Sunday, 25 March 2012

Roll the vote (RTV)

Hye hye..Nie cerita sangat la dah basi okay, aktiviti minggu lepas dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kali nie RTV dibuat di Dusun Eco Resort, Pahang. Okay la tempat dia, cuma line handphone problem sikit, terputus hubungan luar. Sadiss betul. RTV nie best sebab ada aktiviti luar termasuk rentas halangan dan main rakit,haha..buatan sendiri okay, yang penting selamat sampai ke destinasi, kau mampu ? :P aku rindu nak main rakit lagi,nak lagi...

Takde mood sebenarnya nak cerita panjang, sebab tengah buat assignment sekarang nie tetiba hati meronta-ronta nak tulis blog. Pelik betul,macam dah takde waktu lain je,cehhh..Tengok je la gambar2 nie, best la RTV nie, just a relax acitivity dan boleh release tension jugak.


FSPPP :)
From left: Me,tasha,Nana..

Dormmates ! Masing2 suka nyanyi,hee..

Best best :DD

Jambatan gantung,aku naik tak sampai hujung pown,setengah pastu patah balik,haha..
Nie antara rentas halangan..kacang je nie,hakhak :P




Sekian...25/3/2012,10:20pm :)

Monday, 5 March 2012

Nervous pulak.

Tadi baru lepak ngan member2 classmate
gossip sana gossip sini,as usual,hikss..
tetiba ada satu cerita yang sangat mengejutkan
Ya Allah,nervous pulak tapi kena kuatkan semangat lah
buat2 tak tahu saja,boleh??
Lindungilah dia sentiasa ya Allah,harap dia okay !

Merepek pada jam 6:44pm.

Aku bukan buat blog nak menunjuk-nunjuk,nak bukak pekung di dada ke apa. Bukan jugak untuk ada follower beribu. Aku just happy bila menulis walaupun merepek, sebab satu masa nanti aku akan tengok balik apa aku tulis dah tersenyum sendiri, waaa, best tau perasaan itu :DD kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ) katanya,hikss...

Apa aku nak membebel hari nie ek..Okay,malam tadi sebelum tidur aku tetiba rasa sedih dan sayu je hati nie, cengeng betul la kau Fasha,hihi..bukan apa, teringat pengorbanan mak dan abah buat aku rasa bersalah. Dah bagi duit yang cukup,makan pakai complete masih tak dapat nak perform on my study,sedih owww...paling aku sedih,aku takde scholarship so expenses memang pa&ma sponsor habis la.Memang salah aku, main main sangat,keluar karok boleh, study 1 chapter pastu tidur,time management yang sangat teruk. Nak menyesal pown tak guna, tinggal 2 semester, kena pulun habis sampai lebam satu badan,boleyyy??hehehe..

Lagi lagi..apa aku nak membebel?haaa...aku dapat roomate baru tau. She's very nice,humble and stylo. Walaupun baru sehari aku roomate dengan dia, dia dah ubah cara pemikiran aku. Alhamdulilah,solat tak pernah tinggal, sentiasa dengar surah2 dari laptop, banyakkan amalan agama,etc. Walaupun dia free hair, tapi dia lebih baik dari aku,trust me. Aku nie masih lemah ilmu agama, solat pown kadang2 tak ikut waktu, ya Allah,takut nya, terlalu lalai dengan hiburan dunia T_T moga aku pown nak jadi seperti dia,solat bila sampai nya waktu,takmo tangguh2,insyaAllah..

Ahhh penat,aku nak tido tapi dah lepas asar, orang cakap x elok,nanti otak lesu,lembab dan kalau selalu sangat boleh jadi tak betul tau. So,tengah bertahan nie. Okay lah,nak baca buku motivasi baru beli tadi, macam best !

Bye.


Today is monday :P

Apa yang best hari nie?

-Hari pertama ke kelas untuk semester 5, dengan azam yang kuat dan membara,yeahhh !
-Dah habiskan voucher buku yang terakhir,kat jusco bukit raja..
-Lepak ngan gegurls classmate semua, rindu..
-Dah settle kan masalah customer yang agak serabut dari malam tadi,alhamdulilah selesai sudah.
-Hmmmm...baru perasan aku nie ada hobi membaca rupa nya,dah umur 23 tahun baru hari nie tahu,hahaha,ngeksss !

Best ke?hmm...boleh la..chow.

