Kita dah semakin jauh kan. Dah takde makna nya sekarang jauh dimata dekat di hati. Sekarang segala2 nya dah jauh. Memang saya saja menjauhkan diri, ini untuk kebaikan juga. Tak perlulah saya nak jelaskan apa2, saya harap awak happy kat sana. Sampai satu hari awak akan faham kenapa saya buat macam nie...
Wednesday, 14 September 2011
Tuesday, 13 September 2011
Bebelan.
Hari nie tak berapa nak best, sebab dah siap2 pergi class tetiba lecturer takde, class cancel la segala macam alasan. Tengah hari pulak, berebut rebut nak tengok rayuan kolej dapat ke tak,hampehh. GAGAL..tapi aku dah book rumah sewa, untuk backup lah. Kalau rayuan kali nie gagal lagi, dengan segala hormatnya aku akan check in di 'villa' section 2 shah alam.
Nie sekarang tepat pukul 4pm, aku bingung tatau nak buat apa. Assignment ?ahh,poyo lah kau nak buat awal2 kan. Tido? tak ngantuk lah..Dating?takde bf, tolong carikan boleh.haha :P
Ok lah, aku nak post entry lain nie, bye.
Monday, 22 August 2011
First attempt in business,best jugak eh..
Permintaan yang menggalakkan
10 kotak habis dijual dalam masa 3 hari ;))
Siapa sangka dari seorang pengguna vco sekarang aku dah jadi agent vco catalyst, alhamdulilah ! Bisnes aku kecik2 je pown,bukan la sampai bukak kedai apa semua, tapi aku cukup enjoy sebab dapat deal dengan ramai orang dan semestinya ada untung. Takde lah untung sangat tapi cukup lah sekadar menampung perbelanjaan harian masa masuk semester baru nanti,berbaloi-baloi ;) aku berminat jual produk vco sebab ia memberi kesan positif bukan pada aku sahaja tapi juga beribu pengguna vco yang lain, dan yang penting tiada side effects, best kan ?produk murah tapi banyak khasiat, rugi tak cuba tau..hehe.
Aku berbisnes bukan untuk keuntungan semata2 tapi lebih untuk tolong mereka2 yang pernah mengalami masalah kulit macam aku dulu. Jangan risau, produk ini 100% natural ingredients dan korang akan rasa perubahan pada kulit khususnya dalam masa yang singkat, bergantung pada tindak balas dalam badan seseorang itu. Kalau berminat, sila contact saya okeh, harga boleh kasi bincang lagi, no hal lah...hee.
Saturday, 20 August 2011
Soalan lazim vco softgel.
Jum bersila ramai2 depan PC baca apa aku nak tulis nie. Hari nie aku nak buat kelas soal jawab pasal vco since ramai yang bagi soalan2 cepumas untuk aku jawab. Jawapan nie berdasarkan pengalaman aku sendiri dan research yang aku buat dari pengguna2 vco yang lain..
Let's start bebeh..
Q : Vco tu dalam satu botol ada berapa byk ye?
A : Ada 60 kapsul,boleh tahan selama sebulan.
Q : Macam mana nak makan vco ni?
A: Telan kapsul 2 biji sehari, pagi dan malam. Tak kisah la sebelum atau selepas makan. Lagi satu, vco nie dua dalam satu. Selain makan, korang boleh cucuk softgel pakai jarum dan sapu kat muka. Tujuan nya supaya muka lebih rasa lembut dan lembap macam baby gituuu,hehe.
Q : Kalau makan vco ni pastu makan ubat lain, ada effect tak?
A : Ok,tiada masalah. Vco 100% organic dan takkan bawak negative effect kat sistem badan korang
Q : Boleh kurus ke kalau makan vco nie?alasan nya?
A : Ya, vco dapat mengurangkan berat badan. Sebabnya bila korang ambil vco, perut akan kenyang sepanjang hari dan korang takde lah nak makan 3 4 jam sekali kan. Vco juga membuang toksin dalam badan dan memudahkan korang membuang air besar dengan lebih mudah dan selesa.
Q : Vco ni bagus ke untuk period pain?
