Saturday, 25 October 2014

I'm afraid of heights !

Hai and morning, wah pagi2 aku dah berblog. Macam pelik je kan,haha. Mood pagi ahad yang baik, harinie plan nak duduk rumah je. Just relax with the family on weekend. Malam tadi dah date kan,ai pergi one city mall yang sekarang sibuk orang selfie kat skypark tue. Thank you sayang yang tetiba nak buat surprise tue kan. Plan nak cycling cancel sebab hujan,wuwu..

Sampai je one city mall,terus naik lif level 10. Nak pergi skypark tadi kan? hehe. Dalam lif siap aku cakap 'tak tinggi mana pown, biasa je' ..haha..confidenttttt.. Sampai atas kitorang tengok view menghadap jalan,memang cantik. Lepas tue pergi tempat yang boleh pijak cermin tue, errrrrr...berpeluh sakan aku.haha..

Aku kalau takut memang berpeluh tak hengat. Ai tell u memang tinggi,kalau gayat macam aku memang nervous jugak la.

Enjoy our pics !

Nice view from level 10

Me and My handsome fiance :D

Me and you
Muka kena paksa duduk atas tue..wuwu

smileeeee..


Okay abes dah ! bye semua. Have a great weekend ya :)


Sunday, 19 October 2014

Bebelan.


Hai,ok serious tak dapat tidur. Padehal esok kerja,sure banyak kerja.Balik lewat as usual T_T

Nape letak pic tue? haaa..saja je.Tak pernah lagi aku letak pic kitorang kat mana2 melainkan pic tunang. So setahun sekali apa salah nye kan.hihi..rindu la.

Mr white tido awal lak arinie.Penat class kot, so takmo kacau. Dah call tadi gelak2 ngada2 sedar tak sedar tak lama je lagi nikah. Allah...cepat betul masa. Banyak benda nak prepare,yes i knoww..Sekarang takde masa nak DIY apa semua, kalau boleh aku tak nak buat benda yang boleh susahkan orang. Biar lah aku bayar, janji tak penat dan mak abah aku tak susah.

Sekarang kalau date pown kitorang lebih suka survey hardware or furniture,nak masuk rumah sewa la kate kan.hihi..Seronok la weh,masuk MR DIY ke daiso ke giant ke pastu kitorang gelak2.haha..berangan apa entah.

Da pukul 12 pown, kena paksa tido jugak nie.Kalau tak mampuih nak bangun esok :P

Bye and good night :)

Sewa dulang hantaran,agak2 ada yang nak tak?

Assalam korang,

Niat lepas tunang aritue memang nak sewakan dulang.Murah2 je.Just nak tolong korang yg save budget,plus tak tau nak buat apa dulang2 nie.

Untuk sewa sahaja ya.Takmo jual,sayanggg..
hehe..Simple je decoration,DIY by me.









Interested?
wassap me 019-3232041 (Fasha)
Price starting from RM 10 :)
Pink purple theme.


Our E-day,2 months already :D



Assalamualaikum,

Setelah berkurun lama akhirnya aku kembali lagi...haha.Asyik la dok merayau kat blog orang lain kan,blog sendiri habuk tak hengat kan,hewhew. Ok la,direct to the point. Aku dah selamat bertunang 23.08.2014 haritue,alhamdulilah.Hampir dua bulan dah. Eh,macam baru je rasa dia dok nak tackle aku kan?hihi...dah 2 years couple rupa nye.

Nak cerita sikit la masa E-day tue,actually sekali buat untuk open house.Tue yg mcm meriah sikit.Tq pada family2 yg datang,jauh dan dekat. Eh rasa mcm kahwin plak kan.hehe..

Macam tak percaya je Mohd Afif bin Mohd Tahir tue tunang ai tau. Classmate for 2 years during high school, borak pown tak pernah,tup tup dia yg lekat.Kalau tahu dia la orangnya,masa form 4 ai da propose u tau :PP hihi...Tq sayang sebab sabar je dengan kite,layan kan je peel tunang dia nie. Baru 2 years in relationship and hopefully hari2 mendatang pown rasa baru tue ada lagi ,insyaAllah. 

