Thursday, 10 May 2012

Kes dera anak.

Assalamualaikum, good morning olss ! Okay, baru baru nie kita digemparkan (wahh ayat skema) dengan video kes dera anak yang tersebar kat facebook. Aku pown ada tengok jugak dan agak terkejut dengan perangai si ibu tue. Bergenang jugak la air mata aku tengok nasib anak yang sangat sangat tak berdosa tue.  T_T

Bila si ibu tue pukul anak dia, aku pulak yang rasa sakit. U know what, adik aku yang pukul guna bantal tue pown aku dah rasa sakit, nie kan lagi budak tue, boleh sampai plax hati mak dia pukul pakai bantal,sakit wehhh ! Bagi aku as a muslim, memang la kita rasa macam nak marah tapi tak perlu nak keluarkan kata2 yang agak kurang ajar, contoh $#&#(%$#@&^%$#@,ahh faham2 sendiri la kan. Malas nak tulis kat sini.


Pape hal pown, tunggu je siasatan polis. Doakan yang terbaik untuk si anak tue semoga dia sentiasa di bawah perlindunganNya selalu, amin...


Sekian, thanks for reading !


The best song ever.


Everytime I feel down and demotivated, I will listen to this song for many times..

Mariah Carey
-Through the rain-

One of my favourite part :

I can make it through the rain, I can stand up once again
On my own and I know, That I’m strong enough to mend
And every time I feel afraid, I hold tighter to my faith
And I live one more day, And I make it through the rain

Tuesday, 8 May 2012

Hunger cycle, its true !


Totally agree ! :DD
 This is what happened to me every night before sleep. Sometimes..


Monday, 7 May 2012

If only you knew...

I'm so tired lately. Hopefully I can stand it and manage myself very well ! No word of 'give up' in my life. Its 1:31am already, I need to rest and get some quality sleep. Good night people, sleep well.

Mood: I'm thinking about you. And I don't know why...

Sunday, 6 May 2012

Kembara rimba super best !

Assalamulaikum..

Semalam aku telah menghadiri satu program yang ala ala Amazing Race,bertempat di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program nie anjuran fakulti aku sendiri dan pengarah projek adalah kawan aku sendiri, haruslah aku sokong kan. Secara keseluruhannya, program nie memang best dan tercapai objektifnya :)

Satu kumpulan mesti ada 6 ahli. Nama kumpulan aku Charlies Angels, sumpah gedik je nama kan :P Thanks so much kepada Aizat yang datang untuk ganti ahli kumpulan kitorang yang tarik diri last minute. Itu pown aku tak sengaja chat FB pukul 2am, borak punya borak then dia offer diri nak join kitorang, aku pown on je lah,lagi bagus sebab at least ada lelaki dalam kumpulan kami kan,hehehe. Thanks again Aizat !

Ada 8 checkpoint semuanya,semua game sangat best. Tak sempat nak ambik gambar sangat, sebab rushing nak pergi cari tempat kan. Part paling lawak ialah masa kitorang kena melukis. Orang depan kena teka tue gambar apa. Orang paling belakang dah lukis cantik2, sampai depan gambar berubah ubah, yelah tak semua pandai lukis kan. Senang cerita, gambar basikal jadi troli kat shopping kompleks tue,hahaha. Bila fikir balik memang lawak la,masa tulis nie pown aku tengah gelak besar,haha :DD


Layan gambar,


Nice design..

Amboi,sempat lagi dua org belakang tue eh..
Charlie's angels sgt !:P


Thanks all, enjoy sgt :)


Hehehe,okay sekian sahaja
Bye.



Saturday, 5 May 2012

Nak tengok jugak !

Sekarang tengah berlangsung match Chelsea vs Liverpool,kan kan? Okay aku jeles sebab takde TV kat bilik nie haa,kalau nak tengok sila turun di bilik TV bawah. Kan best kalau match nie masa cuti semester, boleh bersengkang mata bagai. Arghh jeles, kalau tengok football at least boleh release tension kejap, sebab dapat cuci mata dan jerit dengan adik aku kat rumah tue haa  ! hehe :P

Nak sambung buat assignments, happy watching you olss..

Sahabat, hati-hati ketika bergurau


Artikel diambil dari iluvislam, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan bersama. Aku pown salah seorang yang kadang2 bergurau secara kasar walaupun niat tue untuk bergurau je sebenarnya T_T

Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan Allah swt. Tugasnya dicipta di atas dunia adalah untuk melakukan kebaikan dan menjahui kemungkaran. Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin saya  tegaskan kat sini, kita semua manusia. Punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan punya badan tidak sedih?
Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.