A : Ya, senggugut akan berkurangan, tak la sampai nak berguling2 dan duduk di tandas berjam jam lama nya. Jerawat juga tak la tumbuh bak cendawan, kalau tumbuh pown sekejap lepas tue dah kecut dengan pantasnya, ini fakta bukan auta..
INI SOALAN PENTING, PAY ATTENTION YE TUAN/PUAN SEKALIAN..
Q : Saya dah seminggu makan vco nie, tapi badan macam letih je. Tak selesa sangat, kadang2 rasa pening, selesema dan jerawat makin tumbuh merata-rata la pulak. Tak sesuai dengan sistem badan saya kot?
A : Bertenang ye pengguna2 vco. Itu bukan lah negative effect tapi dikenali sebagai healing process. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan(vco). Itu adalah petanda baik yang menunjukkan sistem badan korang mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. More details, Eazy catalyst
Q : Vco nie halal ke?
A : Sudah semestinya vco ni halal. Sebab ianya produk keluaran bumiputera. Vco from catalyst brand ni berasal daripada company catalyst nutraceutical (m) sdn.bhd di malaysia & it based from nature. Senang cakap, 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.
Q : Berapa lama ye vco ni akan tindak balas
A : Depends pada metabolisme korang. Kalau metabolisme tinggi lagi cepat la kesannya. Dari pengalaman aku, sehari makan esok nya dah buang air besar dengan lancarnya,ekeke. Pastu, aku perasan jerawat2 sudah makin mengecut. Ingat ye, bila ambil vco make sure korang minum air suam lebih dari yang biasa.
Q : Jerawat boleh hilang ke kalau makan vco?
A : Ya boleh. Tapi korang kena konsisten la ambil vco nie untuk jerawat betul2 hilang. Macam aku sendiri, alhamdulilah jerawat dah takde tapi kesan2 parut kecil masih ada lagi. Sekarang aku masih teruskan pengambilan vco supaya parut2 tue semakin pudar. Meh tengok testimoni aku, vco terbaikkk...
Q : Kalau pregnant, gastrik atau migrain boleh makan vco tak?
A : Boleh, tiada masalah . Ramai dah bagi positive response dari pengambilan vco nie. Ada yang buat testimoni migrain dah berkurang, gastrik tidak seteruk seperti dahulu,etc.
Tak percaya?ok, cer google dari blogger2 yang lain ehh :)
NIE SOALAN LAST, WAJIB TAHU...
Q : VCO nie MLM ke ?
A : Suka saya maklumkan bahawa produk vco bukan MLM !
Sekian, terima kasih...
More details, do contact me : 019-3232041(Fasha)
: rainbowblink@yahoo.com
Thursday, 18 August 2011
Terima kasih VCO !
Lepas sekian lama aku digelumuni (eh, betul ke aku eja nih?) dengan masalah jerawat yang tiada kesudahannya, kini segalanya telah berubah. Cehwahhhh,haha...Hari nie aku nak buat special entry pasal VCO, kira macam testimoni lah nie. Tiba2 nak buat entry nie sebab ramai dah perasan jerawat aku dah hilang, maksud aku bukan lah hilang sepenuhnya sampai dah takde cela2 tuh, ada lagi tapi dah kuranggg, sangat kurang. Aku sendiri nampak perubahannya selain mak,adik,kawan dan mak cik aku sendiri tegur,
"eh, muka reen dah kurang jerawat lah..pakai apa skrg?"
haa, tak bangga ko dengor orang cakap macam tue.
"nape muka makin naik jerawat nih, cuba reen try pakai produk blablabla"
ini soalan aku dapat dulu2, masa aku tak kenal lagi vco. Siapa yang selalu je dapat soalan macam nie, sila teruskan pembacaan anda okay. I'll help you,InsyaAllah.
Biar aku cerita sikit pasal masalah muka aku nihh. Aku memang jenis yang berjerawat sejak sekolah lagi. Tapi bila start Diploma jerawat makin menjadi jadi, banyak juga lah produk aku try tapi semua macam bagi harapan palsu je. Oh, kulit aku jenis yang sensitif, kering dan ada parut2 kecil. Pakai la mekap apa pown masih nampak segala jerawat kat muka okeh, sila sedih sekarang ye kwn2. Cakap je apa aku tak buat untuk hilangkan jerawat, dari facial (3 kali), bekam darah, vitamin e untuk kulit la konon nye, sapu air zamzam kat muka,haaaa banyak cara aku try tau. Belum campur produk entah apa2 entah aku beli.hehehe.