Sunday, 1 January 2012

23rd Birthday :)

Thanks roomate 4A0307 for the birthday celebration
I really appreciate it,hehe..
Pictures are not allowed to be upload here
 aurat sana sini,ouhhh no no no :PP

Yes, i am 23 years old. Syukur alhamdulilah.. thanks guys for all the wishes, azi thanks for the sweet slides made by you, terharu tau. Love you guys,muahhh ! xoxo..Sorry kepada mereka nad,dedeq,nana yang tak tahu yang sebenarnya aku ada kat kolej, tak balik rumah pown. Kalau tak boleh dating dgn dorang kan. Takpe lah, next time k bebeh..

Saturday, 31 December 2011

Ombak rindu lyric song.


Saja nak berjiwang di pagi new year dan birthday ke 23 nie.hehe. 


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Flashback memories in 2011


Ye, tak sampai 24 jam lagi kita akan menyambut tahun baru. Bermakna aku akan sambut tahun kelahiran aku, 1st january ! alhamdulilah dengan kurniaan umur yang panjang, kesihatan yang sihat dan rezeki yang melimpah ruah :)

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal birthday semua tue, nak cerita apa yang berlaku sepanjang 2011 nie. Biasalah, ada yang best dan sebaliknya kan..

Tahun 2011 genap emak aku umur 50 tahun. Bila dah mencecah angka 5 tue, baru aku sedar kejapnya masa berlalu, terlalu pantas. Mungkin disebabkan aku belajar jauh dari rumah, jarang balik, jadi tak berapa perasan sebenarnya aku tak banyak spend time dengan ibu bapa sendiri. Sekarang bila dah dekat sikit dan setiap minggu balik, rasa macam hari2 nak call mak, walaupun nak tanya benda yang remeh je. Rindu je rasa...hehe..anak mak betul..

Tahun nie jugak aku telah berkonvo dengan jayanya. Best ohhhh !hehe. Tamat sudah zaman diploma, rindu sangat nak pergi bumi kenyalang lagi. Masa konvo tue, rasa macam dah tunaikan satu tanggungjawab besar sebagai anak dan kakak. Masa tue, dapat spend time dengan member2 lama walaupun hanya sekejap je kan, tapi takpelah. One day i will fly there again, insyaAllah :)

2011 juga tahun aku mulakan bisnes, alaa kecik je pown.hehe. Virgin coconut oil (VCO) yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Memang best bisnes macam nie, boleh tambah ramai kawan, dan boleh bercakap sampai penat gilaaa...haha. Lagi best bila kita dah explain semua, dorang pown beli, satu kepuasan di situ ye. Yang penting, boleh tambah income memandangkan aku takde scholarship dari mana2 pihak. Best dapat guna duit dari hasil sendiri nie..

Ada juga yang tak best untuk 2011 nie bila kereta emak aku hilang dicuri. Dah curi lepas tue pergi bakar pulak. Ishh pencuri tuhh, kalau dapat masak kau kami kerjakan. Kereta telah dijumpai dalam keadaan hangus terbakar di Perak. Hmm, sabar je lah kan..dugaan untuk kami sekeluarga.

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah aku stop sampai sini je. Bye bye u ollsss, happy new year ! :)




Thursday, 22 December 2011

A note for you.

After more than two months suddenly he text me, 'i'm sorry for everything'. I refuse to reply his text and i will not reply at all. After what you have done, it takes time for me to heal this kind of feeling. But now i'm okay, can live better without you, trust me. You don't believe? Here look at my picture betapa bahagia i tau :P



There are three things i want to say :

I forgive you already
I'm so dissapointed with you
Stay away from me

Take care,peace ;)

Wednesday, 21 December 2011

Macam2 benda utk harinie.

Tak best nya hari ini,huhu. Semua benda macam tak kena je :(

1) Mula mula sentap dengan kata2 kawan aku sorang nih. Takmo la cerita,mcm aibkan orang, tapi bagi aku kau tak patut cakap macam tue, buat orang sekeliling jauhkan diri dari kau. Bukan aku sorang je kena, ramai lagi. Lain kali tapis2 sikit cakap ye, ambil kira hati dan perasaan orang sikit. Tak banyak, sikit je babe !

2) Malam nie patutnya nak celebrate birthday kawan aku, tup tup dia keluar dengan family dia. Sokay la kan, kitorang pown memang tak inform awal, sebab nak buat birthday surprise la konon nya. Hmm..tak jadi la nampaknya, baru datang idea macam2 nak kenakan dia malam nih,haha...

3) Lupa nak bawa CD assignment yang aku memang nak submit hari nie. Punyalah dari semalam aku ingat, disebabkan rushing yang amat tadi, terus terlupa,aishhh..

Tue je la kot, boring...

Saturday, 17 December 2011

Insafi segala dosa kita.

Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.