Sekarang nak attach pic pulak,just to share some moments for our Eday.Actually pics tak dapat lagi from my uncle,tungguuu..thanks for coming ya ! Nak sebut memang ramai,thanks again korang mwahhh !hehe..

During family discussion,haruslah en tunang tunggu luar kan.hihi..chit chat with pak tam.


Family discussion...

Senyum lebar je dua2,kemain lagi eh.Baru tunang tue.haha...

My officemate,Noreen :)

Classmate UiTM shah alam :D


Seriously,mekap nie nmpk kulit aku gelap.FMIL pown ckp aritue, dia ckp aku nie putih actly tapi mekap tue buat aku nmpk gelap sikit. Takpe,kahwin nnt ai hire MUA ok !hihi...nie maybe member aku mekap n masalah cahaya la kot.Just my assumption.

I love my mini pelamin so much !so gojes n simple :)

Adik encik tunang dan FMIL..hee


Alhamdulilah,semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih mak abah,semua family yg banyak tolong memeriahkan majlis kecil ini. Tq Future family in law yg sudi datang n sudi terima ai as part of your family. Tqsm ! tak sampai 3 bulan je lagi majlis,doakan semua urusan kami dipermudahkan ye.

Ok, nak tido dulu.Byeeee :)

Sunday, 17 August 2014

Tears.

Sometimes you have to....
Just keep quiet and smiling

22.26pm
18 August 2014

Sunday, 20 July 2014

Salam takziah MH17

Assalamualaikum,

Pagi jumaat aku terkejut dengar berita MH17 ditembak di Ukraine. Macam mimpi, MH? MH tue MAS kan,dalam hati aku time tue. Ya Allah,again! Taktau nak cakap apa. Sejam kemudian masa aku nak siap2 pergi kerja, mak aku cakap salah seorang ialah sepupu abah aku. Allah, Mohd Ali Mohd Salim adalah salah seorang saudara aku. Hari jumaat tue abah aku wakil melawat keluarga tersebut di Putrajaya. Nampak tenang keadaan pacik Salim, seperti redha atas ketentuanNya. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Al fatihah kepada mangsa beragama islam dalam nahas MH17. Semoga roh kalian dicucuri rahmat. Amenn.

Lagi seminggu nak raya !


Hai ,

Dah 3 minggu puasa dah kita rupe nyer. Kejap je masa berlalu. Rasa macam rugi plak tahun nie, aku tak cuba nak lipat ganda ibadat. Aku cukup respect mak aku,balik kerja penat siap masak lagi,belum hilang penat dah pergi terawih. Yang aku nie,hari2 sampai rumah kul 7:50. Sampai rumah tinggal nak mencekik je kot. Bukan aku masak pown tue pown banyak alasan lagi nak pergi terawih ! aihhh...

Aku sedih tahun nie. Mungkin ini kali pertama seumur hidup aku beraya kat kajang. Kat kajang okeh ! Just imagine pagi2 raya biasa busy kat kampung pagi raya, salam semua ahli keluarga tetiba tahun nie ada kat office,ouhh ^%&&%$! Tapi raya pertama je, raya kedua dan seminggu aku cuti !kikiki…belajar la redha dan mengalah sikit. 

Tahun nie tema kitorang gold. Tapi untuk aku sendiri lain sikit,sebab aku berkenan yang kuning tue.haha..Lari tema,confirm kena bahan nanti,ahhh takpelah. Dari pilih yang aku tak suka watpe kan ? Dah la aku beli kat PKNS Shah Alam, i tell u gila mahal. Nasib jumpa cantik dan murah,100 plus je. Tue pown dia yang nampak dulu, hehe. Tq love ...Aku rasa nak simple2 je tahun nie, banyak duit nak guna oiii. Baju yang lepas pown cantik2 pakai sekali dua je,recycle la kan.

Ok la,sampai sini je. Selamat berbuka semua :)

Saturday, 19 April 2014

Bahaya.