Nak tengok muka aku berjerawat besau dulu2 ? Boleh2, tadaaaaaa~
![]() | |||||
| Nampak dok bintik2 hitam tuh?ouhhhh,malu nye =.=" FYI, itu dah pakai compact powder okay | (before vco) |
![]() | |
| Nie kalau tak nampak lagi tatau la nak cakap ape,haha (before vco) |
| Without make up....alhamdulilah ;)) (after vco) |
So far, aku dah habiskan 2 botol vco softgel, bermaksud 120 biji ! banyak tuhhh..Tapi korang jangan risau, tiada kesan sampingan ambil vco nie. Biar aku rumuskan sikit apa kelebihan bila dah try vco nie okeh :
1) Jerawat sudah makin mengecut,parut makin pudar
2) Kulit semakin lembab dan gebu (bunyi macam perasan je kan tapi ni fakta)
3) Period pain semakin berkurang
4) Sistem penghadaman yang lebih baik
5) Perut akan kenyang sepanjang hari, sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan. Untuk mereka yang kurus, takde masalah, korang tak makin kurus pown. Trust me :)
6) FYI, tak semestinya orang ada masalah kulit je boleh makan vco nie. Orang yang tiada masalah kulit kalau makan vco lagi nampak berseri seri tau muka.
p/s : Kalau korang tak puas hati dengan explanation nie, korang boleh je tanye aku kat email. No problem at all, i'll give u more details about vco ;))
6) FYI, tak semestinya orang ada masalah kulit je boleh makan vco nie. Orang yang tiada masalah kulit kalau makan vco lagi nampak berseri seri tau muka.
p/s : Kalau korang tak puas hati dengan explanation nie, korang boleh je tanye aku kat email. No problem at all, i'll give u more details about vco ;))
![]() | |
| VCO softgel |
1 botol bersamaan 60 biji RM39.90
Postage, semenanjung (RM5) S&S (RM 7)
For more details, do contact me :019-3232041
rainbowblink@yahoo.com
(Fasha)
Day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
Berbulan bulan sudah tidak ber blog. aku pown tak pasti apa yang aku busy sangat duduk rumah nie. Dukacita dimaklumkan aku gagal dalam melaksanakan cabaran ini mengikut hari yang ditetapkan, wuuuuuuuuuu ;( Betul cakap blogger2 sekalian, bukan senang nak ikut cabaran nie. Tapi takpelah, kalau aku ada mood au akan sambung cabaran2 nie. Boleh pulak macam tue?ehehehe..
Hari nie takde apa2 menarik yang berlaku. Seperti biasa, bangun tidur dan mandi. Nak buat breakfast macam tak mungkin lah kan, puasa nokssss...Tengah hari sidai comforter pastuh skrg aku tgh blogging. Haaa,kan dah cakap, tak menarik langsung pown ! Selamat berbuka you olsss, jum kita pergi bazar angkut semua yang ada, hehehe.
Monday, 4 July 2011
Day 9 - perasaan anda hari ni
![]() |
| Pasangan Norma dan Talib |
Hari ini aku rasa sebak membaca entry2 tentang pasangan ini. Mereka adalah pasangan muda yang telah dipilih Allah swt untuk menghadapi ujian yang begitu berat. Kisah si suami yang tetap tabah di sisi isteri beliau yang menghidapi kanser otak tahap 4. Aku berharap mereka sekeluarga terus tabah walaupun aku tahu berat mata memandang, berat lagi bahu mahu memikul. Eh, betul ke peribahasa aku nih ?
Ini pula gambar Norma yang terlantar di hospital bersama anak kesayangannya, Rafiq. Utk pengetahuan semua, Norma telah menjalani 5 kali pembedahan setakat ini. Aku sebak membaca setiap entry di blog kakak iparnya, Moon. Tapi yang paling buat aku paling sebak apabila tengok gambar Norma yang mencuba untuk bangun dan memegang atau memeluk suaminya yang setia di sisi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ya Allah, berilah kekeuatan kepada Norma untuk terus bertahan melawan penyakit beliau. Norma sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat setia dan penyayang.
