Friday, 4 May 2012

Setiap gambar ada cerita (Diploma)

Hye olsss,


Tadi tetiba rasa nak bukak album masa Diploma dulu, saja nak feeling kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ) kejap. Rindu nak fly sana lagi, rindu nak makan laksa sarawak, rindu nak bagi ikan makan kat Taman Sahabat dan paling rindu nak drive satu kuching! haha..Arghh, banyak sangat kenangan, setiap gambar ada je yang boleh buat aku tersengih sorang2.  Bak kata pepatah, setiap gambar ada cerita, setiap cerita pasti ada rasa,hehe. 

Antaranya :

Me,Ida, Azi, Nazrul, Kery
Gambar nie tengah makan kat depan waterfront. Satu hari suntuk berjalan, dari pagi sampai la ke malam. Sempat lagi tukar baju petang tue sebab nak sambung berjalan.haha..Yang paling best, kereta habis minyak depan kolej ICATS, student kat kolej tue semua dah gelak2 tengok kitorang. Malu kot..Nasib baik ada Nazrul(eh yeke nama dia?) datang dan bawak tong minyak untuk kitorang. Haa tue lah, berjalan sakan sampai meter minyak pown tak perasan,cess. Lepas balik makan dan karok bagai apa semua, tak sampai 1km nak sampai UiTM, kereta rosak la pulak! Perghh, apalah dosa kami sampai dugaan macam tue sekali,haha...Bersoal jawab la dengan Encik polis bantuan, nasib baik  lepas masuk UiTM ! :DD


Azi, Raden, Asma, Me
Nie masa semester 2. Kitorang mula rapat dan selalu je lepak sesama. First time aku overnight dengan kawan2. Main bowling, tengok wayang dan bersteambot sesama,paling lawak bila part pakai chopstick tebalik la,hahaha,kawkaw kena bahan. Satu Kuching kitorang round, sampai dah tatau nak pergi mana dah. Borak2 tepi waterfront sambil nikmati keindahan bandar Kuching, arghh rindu saat itu ! Masa nie la bunga bunga cinta antara Azi dan Topek berputik, opssiee,hee. Sampai la subuh kitorang lepak, balik kolej terus ZzzzZzz :P 


Azi and Me

Azi, my bestfriend from semester 1 hingga 6. Kat mana Azi ada, kat situ jugaklah Fasha ada. Macam kembar dah rasa,hehe. Serious memang rapat, gelak sesama, study sesama dan sampai Bintulu pown sebab dia, thanks Azi for everything, tak terbalas budi baik awak kat kita nie :D Time nie dekat kandang lembu Sarikei, pergi rumah Topek. Best dapat masuk kandang lembu yang real punya,aaahh nampak sangat aku jakun kat situ, okay fine. 


Topek, Axi, Asma, Me, Wawa, Atiqa
Gambar nie masa semester 2 rasanya. Macam biasa la, kitorang petang2 selalu joging. Entah kenapa tetiba petang tue rasa nak main "pukul berapa datuk harimau ", main kejar2 la kitorang. Sumpah lawak !haha..menjerit bagai pe semua, macam budak sekolah je rasa, tapi best la ! Release tension sambil menyihatkan badan. Pastue lepak kantin sambung borak lagi, cerita takkan pernah habis, pelik betul,hehehe..


Banyak gila gambar, nak cerita satu2 memang tak larat la.
Sekian, thanks for reading !

Wednesday, 2 May 2012

What a busyyy month !


I need to work harder ! Semoga semua urusan dipermudahkan, amin...
Takde chance la nak balik rumah kali nie. 

Takpe lah, demi bangsa dan negara, sanggup ku korbankan,wahhh giteww :PP


May schedule


Okay, sekian. Good night  :)

Tuesday, 1 May 2012

Bila rindu seseorang, berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf

Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha. Sesiapa pown boleh cuba doa nie, mungkin rindu korang tue boleh sampai kepada dia walaupun dari jauh dan dalam diam. Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam,di hati ini hanya Tuhan yang tahu :)


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "



 ♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥



Sharing is caring.
I miss someone too..