Assalamulaikum semua,

Tetiba terfikir pesbuk nie bahaya kalau terlebih guna. Kita guna untuk komunikasi dan dapatkan info tapi kadang2 info yang disampaikan belum tentu tepat 100%.Boleh jadi 50% je yang betul. Aku bukan jenis yang aktif pesbuk nie,entah la.Aku rasa takde benda penting aku nak sampaikan. 

Bagi aku la kan, segala benda yang kita post tue mencerminkan imej diri sendiri sebenarnya. Taktau la kalau orang lain. Apa yang aku perasan bila ade satu isu timbul tengok la macam mana orang kita speculate,woww..hebat kan? Nie belum lagi orang screenshot pastu sebarkan. Nampak tak,semua bole tersebar dalam 2 saat !

Tapi tak la teruk mana pesbuk nie. Aku rasa pesbuk nie bole connect aku dengan member2 lain. Contoh kawan nak kahwin,dapat info dari pesbuk jugak ken? Tapi bila kau share baru gaduh dengan mak mertua pastu update dekat pesbuk apa kes?haha...Gosh. Topic nie muncul lepas borak2 dengan Mr White. Kitorang nak kurangkan pesbuk nie,gambar2 aku tue bila2 je orang boleh salah guna masuk dalam awekmelayu.com ...hish,simpang2 la.

Ok,sharing is caring ! Thank you and bye.

Friday, 18 April 2014

Any question regarding HSBC Cyberjaya?

Since too many people asking me about this HSBC Data Processing Malaysia (HDPM) at Cyberjaya, I prefer you guys to contact me through my email,nurulfasharina@ymail.com
I hope it helps you guys and kindly don't drop any comments on the entry since I will read it only once a month, thanks a lot ! :)

Review : Simplysiti

Assalamualaikum,


Eh rajin la pulak aku nak update blog kan. Nie la penangan blog, kalau dah start tak boleh nak stop dah,hee. Okay tetiba harinie aku rajin nak update pasal review produk Simplysiti nih. Aku rasa benda nie useful la untuk mereka yang tengah dok research mana yang okay,sebab aku pown macam tue dulu. Semua blog aku tengok ha,bagi puas hati baru aku beli. Agak2 8/10 orang feedback positive aku pown siap2 duit je lah,cehhh macam mahal sangat.haha...jangan risau,aku nie standard barang biasa je. Cleanser lebih RM30 bagi aku mahal okeh :P

Credit to google.com


Memula aku beli set trial je,ala ala travel pack macam tue. Ada 4 botol termasuk pelembap,cleanser,serum dan toner. Honestly, aku pakai serum dan toner minggu pertama je. Sebab tak sempat, mata nampak katil je.haha...ahh malas sebenarnye ! Macam mana la nak cantik gebus macam emma maembong kan...duhh...Aku pakai tak sampai sebulan lagi,tapi aku pakai jimat2 la,nama pown trial kan.

So far aku rasa muka nampak lagi cerah. Dulu muka aku serious nampak letih,kusam pown ada. Tetiba officemate aku tegur semalam muka nampak lain dah,glowing gitew,awwwww...haha. Siap interview bagai.Dah tue mak aku pown cakap muka nampak cerah sekang. Aku perasan je kulit muka macam dah okay sikit tapi malas nak ambik port sangat.Rasa macam perasan la pulak nanti. Bila orang tego baru aku rasa macam,ouhhhh??kikiki..seronokkk...

Apa yang aku tahu dermagic set nie khas untuk orang yang ada masalah kulit sebelum nie. Contoh aku dulu ada masalah jerawat,teruk jugak lah. Sekarang alhamdulilah okay dah. Plus, aku sangat la choosy nak pilih produk. Takut kang tetiba naik entah apa apa. Sekarang aku plan nak beli yang besar punya, bukan trial dah. Just sharing here, dulu aku try safi balqis,memang tak kena dengan aku. Teruk gile jerawat naik, seram bila pikir balik. Depends la pada orang tue, ada yang ok. Choose based on your skin la k,try and error, good luck ! :)

Sorry. Aku takde pic before and after.
Tapi nampak kan muka aku takde jerawat besau dah.
Dulu banyak je merah2 kat pipi tue.
Ok,bye ! Thinking for next entry,kiki :D