Thursday, 16 December 2010

Any scholarship ?help !






Pening kepala memikirkan duit masa degree nanti. Aku kalau boleh tak nak pinjam PTPTipu tue, cukup lah masa diploma dulu kan. Lagi pown biarlah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian nanti. Parents dah cakap, memandangkan aku dah dapat UiTM Shah Alam, dekat dengan rumah berbanding dengan Sarawak dulu, so parents masih boleh tanggung belanja aku, pinjaman degree mahal oww. Tapi dalam masa yang sama, aku juga usaha untuk cari mana-mana scholarship dari badan kerajaaan atau swasta. Walaupun parents aku mampu nak tanggung tapi at least kalau dapat scholarship dapat lah kurangkan beban sikit, dah la aku nie kuat enjoy,adehhh,habes la kalau camni. After dah surfing sana sini, minta pendapat orang, nie adalah list scholarship yang aku nak cuba nanti, harap2 adalah rezeki nak dapat...


1) Yayasan Selangor
2) Lembaga zakat Selangor
3) JPA atau SPA
4) Bank rakyat

Pheww ! macam impossible je nak dapat, susah la sebab ada yang yang bagi limit income must under RM1500, interview, answer question and so on. Yela, ingat senang ke nak dapat duit oit, kalau la boleh petik2 tepi tue je,wahaha...Takpe,selagi ada usaha selagi tue insyaAllah Allah akan tolong kita kan, let's try ! :D

Tolong sesiapa yang ada experience scholarship dari senarai di atas atau pihak lain please inform me okay, TQSM.

takde la kelakar sangat.

Semalam aku pergi tengok movie, yang orang lain dok cakap best dan kelakar sangat. Ape lagi kalau bukan hantu kak limah balik rumah, aku dengan wan, sheera dan qila time tue decide tengok kat mid valley, tapi tak sangka jem gila weyh, rupa rupanya semalam sale habis jusco,huhu. Sape ada jusco card memang shopping sakan la gamaknya. Belum masuk parking dah sesak, ape lagi, blah dari situ dan pergi ke alamanda yang lagi dekat dengan rumah. Aku beli tiket pown dah hampir full, kitorang dapat seat tiga dari depan, sakit tengkuk tak yah cakap la.

Pasal cerita mak limah nie, memang la ada part part yang kelakar, tapi kalau kau suruh aku tengok lagi sekali memang harem aku nak keluar duit beli tiket gara2 nak tengok kak limah. Bagi aku cerita dia tak banyak sangat pengajaran kalau nak dibandingkan dengan ngangkung !

Kalau tahu semalam baik tengok movie 'aku masih dara' yang baru je keluar semalam,hmm. Tapi kesimpulannya movie kak limah takde la teruk sangat, boleh la aku bagi dua setengah dari lima bintang,hehe. Terhibur la jugak walaupun hantu dia tak berapa nak jadi,huhu.


Suka simpan suma tiket wayang,hee !


Dah rotate, tapi bila upload jadi camnie lak,asal eh ?appuuu...

candid,ahaha...

okay la,ini sahaja,bye2 ! :))

Pergi menghadap Ilahi.

Innalillahiwainnailaihirojiun, ditujukan kepada arwah jiran aku yang baru meniggal dunia sebentar tadi. Rumah arwah selang 2 buah rumah aku, terkejut juga aku bila adik bagitaw Kak Long(nama gelaran arwah) meninggal, aku yang tengah makan terus rasa bersalah tetiba, bila teringat betapa degilnya aku masa kecik2 dulu. Arwah kak long sebenarnya tak mempunyai kesihatan yang berapa baik sejak kecil dulu. Mak kata arwah kena demam panas, so kadang2 dia perlukan lebih perhatian. Banyak salah aku dengan arwah, masa sekolah rendah dulu ada je panggilan aku untuk arwah, yang tak proper untuk didengar. Nie kerja aku dengan kawan2 lain la...iskk, Aku tak sempat nak minta maaf dengan arwah, apa aku boleh buat adalah dengan sedekahkan apa2 yang patut, InsyaAllah.

