Thursday, 23 June 2011

Sahut cabaran ituuu ! :D


Cabaran ape nie ? aduh...suka buat gempak kan aku nih..hehe. Nie haa, sejak aku blogwaking dari semalam, ramai blogger cakap pasal 10 days challenges la, 30 days pown ada tau. Aku ambik 30 days punya, memang aku berani sebab sekarang kan cuti semester so aku memang ada masa dok on9 setiap masa. Syarat untuk menyertai nya ialah..... anda mesti update bog anda mengikut tajuk selama 30 hari itu. Maksudnya sebulan tue korang punya blog di update lah. Ada je idea nak tulis ape kan, tak la blog kusam dan lesu cam blog aku nih. Cabaran diambil dari Cik Ezy ;))


day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


Yeyy, pasnih blog aku akan kembali segar gitu :DD semangat semangat !

Aku mahu pergi, tapi...

Yeayyy ! Finally, selamat berbahagia untuk ak :PP 

Iskkk, bukak bahagia kahwin la, dok ehhh..semalam last paper exam aku, fuhhh,lega okeh. Dapat gak rehat selama 2 bulan. Suka suka suka,hee. Sekarang dah kat rumah, bak kata omputih rumah manis rumah ;)) Semalam habis je exam, kemain senyum sampai telinga aku dibuatnya..dok pikir apa aku nak buat cuti nie ? mak cakap tak payah nak kerja part time, dok umah belajar masak, aku dah macam, hmmm..okay, BAIK. Ikut aje lah kata mak.

Kenapa la aku nie lembab sangat bab bab masak nie weyhhhh =.="


Btw, ini bukan yang aku nak story. Al kisah nya, lepas exam semalam classmates aku ajak pergi mandi manda kat sungai sendat hari nie, saja nak celeb dah habis exam,heee. Then aku pown call la mak aku semalam dalam pukul 6pm lepas habis exam, call nak mintak permission lerr...
 
Perbualan antara aku dengan madam Saemah,


Aku : tutt tuttt...tut tutt..
Madam :helloooo
Aku :hello makkkk !hehe..reen dah habis exam
Madam :Camner paper, ok idak?
Aku :Cam biasa ler mak, ada okay ada yang tak
Madam :Its okay, dah buat yang terbaik, tawakal je lah
Aku :Baik..Hm ,mak, esok kawan ajak pegy mandi manda, kat Ulu Yam
Madam :Nak ikut ke ?isk..tak payah lah, bahaya mandi kat sana tue. Banyak kes,lagipown kan dah cakap nak balik n angkut barang2 semua malam nie
Aku :Okay, x pelah kalau camtue. Hehehe...

Aku tak nak cakap banyak dah, tak sedap hati kalau aku nak pergi jugak, lagi2 benda yang melibatkan air nie. Okay, xpe. Have fun u olssss :))

Sunday, 19 June 2011

Result aku biasa2 je, kau punya mesti gempak kan?

Semua orang pown dah tahu result dah keluar kan. Sejak jumaat hari tue ramai orang dah dok canang keliling kampung result keluar. Aku macam biasa la, dengar je result memang tak menggigil kepala lutut nie. Sudah la esoknya ada test, waduhhh... hilang fokus aku jap nak study. Dekat bilik aku je sengsorang yang masih terbukak mata, yang lain semua dah tidur. Setiap setengah jam aku check email,hampa dan hampa lagi. Rasa macam dipermainkan oleh pihak UITM, okay fine. Cun 2 am aku check lagi, OMG...i can see it bebeh..

Jeng jeng jeng....

What happened ??

Ada 8 subject, aku tengok dengan teliti grad2 yang ak dapat. Hm, not bad, kata hati kecilku..haha :D poyo jee..Pastue, tengok pulak CGPA..arggggghh ! tak capai target untuk 1st sem, sedih wooo. Wuwuwuwu... Tue la kau Fasha, hari tue dok main2 je kerja kau, tak nak study, keluar je memanjang..aihh..Pastue pagi esok nya aku pergi la test, kecoh la pasal result kan, semua dok tanya..ramai jugak dapat DL..aku lagi la down kan ;(( rasa macam menyesal gila asal aku tak perform kawkaw hari tue weh..

Dah dah, tak yah nak menyesal sangat lah kau Fasha. Bersyukur je dengan apa yang kau dapat. Next sem kan ada lagi, make sure CGPA masa grad dean k?InsyaAllah :) bye !

Wednesday, 8 June 2011

Tawakal sahaja.

Ini malam aku mahu buat short entry sahaja
kenapa?kemalasan yang melanda diri ini semakin parah
ouh,PARAH !!!
esok ada kuiz tapi aku dok menguap bila depan buku
Jadinya...menguap lebih banyak dari membaca,ngehngeh :PP

Serious,aku dah tak larat mahu membaca,mata mengantuk sangat dah nie bai
Ape kata kalau aku bangun awal pagi esok?pukul 5am ke?
agak agak bangun x ?hahaha...
bangun la,insyaAllah,yakin boleh ye kawan2
ok ok,dah puas aku membebel,nak chow layan mata yang ngantuk nie
buibui,good night !

