan bukan dengan kuantiti yang banyak tapi dengan sekerap yang mungkin. Kira makan berulang ulang la.

5)  Amalkan pengambilan susu setiap hari sebab bagus untuk tumbesaran tulang. Kalau tulang makin membesar, korang pown makin membesar la, tak gitu ?ngehngeh. Macam aku memang minum susu everyday setiap hari, 2 glasses at least.

6)  Haaa, nie amat lah penting. Please exercise yourself ! sebab kalau nak gemuk lemak2 korang tue mesti dibakar terlebih dahulu. Ia juga dapat mempercepatkan proses pencernaan. Contoh nya korang joging la 2 atau 3 jam, pastuh makan la nasi lemak dan roti canai hari2, confirm berat umphhh ! hahah. Tapi tak elok jugak pemakanan hari2 macam tue, yang penting balanced diet okay :)

7)  Lebihkan buah buahan dan sayur sayuran dalam pemakanan anda. Kadang kadang makan sayur yang overcooked nie dah hilang segala nutrien, lebih baik makan ulam ulaman ke ape ke kan. Buah amat penting dan sebaik nya makan sebelum kita ambil hidangan yang berat, ini menurut Dr. Fadzilah Kamsah la,heee.

8)  Ambil juga supplement seperti multivitamin dan B complex. Ada susu untuk gainweight tapi tak semua orang sesuai dengan susu tue, i mean kadang2 takde kesan pown. Maybe pemakanan pown perlu diambil serious, bukan depends on milk semata mata.


Okay, itu sahaja aku nak bagitaw. So kepada mereka nak naikkan berat macam aku nie jangan la sesekali ambil pil nak gemuk ke apa ke, make sure your meal ikut yang dalam pyramid tue, seimbang . Selamat mencuba ! :D






6 comments:

  1. suke--suke--
    maera da lame na cari cara2 na gemuk bdn..tp ta tau la leh naek ke ta? huhu~

    ReplyDelete
  2. pasni nak ikut cara ni.
    saya sangat obsess nak gemoks.
    ='(

    ReplyDelete
  3. yg kt bhg atas bnyk dh cuba.. nk try weightgain mhl la plak.. pstu kne ikot diet die dan x tntu boleh gmok.. haa.. cane?? huhu... kawin kot bole gmok (senang ati). ekeke...

    ReplyDelete
  4. wahh. berguna sangat ni. info yang dicari selama ini. :)

    ReplyDelete
  5. Saya nak gemok jugak :3 kurus sangat pun tak cantik.. :)

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak bisa tambah tinggi badan ?

    ReplyDelete