Day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
Dulu masa form 1 adalah aku bergaduh dengan sorang budak lelaki ini, nama dia Azril budak paling nakal kat sekolah ! grrrrrr...Aku tak suka kau weh ! Entah macam maner, satu hari nie dia tuduh aku buat ape entah, sorry tak berapa nak ingat. Sebab aku memang kaki gado jugak kat sekolah dulu,haha. Ada berani ? tengah marah2 tue, sampai satu tahap aku nak baling hanger kat si Azril tue. Hanger tue dibawa untuk menyangkut tudung sekolah, maklumlah ada pendidikan jasmani time tue. Aku baling la hanger tue tetiba ko tau ape jadik weh ???hehehe. Aku terbaling kat teacher yang baru masuk dalam class kitorang, dia ajar BI. Takde la kena tapi sipi2 lah, hahaha. Ishh, ape ke bengap sangat la aku nih marah2 sampai camtue sekai, aihhh...
Friday, 1 July 2011
Day 7 - tiga perangai baek anda
Untuk hari nie, aku akan post sesimple yang mungkin. Kenapa ??? sebab mata aku dah ngantuk, jam pown dah menunjukkan 12:42am ye tuan2/puan2 sekalian. Kang kalau tak post kira dah tak ikut cabaran 30 hari, sebab hari2 kena post daaaa~ ok, jummm.
1) Peramah. Ini memang tak tipu, aku senang nak berborak2 dengan orang even yang tak kenal pown. Biasa nya aku lah yang mula dulu, sebab aku tak boleh la kalau orang sebelah aku diam seribu bahasa, boringggg..tapi tengok jugak la, kalau tengok dia pown jenis ok, senyum dan nampak mudah mesra, dengan lantas aku akan say "hye awak". Tapi perempuan je tau, kalau lelaki sebelah aku kaku sikit. Haha. I mean dia la kena say "hye" dulu.
2) Nasihat. Aku selalu act sebagai kakak kepada kawan2 yang lain. Maybe sebab aku nampak strict lagi kot. Kalau ada benda tak betul, aku akan nasihat direct lah, kalau tak paham bahasa jugak, memang nak kena sound lah. Eh, boleh pulak macam tue ? :P
3) Tak kedekut. Haa, aku memang tak kisah kalau bab2 duit nie. Kalau aku ada duit lebih, aku boleh belanja kawan2 aku yang lain. Kenapa ?saja2, tak boleh ? banyak soal daaaa...tak kisah la hang out dengan kawan2 ke ape ke, kalau takat nak pay something below RM10, aku tak berkira sangat lah. Asalkan orang tue baik dengan aku, aku akan sepuluh kali baik dengan kau, ada paham ?
Ok tue je, good nyte ! hee...
Wednesday, 29 June 2011
Day 6 - tiga perangai burok anda
Ahhh ?perangai buruk..opkos la ada, hehe. Nobody is perfect rite ?
Perangai buruk pertama ialah aku suka makan tak habis. Mesti orang yang selalu makan dengan aku perasan benda2 nih. Perut aku nih kecik, tapi nak makan macam orang perut besau, ini lah dinamakan tamak semasa membeli makanan..adehh, aku mengaku :( Tapi kalau dah lapar, pinggan pown aku boleh gigit dan kunyah tau, hm..tipu jerr..hehe.
Perangai buruk yang kedua ialah ego yang tinggi. Dengan kata lain, aku sangat susah mahu ucapkan kata maaf kepada orang. Kecuali kalau aku memang salah la, tapi kalau dah orang lain salah tapi aku pulak nak kena minta maaf memang tak la, walaupun itu lebih baik untuk menghentikan pergaduhan. Sekarang aku dah ubah perangai nie, sebab aku belajar dari seseorang dengan kata 'maaf' pown dah cukup untuk buat kita tersenyum.
Perangai buruk yang ketiga ialah cakap je nak window shopping tapi duit habis jugak ! haha..camner tue ?haaa, tue maksudnye takde kata 'window shopping' dalam hidup aku nie, kalau dah pergi satu tempat tue, memang akan beli jugak, percayalah :D korang pown sama jugak kan, kan kan ??? cehh, xnak mengaku yerr...
Subscribe to:
Posts (Atom)