A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)

Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samara.
Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.

Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?

Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.

Friday, 4 May 2012

Setiap gambar ada cerita (Diploma)

Hye olsss,


Tadi tetiba rasa nak bukak album masa Diploma dulu, saja nak feeling kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ) kejap. Rindu nak fly sana lagi, rindu nak makan laksa sarawak, rindu nak bagi ikan makan kat Taman Sahabat dan paling rindu nak drive satu kuching! haha..Arghh, banyak sangat kenangan, setiap gambar ada je yang boleh buat aku tersengih sorang2.  Bak kata pepatah, setiap gambar ada cerita, setiap cerita pasti ada rasa,hehe. 

Antaranya :

Me,Ida, Azi, Nazrul, Kery
Gambar nie tengah makan kat depan waterfront. Satu hari suntuk berjalan, dari pagi sampai la ke malam. Sempat lagi tukar baju petang tue sebab nak sambung berjalan.haha..Yang paling best, kereta habis minyak depan kolej ICATS, student kat kolej tue semua dah gelak2 tengok kitorang. Malu kot..Nasib baik ada Nazrul(eh yeke nama dia?) datang dan bawak tong minyak untuk kitorang. Haa tue lah, berjalan sakan sampai meter minyak pown tak perasan,cess. Lepas balik makan dan karok bagai apa semua, tak sampai 1km nak sampai UiTM, kereta rosak la pulak! Perghh, apalah dosa kami sampai dugaan macam tue sekali,haha...Bersoal jawab la dengan Encik polis bantuan, nasib baik  lepas masuk UiTM ! :DD


Azi, Raden, Asma, Me
Nie masa semester 2. Kitorang mula rapat dan selalu je lepak sesama. First time aku overnight dengan kawan2. Main bowling, tengok wayang dan bersteambot sesama,paling lawak bila part pakai chopstick tebalik la,hahaha,kawkaw kena bahan. Satu Kuching kitorang round, sampai dah tatau nak pergi mana dah. Borak2 tepi waterfront sambil nikmati keindahan bandar Kuching, arghh rindu saat itu ! Masa nie la bunga bunga cinta antara Azi dan Topek berputik, opssiee,hee. Sampai la subuh kitorang lepak, balik kolej terus ZzzzZzz :P 


Azi and Me

Azi, my bestfriend from semester 1 hingga 6. Kat mana Azi ada, kat situ jugaklah Fasha ada. Macam kembar dah rasa,hehe. Serious memang rapat, gelak sesama, study sesama dan sampai Bintulu pown sebab dia, thanks Azi for everything, tak terbalas budi baik awak kat kita nie :D Time nie dekat kandang lembu Sarikei, pergi rumah Topek. Best dapat masuk kandang lembu yang real punya,aaahh nampak sangat aku jakun kat situ, okay fine. 


Topek, Axi, Asma, Me, Wawa, Atiqa
Gambar nie masa semester 2 rasanya. Macam biasa la, kitorang petang2 selalu joging. Entah kenapa tetiba petang tue rasa nak main "pukul berapa datuk harimau ", main kejar2 la kitorang. Sumpah lawak !haha..menjerit bagai pe semua, macam budak sekolah je rasa, tapi best la ! Release tension sambil menyihatkan badan. Pastue lepak kantin sambung borak lagi, cerita takkan pernah habis, pelik betul,hehehe..


Banyak gila gambar, nak cerita satu2 memang tak larat la.
Sekian, thanks for reading !

Wednesday, 2 May 2012

What a busyyy month !


I need to work harder ! Semoga semua urusan dipermudahkan, amin...
Takde chance la nak balik rumah kali nie. 

Takpe lah, demi bangsa dan negara, sanggup ku korbankan,wahhh giteww :PP


May schedule


Okay, sekian. Good night  :)

Tuesday, 1 May 2012

Bila rindu seseorang, berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf

Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. Sesiapa pown boleh cuba doa nie, mungkin rindu korang tue boleh sampai kepada dia walaupun dari jauh dan dalam diam. Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam,di hati ini hanya Tuhan yang tahu :)


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "



 ♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥



Sharing is caring.
I miss someone too..

Okay sekian, thanks 4 reading.