Ya Allah, ampunkan dosa arwah kak long, mungkin apa yang arwah buat selama nie bukanlah dalam keadaan sedar, arwah pown tak ingin jadi begitu :'(

Wednesday, 15 December 2010

Award cik Fiqah.



Fiqah, thanks for the award
pandai eh awak edit2 nie,lolike ! :D
nanti lagi selalu la saya jengah2 blog awk okay
sampai awk naik buhsan nanti tengok saya je comment entry awk,ngehngeh.
harap dapat berkawan dan kenal awak dengan lebih baik lagi
jum post entry best2 malam nie,heheh
thanks cutie ;))

Terus maju ke hadapan ;)

pekehal tajuk entry aku nie skema ?hahah,aku pown rasa pelik daa. Ape ape je lah, tapi yang penting apa yang aku nak cerita ada kaitan dengan kemajuan atau lebih senang tentang future la.heheh, i got it, got ittt ! Alhamdullilah...dapat offer masuk degree pulak. Baru 8 jam lepas aku dapat tahu result degree, risau jugak kalau2 tak dapat sambung, takkan nak kahwin kot ?hm, aku okay jer. hahah ;p

 

Sarjana Muda Sains Pentadbiran Awam (AM228)
UiTM Shah Alam

Tapi aku rasa sedih la juga, sebab ramai kawan2 dapat campus lain, senang cakap ada la 3 atau 4 orang dapat sini tapi tue pown lain course. Nampak nya aku memang kena cari kawan baru la start register nanti. Waaa, harap dorang semua okay, amin. Tipu la kalau aku tak sedih dah berpisah dengan kawan2 masa dekat uitmcs dulu, kitorang selalu je ada dok berkepit jalan sana sini,hahah. Best !!! miss them already ;'(


Takpe la, 2 years je pown. Aku harap semuanya akan okay, and for my friend yang datang sini, welcome2 ! heheh, to Asmah Mahdi, u go gurl ...Don't worry and jangan la malu2 nak mintak tolong eh, dulu masa kat sana parents ko baik sangat dengan kitorang, so sekarang nak la balas budi baik tue. Sekarang ko peluk cium la rumah tue, nanti homesick nanges berminggu minggu tak dapat aku nak tolong weh,hahah , gurau je :D

Congrats untuk mereka2 yang berjaya sambung pengajian !
you're the best ...




Bila dah tatau nak post apa !

Kenapa aku malas sangat nak update blog nie ?
kehabisan idea,maybe ! tak pown aku ikut mood ?
iskkk,tak konsisten langsung okay
sebenarnya aku ada je layan blog, tapi blogwalking la yang konon2 nya sambil mencari idea nak menulis
tapi..tapi.....tak jalan jugak,aih
takpe, malam nie aku cuba post 2 3 entry yang best2..err,best ke ?hahah
jum cekidaud !:D




Ape ape aje,


Masa blogwalking hari nie, aku ada nampak gambar pengantin, chantek. So, rasanya tak terlambat untuk aku cakap selamat pengantin baru untuk kak Maera dan husband nye ! :))

Tak lupa juga, kepada kak ****, sorry tak ingat nama, sebab aku main redah je keluar masuk blog orang, tapi beliau nie perempuan yang mempunyai ketumbuhan di perut, esok akan menjalani pembedahan. Aku doakan semua nya akan selamat, marilah sama2 kita doakan kesihatan beliau. Walaupun aku tak kenal dia, tapi tak salah dan tak susah pown nak doa sesama kita umat islam kan.
Peace no war ;)



Tuesday, 30 November 2010

Tag lagi,lolike.