Tuesday, 7 June 2011

Penangan Tok Wan...

Al-kisah...Tok Wan nie lecturer short course kitorang,beliau mengajar Total Quality Management. Umur beliau sudah 60 lebih tapi masih sihat lagi cergas. Tengok je lah dalam class waktu lecture tak boleh duduk diam..jalan kesana kemari..Kagum la dengan beliau, aku yang masih muda pown baru naik 90 anak tangga dah semput !hehehe :D Enjoy class Tok Wan dengan lawak2 spontan beliau,hahaha..sumpah ketawa je. Tapi kadang2 boring jugak,kalau dah datang mood ngantuk aku,hmm..memang tak dapat nak cover lagi la jawabnye.

Apa kaitan dengan penangan nye pulakkk ?haaaa...nie aku nak cerita. Tok wan nie selalu je sebut2 tom yam dalam class. Tom yam tue dijadikan contoh dalam quality.pelik kan?aku tak tipu wahai kawan2 sekalian..hehe. Beliau selalu ambik contoh material2 yang digunakan untuk membuat tom yam mesti lah dari barangan berkualiti barulah sedap tom yam tue ! ;) dah hari2 dok sebut tom yam, balik class je mesti aku beli tom yam kat DC tue. Dalam minggu nie je boleh kata aku dah makan 3 kali tomyam as dinner. Woowwww,itulah penangan tok wan kami..Tp tom yam tue pown memang favourite aku sejak azali dulu...sodappppp ! rugi sape x makan tom yam owww...nah aku bagi gambaq wat hangpa terliuq satttt :P




taraaaaaaaaaaaaaaaaa,

Terliur eh?haaa,cepat g beli..kang termimpi2 susah lak :P





Thursday, 26 May 2011

Mentality.

High mentality discuss IDEAS, low mentality discuss PEOPLE! :)

so,which one you prefer?fikir2 kan lah dan selamat beramal,hee.

Sunday, 22 May 2011

No class,grr...

Aku bayar RM400 intersesi tue memang untuk saja2 je kannn..buat aku datang class dalam setengah jam pastuh balik dan tertonggok kat asrama macam ape dah..ishhh ! Aku dah rasa semangat nak start class kot, ini dah masuk dua kali aku nak pergi class untuk subjek tersebut tapi lecturer tak jugak muncul..tak paham betul akuu..orang lain semua dah start belajar, dah nak test pown.

Tue je la aku nak cakap, x boleh la nak cakap lebih2 sangat, nanti terkantoi pulak,mampuih akuuu :D

Anak yatim maut tertimbus syahid


SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya.


Thanks family !

TQSM mak abah,adik beradik sudi datang masa time convocation even terpaksa fly and banyak duit habis. I really appreciate it ;) rasa macam segala usaha berbaloi-baloi gituuu. Keluar dewan konvo je dah nampak mereka2 yang tersayang, tak tahan sebak rasanya. Air mata gembira okeh,syukur alhamdulilah...

heee ;)

My beloved parents..

Ok,till the next entry. Bye2 ;)

Saturday, 21 May 2011

Diploma holder, a big smile :)

Alhamdulilah,berkat usaha dan doa dari keluarga tersayang,aku sudah pown berkonvo untuk diploma,yuhuuu ! Terima kasih tak terhingga pada mereka2 yang banyak membantu dan bersama aku sepanjang diploma,jasa u olss akan ku kenang sampai bila2, i miss them okehh :(

Minggu lepas aku fly ke UiTM sarawak, sebab kami akan berkonvo di sana. Itu lah campus yang memberi aku 1001 kenangan selama 3 tahun,sedih gembira patah hati semua ada kat sana,hehehee :P selama 4 hari kat bumi kenyalang memang tak puas la,rasa nak duduk sana lama lagi,tapi tak mungkin lah kan. Sebab aku ada intersesi class yang akan bermula minggu tue jugak,aihh..ape la nasib,orang lain bercuti 4 bulan,aku cuti seminggu pastuh start class balik. Takpe, ini semua demi mengurangkan beban aku next sem,hee :) x de la kepala aku berat sangat macam dihempap batu next semester gara2 banyak subject,ouhhh tidakkk...

Berbalik cerita konvo aku kan, memang best dapat jumpa member2 kat sana. Jumpa Bff's jugak, Azi dan Iba. Sempat kitorang satu class buat outdoor photoshoot kat Taman Sahabat, tempat selalu lepak zaman dolu2..hehe. Lepak ke dating ?ngehngeh. Let the pictures tell you the stories okay...





Nak ambik jubah konvo,posing itu wajib ;)


Sila berbaris ye anak2...

1,2,3.....!yeayyy...finally :)

3 of us menggedik sebentar

yeahhh,itu diaaaa...


All pictures credit to Ainatul Najlaa,TQSM :) 
To be continued...