Okay sekian, thanks 4 reading.




Monday, 30 April 2012

Tuntutan Bersih 3.0 (28 April 2012)


Seperti yang kita semua tahu, baru2 nie bersih 3.0 ada buat perhimpunan yang sangat la 'aman' tue di sekitar KL. Serious aku terkejut bila tengok berita tindakan ganas mereka masa perhimpunan, contoh, pecahkan kereta polis. Ada jugak parents yang bawak anak2 mereka join demonstration macam nie. Patut ke?? Takut kot tengok. Paling sedih bila ada kawan2 aku sendiri yang join benda tue. Siap upload gambar kat FB u olss, bangga kot. Tapi betul ke mereka faham apa yang mereka sedang pertahankan? Sedih tengok bila rakyat kita sendiri yang musnahkan keamanan negara sendiri ! T_T

Kadang2 aku terfikir, kalau la negara kita ditadbir oleh pihak pembangkang, korang pasti ke negara kita boleh maju seperti sekarang ?korang pasti ke boleh dapat apa yang kerajaan dah bagi sekarang kat korang (contoh: bonus kerajaan, pembangunan, bantuan rakyat, etc) ? Sebab aku tahu la sejarah sikit macam mana susahnya negara kita nak dapat semua nie, penat nenek moyang pertahankan kemerdekaan tup tup korang musnahkan. Aku takut kita akan jadi seperti negara ___ yang sering bertukar pemimpin dan ekonomi yang sangat tak stabil.

Antara tuntutan:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas & adil
5. Tempoh kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Mana yang x tau meh sini aku nk bisik jap, daripada 8 tuntutan kat atas, kerajaan sudah tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil krajaan dan pembangkang termasuk Yb Azmin (PKR). 

Tuntutan 1.0 - dalam tindakan (in progress) - SPR TERIMA
Tuntutan 2.o - Org Malaysia kat oversea pun boleh undi pos - SPR TERIMA
Tuntutan 3.0 - SPR TERIMA (Tunggu masa je) - SPR TERIMA
Tuntutan 4.0 - Dftr kat pgwai undi kwsan masing2 - SPR TERIMA
Tuntutan 5.0 - SPR Dah tambah dripa 7np 10hri. - SPR TERIMA
Tuntutan 6.0 -
Tuntutan 7.0 -
Tuntutan 8.0 -

Jelas 5 dah dipenuhi tinggal 3 je tuntutan bersifat awam dan sedang dilaksanakan kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan. Jadi ape yang tak adilnya dan tak puas hati lagi BERSIH ni. 

Astgfirullah...Mudahan Allah merahmati bumi bertuah ini dgn Rahmatnya. Janganlah kita rosakkan kedamaian yang telah sedia ada,hasil mainan org lain. Sesungguhnya segala kerosakan yang berlaku dimuka bumi ini adalah datangnya dari tangan-tangan manusia (Firman Allah).

January..


JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya
Mungkin betul, especially yang part pemalu tue,haha..wekss :P
Ok sekian..

Sunday, 29 April 2012

Geram geram..

Rasa nak pergi ke satu gunung yang tinggi, paling tinggi, tiada sesiapa kat situ dan menjerit,arghhhhhhhh ! semata mata untuk lepaskan geram. Geram dengan diri sendiri sebenarnya, takde kena mengena dengan orang lain pown. Aku kena lebih banyak belajar erti hidup.

Okay, sekian sahaja.


Nak buat gaya macam nie,hehe :P konon la..

Saturday, 28 April 2012

Thursday, 26 April 2012

VCO VCO..lai lai~

Wah,lama gila aku tak update pasal Virgin Coconut Oil (VCO) kan? FYI, aku masih lagi agen VCO di area Shah Alam, Kajang dan sekitar. Cuma semester ini aku sedikit sibuk dan tak sempat nak promote bagai macam last semester. Tapi alhamdulilah, jualan masih memberangsangkan ! Thanks to all customer, setia betul mereka menunggu, terima kasih sekali lagi :DD

Aku nak buat promosi nie, harga RM39.90 kepada...