Nie kalau hari2 dapat tag mau jenuh nak menjawabnya, but i likeee !hee. Thanks to Fiqah sebab sudi menge'tag' saya yang tak berapa nak famous nie. New blogger kot :D


1.Ape bende paling penting dlm hidup korang?
People around me and my health. Both are important :)


2.Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
Kek lapis sarawak. Sepanjang cuti memang pau duit abah je,iskk2...


3.Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

-dekat rumah family sekarang nie. Tema ? mak cakap nak colour purple, saya tak kisah pown,asal kan ada colour,hehe.


4.Adakah korang sedang bercinta sekarang?
definitely no okay.


5.Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
As long as he loves me.


6.Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
kan dah cakap, takde kekasih ;(


7.Novel/buku/majalah terakhir korunk beli?
Tak ingat la, banyak baca dari orang punya je.


8.Apakah name penuh korang ?
Nurul Fasharina bt Mohd Hasni,family panggil reen je.


9.Antara mak dan ayah korang,mana yg korang lagi mesra?
Honestly, my mum la,hee. Sebab sama2 perempuan, she knows me better. Ayah garang kot. Tapi tetap best :)


10.Namakan orang yg betul2 korang nk jumpa dlm hidup
Orang yang dapat membimbing umat islam ke jalan yang benar.


11.Adakah korang basuh baju sendiri?
Of course la, kalau nie pown x pass camner nak kahwin,wahahaha..gatei no.


12.Di mana tempat yg korang btol2 nk pergi
kalau masa sekarang, aku rasa nak mendaki Broga Hill.
tapi kalau untuk selama lamanya, aku pilih syurga Allah swt,amin.


13.Pilih salah satu,peluk atau cium
Peluk kot,heheh.


14.Beritahu 3 perkara tentang org yg tag korang
-hye Fiqah, thanks sebab tag saya. Appreciate it, hope dapat kenal awk lebih baik lepas nie.
May God bless u always dear.

15.Lima benda korang sangat syg dalam hidup korang
-presents and cards given by people around me.
-my bedroom ! sekali bantal bucuk dan seangkatannya.
-my shelves yang penuh dengan book collection.
-shawls
-certificates


16.Lima lagu korang suka dan selalu dengar
-yang terindah
-cinta dalam hati
-i don't know much but i know i love you
-if you were mine
-Sorry sorry


17.Bila tarikh lahir korang dan sambut befday kat mana tahun lepas?
- 1st jan.new year !hehe. Celeb with my besties at pizza hut.


18.Tujuh orang blogger korang nak tag
okay,nanti i comment kat ur shoutbox eh. Skrg nie tatau nak bagi sape lagi :D


19.Cerita sikit pasal blogger pertama korang tag
Tak pasti la apa reaksi beliau.


okay, done ! :)
salam perkenalan kepada blogger yang lain jugak...

Sunday, 28 November 2010

meh layan tag :D

1. what you doing rite now?

Blogwalking,thinking of someone.


2. footballer mane paling best? club?

Argentina,Spain. Ronaldo and Messi are always the best.


3. another site yang kamu joined?

banyak ler,malas den nak tulis sesatu ;p


4. kalau ada orang terlanggar kamu secara berlagak time kat pasar malam kamu cakap ape?

Hak alah, macam kau sorang je nak jalan kat sini kan,huhh...tapi cakap dalam hati la,hehe.


5. kamu suka kaler ape?

pink,red and white


6. type of mobile phone yang kamu guna sekarang?

Nokia 5130 je kot.


7. kamu seorang blogger sejak?

Year 2009


8. kamu better pakai flip flop ke sneakers kalau gi jenjalan?

Flip flop is more simple,lolike !


9. 5 benda yang buat kamu geli sangat sangat

katak
tikus mondok
kucing,booooo ! takut kucing,hahah ;p
bila orang geletek,arghh ! tak suka..sensitive sungguh.
bila orang jiwang karat secara berlebihan,hmm..paham2 je lah.


10. what kind of person do you think the person who tagged you is?

Chantek, romantic and love photography ! :D


11. kalau kamu dapat secret admires's letter or sms kamu buat apa?

