Wednesday, 10 November 2010

Ayat ayat lepas kahwin,betul ke?

  
Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.


Telefon:

6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

                                                                         
Betul ke macam nie ?eee,takut la nak kahwin kalau camnih. Heheh. Actually it depends la, tak semua couple macam nie, husband and wife should play their role so that selama mana pown bersama tak de lah boring kan. So, i think starting now i should practice how to 'ambik hati' future husband i nie,hahah ;pp

So.amacam ?apa pendapat anda especially yang dah kahwin tue ?wee :D


Tuesday, 9 November 2010

Hebatnya solat di awal waktu.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
 
Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Wallahualam.

Source : Facebook

UiTM : cara download soalan past year.

Mesti tak ramai students yang tau nak download past year kan ?yela, biasanya awal2 lagi lecturer dah fotostat past year untuk students,memang tak bahagia hidup kalau semua lecturer macam nie. Ahad nie paper aku, tapi aku takde past year 2009 and 2010. Memang agak terkial kial aku nak cari kat student portal, first time tue weh. Serious tatau langsung,heheh. Wat malu je,berpandukan arahan dari blog orang,aku pown ape lagi. Just follow instructions la,tapi tue pown tak accurate sangat. Maybe library website dah update web so nampak lain sikit la. Nie aku dah tukar kan kepada aku punya steps,lagi senang nak paham.


1. Go to this website :
Library UiTM

2. Click exam papers,ambik yang EQPS punya tue (2005-2010)

3.Masukkan patron ID and password.
Example : 2007123456
Password : No i/c korang la, sama macam dalam student portal punya.

4. Pastuh pandai2 la korang explore,letak la code paper apa korang nak cari tue okay ! :)

Hope these steps can help you , all da best for all UiTM students,hee.

new hobby.



nak tau apa hobby baru aku ?
haaa nie diaaaa....
tido tido tido

aku pown tatau apa yang buat aku penat sangat
dalam sehari bole dikatakan tiga kali aku tidur 
bangun pukul 9,pastuh pukul 1 tido balik
paham2 la,lepas lunch la katakan
perut senang hati,hee

pukul 3 bangun,tersedar kejap
lepas tue boleh pulak pukul 5 tido balik
sampai lah maghrib...
iskkkk2 !
perangai hampehhh..

maybe faktor yang buat aku camnie sebab masa tido yang dah berlainan
mana tak nya,stay up sampai pukul 5am semalam
ape buat ?study keee ?tidakkkk !haha.
aku sibuk tengok movie dan sebagainya
huuu,nie kalau mak tau abeh la.

dah tak boleh tidur macam nie lagi
prepare untuk next paper lagi
Financial Administration :)

Monday, 8 November 2010

Sayangi kaum hawa setulusnya.

Betul betul betul :)
guys,read it ! to tell you the truth...



Jika kaum hawa menangis...

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Hanya jika dia sangat menyayangimu,Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.Tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin karana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?


fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangisdengan murni, penuh rasa sayang,Didepanmu dan keranamu……

Dia menangis bukan karana dia lemahDia menangis bukan karana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.



Lelaki


fikirkanlah tentang hal itu

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah

Hanya kau yang tahu jawabannya….

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!! 


Note from me :

She tried to pretend to be happy as long as she can. But who knows inside ? i believe all women  cries until there is no tears left for him, and  i did it. When the time comes for her to face a beloved ones and suddenly she drop her tears in front of you, it means she really need you to be by her side. She loves you !  but i never experienced to cry in front of him, and try my very hard not to do so ! it  doesn't mean i don't love him but i prefer to drop tears in silent,so he can't see my tears :'(

itu diaaaa...



comel tak comel tak?hahah ;p
found this picture from my personal album
Dulu kecik kecik comel je,dah besar lain la pulak jadik nya
heheheh

Dalam frame actly nie, tapi time kemas2 ari tue jatuh pulak
tue yang kalo nampak cermin dia macam ada pecah sikit,hoho
tapi orang cakap muka aku dari kecik tak berubah sangat
makna nya aku comel lagi la sekarang kan?ngeh ngeh ;p

yela yela,sedar diri,x lawa macam orang lain tue
tapi takpe la,i believe 'cantik' pada pandangan setiap orang adalah berbeza
so,appreciate yourself okay ! :D

First trial .



First time pakai shawl manik nie,sangat stylo,lolike ! :))
How do i look?pelik eh?heee
aaahhh,who cares ?sukati la kan

Dah tak sabar sangat punya pasal
Sanggup aku beli online shawl nie
plus dengan inner cotton sekali
padehal tak sampai 3 minggu je kot nak balik
tapi aku tak kisah pown
Janji puas hati ! :))

actly masa raya hari tue dah cuba shawl ala ala gypsy
tapi inner dia tak best,yang kat atas nie inner cotton
memang best sangat pakai,suka suka suka,ngeee...
okay,sekian,papai !


P/s : Sila abaikan background yang tak berapa nak kemas tue,haha.


mode : undefined.




Why undefined ?
sebab aku pown tatau apa aku rasa skrg,mcm2 ada. rasa malas, sedih,rindu,iskk...


bingung kepala nie
makin naik semester makin malas
dah bagi gap seminggu pown malas nak study lagi
paper ahad nie, tapi nak kena tunggu hari khamis jugak
baru mood nak start baru ada
iskk iskkk...
camnie ke nak jadi 'best student ?'
err,apakah ?hahah,perasan la kau fasha kan
masih mood layan movie la...


Tapi bukan malas je, rasa kecik hati pown ada jugak
dengan kawan sendiri pulak tue
ke aku yang sensitif lebih nie ?hoho
tak pasti jugak...
malas nak cerita,kang dia baca susah pulak,hee
u know who you are

selain dari rasa malas dan kecik hati
actly aku rindu dengan someone la
tapi disebabkan ego yang terlampau
so aku malas nak message mahupun call dia
biar lah, dia pown entah2 tak ingat aku pown
so just let it be...forget the past.


Sedih sedihhh...
sebab seminggu je lagi aku dengan kawan2 diploma
lepas tue kemungkinan aku dapat shah alam pulak
waaaa,will miss bumi kenyalang so much
walaupun kadang2 rasa boring dekat sini
tapi ada several things yang buat aku suka duduk sini
bukan sebab ada orang tersayang la
adehh,please lahh,bukan sama sekali
sebab kat sini aman je, boleh drive mana2 je
nanti dah balik KL confirm parents tak bagi drive
waaaa ! :'(



ok,sekian terima kasih.

Sunday, 7 November 2010

Cinta dalam diam.

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

Wednesday, 3 November 2010

Today's mission.


By hook or by crook
i need to finish at least 3 chapters today
Tue laaa,sape suruh main main lagi,kan dah susah
Banyak pulak tue haa...warghh !

Harap segala nya dipermudahkan, amin :)
aja aja fighting !