_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jeng jeng jeng..
RM43 include postage(peninsular)
RM45 include postage(sabah/sarawak)
Berminat?lai lai..sila call/sms di 019-3232041(Fasha)
Harga terbaik punya,bukan senang aku nak bagi harga nie.

Sekian..

Wednesday, 25 April 2012

Perempuan dan mekap.

Ya, perempuan dan mekap memang tidak dapat dipisahkan. Even tak pakai lip ice masa pergi class pown rasa macam..iskk,low confident. Over tak aku..2 3 hari nie aku sibuk cari set skincare yang baru,ape lagi minta pertolongan cik google la kan. Sekarang nie aku pakai acne aid foam yang dibeli di guardian,memang okay pakai tapi macam dah immune dengan kulit muka,  dah tak nampak perubahan yg ketara melainkan jerawat sudah berkurang la. Aku pakai dah 2 tahun kot, setia tak aku,ahakss :P

FYI,aku memang takut nak pakai set yang tengah hangat di pasaran nie. Contoh, Tia Amelia, Sendayu tinggi bagai apa semua tue laa. Entah, takut kesan lain pulak yang jadi. Yelah,kulit aku nie kan baru nak okay, nanti tetiba jerawat naik satu muka baru kau nak menyesal..ouh tidakkkk :'(

Aku ada usha2 produk baru, Everlynn skincare. Macam best je, walaupun mahal tapi takde bahan kimia yang membahayakan, semulajadi. Bagi aku sebagai pelajar agak mahal la actly, RM120..hmmmm..tertelan ayaq liur nie haa. Honestly, aku memang tak pandai pakai benda alah macam toner, day cream, night cream bagai pe semua,haha. Tak rajin la akuu, tapi nak cantik punya pasal, akan ku cuba juaaaa...Tengah pikir nak beli ke tak, tengok pada kemampuan jugak kan? Duit ptptn pown tak bayar lagi dek non oiii..


Everlynn skincare set

Lagi satu, sekarang orang sibuk cerita pasal naturactor,foundation dari jepun tue. Dorang cakap mekap artis ramai pakai, macam best je. Aku just tengok review dorang, nak beli tue fikir 2 3 kali lah, aku nak pakai untuk apa? bukan ada event hari2 pown. Lagi satu, formula dia agak berat compared dengan BB cream yang aku guna sekarang nie. Tapi aku jeles tengok dorang pakai, cantik sangat~~~

Ahhh, nape la aku senang dipengaruhi dengan produk2 macam nie? Semakin meningkat usia, semakin senang kita untuk dipengaruhi oleh produk2 kecantikan...haa, hipotesis tue, kau mampu?haha :P

Naturactor
Sekian sahaja, bye :)

Monday, 23 April 2012

Here i come, Pulau Pangkor.

Assalamualaikum, Hi olsss..Hari isnin yang sangat bahagia sebab mid term break sudah bermula selama seminggu. Tapi hati tak tenang sebab buku,jurnal dan sewaktu dengannya masih tak bukak lagi. Arhh, malam nie boleh kot,harap2 aku bukak la,hehehe. Btw, aku baru je balik dari program Nur Al Falah di Pulau Pangkor, di bawah program UiTM satu semenanjung. Best sebab dapat holiday dengan member2, mandi pantai dan makanan sodap2 tue yang penting. Masa ceramah pown okay la,walaupun kadang2 tue ngantuk yang amat,ku gagahkan diri jugak untuk bertahan.


Ada beberapa isu yang diketengahkan, tapi tue nanti aku story kat entry lain. Skrg nie mahu relax2 dulu. Nah,layan gambar ..


Teluk Dalam Resort view in the morning..

Part of them...
Us :)

That's all,bye ! :DD