Iskk..bahaya2. Investigate first, kalau beliau ikhlas so why not kenal2 lebih mendalam kan ?ngehngeh.


12. soalan cepumas. suka lelaki/perempuan macam mane?

Baik budi pekerti,have responsibility,funny and a bit naughty,awww ;p


13. biasanya sebelum tido kamu buat apa?

tengok TV, online


14. musim cuti bangun pukul berapa?

hahah,waduh waduhhh..skipppp !


15. mane lagi bliss, dicintai ke mencintai?
Dicintai la kot. Sebab bila mencintai pastuh tak berbalas lagi sakit wooo,heee.


16. kebelakangan ini apa yang buat kamu sakit jiwa sangat?

Forgetting him.


17. saya suka pada?

window shopping ! house decoration ! :))


18. do you have been fooled by april fool?

penah tapi tak la teruk sampai nanges kan.


19. perasaan kamu sekarang?
Cool, happy.


20. orang yang mahu anda tag kan.

Miss Twit
Miss airaniez
Miss Fasheeha

Saturday, 27 November 2010

Award :)


Add glitter your Myspace or Piczo Image



Thanks so much darling, twit twit for the award ! Saya telah menjadi follower beliau yang ke 102. Pasnih saya akan selalu melawat blog awak ye, best best...Sebenarnya saya menjengah blog beliau kira kira seminggu yang lepas sebab nak google untuk scholarship dan beliau ada entry mengatakan beliau ada apply yayasan bank rakyat. Baca entry jap dan dapat lah serba sedikit info how to apply this scholarship,terima kasih diucapkan,weee :)

Friday, 26 November 2010

kejahilan terserlah.


Opssss,tajuk agak 'kuajaq' kali ini tapi dah memang tue ayat yang paling sesuai untuk mengenali Uncle Seekers. Korang kenal ke ? Ala, yang dalam penyiasatan seekers tue, tak silap aku dalam ntv7. Aku memang tak berapa minat tengok Seekers tue, entah apa apa entah. Nak cari hantu tapi aku tengok bunyi je lebih, hantu tak jugak muncul. Aku pelik la, yang dia tuh dok sibuk nak cari hantu tue ape pasal, memang la benda ghaib nie wujud, hantu tue pown mungkin dari jelmaan syaitan atau benda ghaib yang lain. Sibuk nak menyiasat,menyampah la pulak..aihh,emo la pulak aku nih,heheh. Nie semua after aku tengok video nih,dah lama dah rancangan nie heboh cuma aku tak berapa nak update, korang tengok la then korang conclude sendiri tahap 'bijaksana' dia tue okay. Nie link video tue, Kebodohan dan kejahilan uncle seekers.

Menyampah la wey, kau nak berdebat dengan orang yang berilmu dan dihormati dari semua golongan yang muda hingga yang tua. Tak layak nak keluar statement jahil kau tuh. Iskkk ! Orang yang tengok rancangan nie pown bukan gelak sebab lawak kau tue tapi sebab jawapan kau bagi semua tak RELEVANT ! totally irrelevant...



Kisah cinta syhhh...
So, aku pown google la pasal dia nih, sebab kawan aku pernah cakap yang dia nie ada scandal dengan Queen Aisyah. Macam tak percaya,serious ! macam mana dorang boleh tutttt ? hm, takpe lah. Taste orang lain2 kan. Maybe dia tue sedap dipandang oleh Queen Aisyah kot, tapi aku tak pasti cerita nie betul ke tidak, sebab aku tahu pown dari blog uncleseekrs. Takde la aku baca semua, tak kuasa aku.. Tapi dari apa aku dapat conclude through penulisan dan gambar mereka bersama, memang nampak macam ada pape je. Papepown hanya Allah swt je yang tahu. Nie blog dia, korang baca lah , kadang2 rasa macam rekaan pown ada, macam melebih2 je cerita dia nih, uncleseekers blog.