Saturday, 20 October 2012

Finishing School modul

Salam..

Hari nie ialah modul PPKP terakhir untuk semester yang terakhir. Boleh tarik nafas lega dah, no more PPKP  okehhh,haha :P Untuk kali nie, modul bertajuk 'finishing school' yang mendedahkan pelajar tentang resume dan mock interview. Rasa takut pulak nak masuk alam pekerjaan, dah ready ke aku nie? InsyaAllah,akan aku persiapkan diri ini dengan sebaiknya.

Berbalik pada modul nie, aku rasa nie lah antara modul yang best sepanjang aku belajar 5 tahun kat UiTM. Nak tahu kenapa?? Haa sebabnya,presenter yang dijemput muka macam Aaron Aziz, OMG OMG ! Mula2 aku masuk hall tue rasa macam tak percaya, aku siap berpaling muka dua kali kot nak make sure tue bukan Aaron Aziz, tapi setelah tengok body beliau, argggh Aaron Aziz lagi berketul ketul u olsss,hee. Bukan dia, ada sipi2 je iras tapi boleh tahan handsome okeh.

Beliau ialah seorang lawyer dan ada legal firm kalo tak silap. Umur baru 29 tahun tapi dah mantap,best kan? Beliau dari Faculty Law UiTM Shah Alam, dan yang penting masih mencari jodoh.haha..Untunglaaa siapa dapat. Masa LDK dengan beliau, asyik gelak je,haha...sangat pandai buat spontan jokes sampai dah tegang pipi nie haaa :DD

Okay, tue saja update kali nie. Bye :)

Monday, 15 October 2012

Short update for tonight.


Mahu busykan diri,malas nak fikir benda yang belum pasti jadi milik kita.
Sekarang nie mampu berdoa, berdoa dan berdoa :)

Good night,sleep well.

Monday, 24 September 2012

Ice skating sunway pyramid.

Lama gila tak update blog nie,serious rindu kot ! Malam nie aku takde nak buat apa2, so meh sini dengar aku nak bebel bebel,hehe. Semalam aku ada date..ehh date ke?hehe. Yup,date dengan my ex schoolmate and he is my neighbor too actually. Entah la, tak pernah terlintas pown nak rapat dengan dia, but I can't deny he is so kind and gentle maybe :DD 

Berbalik pada ice skating tadi, aku pergi weekend so bayaran tidak termasuk glove and socks RM20 per person. Kalau nak murah lagi boleh pergi weekdays RM15 je tauu. Nie kali kedua aku main dan takde la expert mana pown, tapi boleh la nak lepas tangan tue. Best main nie, kira macam korang bersukan jugak, jangan ingat tempat tue sejuk korang takkan berpeluh,ouh silap okay ! Hampir 3 jam aku main dalam tue dan dua kali jugak la aku jatuh. Sakit gileee, sampai terseliuh tangan nie tapi salah aku jugak la,hmm tanggung sendiri la kan.

Rasa nak main lagi nanti,bestttttt :)
Bye, salam..

Friday, 7 September 2012

2 petanda jodoh kita..

Aku terbaca kat blog orang tadi,macam menarik,lain dari yang lain :)

Dua petanda tersebut :

1) Dipermudahkan
2) Membuatkan kita lebih mendekatkan diri kepada Allah

Bye,happy weekend..

2 hari je lagi?

Waaa, next week semester baru akan bermula. Mesti dah rasa lain sebab dedeq dengan nab dah takde, kan dorang dah grad,wuwuwu. Selalu dorang la yang buat hari2 ceria, keluar bersama jalan kaki walaupun jauh,haha. I'll miss them so much la T_T Tapi kali nie aku rasa puas sangat bercuti, jumpa member2 dan jumpa saudara mara yg comel2 sampai aku rasa nak gigit2 je. 

Disebabkan nie final semester aku (InsyaAllah, doakan ye) so aku kena la bawak diri keluar dari campus. Duduk rumah sewa la ape lagikkkk. Tapi x pe lah, sebab aku pown tak pernah duduk luar kan rasa excited lebih pulak bila dapat chance macam nie,hehe. Lagipown semester nie class tak pack,so aku rasa macam tak la menyusahkan sangat kot bila duduk rumah sewa, harap2 laa..

Aku harap final semester nie dapat naikkan lagi CGPA,sape yang tak mahu 1st class degree kan? usaha tue tangga kejayaan, InsyaAllah. Dan juga mahu belajar masak lebih banyak resepi, yelah dah duduk luar takkan tak nak masak, aihhh..malas betul anak dara sorang nie laaa.hee. Practise makes perfect..

Selamat balik ke kampus ye kawan2 ;)

Suka lagu nieeee~

Hye hyee..setelah berkurun akhirnya aku menjelma jugak untuk update blog. Biasa lah,start je cuti semester bermaksud blog pown akan bercuti,hee. Malas betul nak menulis, no idea maybe..Okay,semenjak 2 3 hari nie aku asyik dengar lagu wali band nie, bertajuk doaku untukmu sayang. Bila 2 3 kali dengar best jugak, tangkap cintan kot,haha :P okay lagu nie takde dituju untuk sesapa, sekadar suka didengar je. Jum tengok lirik..

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Reff:
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Friday, 3 August 2012

Praktikal di MPKJ.

Sekarang sudah 3 minggu aku praktikal kat sini. Ada 3 orang praktikal kat sini dan yang penting, ketiga tiganya classmate aku,haha. Memang besar kepala la kau kan Fasha :P Kitorang ditempatkan di bahagian perlesenan, perghhh busy habis aku cakap kau. Memanjang je ada kerja tapi best la daripada kau duduk melanguk takde kerja kan, lagi boringgg..

Staff pown sporting je semua, banyak bagi tunjuk ajar. Ada 40 staff semuanye dalam department tue. Next week hari khamis lecturer kitorang akan datang untuk evaluation,erkk..nervous2..Habis la aku kena siapkan logbook report bagai,huhuhu. Sejak praktikal nie la baru aku kenal perangai kawan2 praktikal aku nie haa, Izyan dan Hussairi. Tue nanti aku story dalam next entry okeh,bye bye :)

Result sem 5.


Alhamdulilah, semua nye luar dari jangkaan aku. Terima Kasih Ya Allah :DD
Harap next semester dapat naikkan lagi CGPA tue.
Terima kasih semua yg banyak bg support selama nie,hehe..

Lama tak update blog, pasnie nak buat entry baru la,weee~

Monday, 23 July 2012

madagascar 3

Mahu tengok madagascar 3
mahu mahu mahu...

kan best kalau ada bf..
awak,jum kuar ! :PP

Short update.

Selamat berpuasa semua
Lama sangat aku tak update blog nie..
nanti la nak update story baru, penat rasa bila dah praktikal nie
Rutin harian cuti semester nie, bangun subuh, kerja, balik rumah terusss Zzzz..

Baru tahu macam mana susah mahu cari duit
T_______T