Sunday, 3 June 2012

Lelaki idaman aku.

Okay, entry kali mungkin nampak agak demand dan gedik sikit. Aku pown fikir 2 3 kali nak tulis, nak ke tak??nak ke tak?? Disebabkan aku dah ketandusan idea nak tulis apa kat blog, tetiba tajuk nie datang...Seriously, I can't believe i'm writing about this on my blog .haha :P

Ciri2 lelaki idaman?hmm..tetiba blank pulak kepala nie.hahaha~okay,jum baca.

1. Jaga solat

Bagi aku nie penting sebab lelaki adalah imam dalam keluarga yang dibina nanti, bukan bimbing aku sorang je tapi bakal anak2 kami nanti. Bagi aku lelaki yang jaga solat dengan baik ialah lelaki yang macho. Mungkin dia tidaklah tahu mendalam tentang agama tapi cukup untuk dia tahu solat tue tiang agama, lain2 ilmu agama mungkin kami boleh belajar sesama nanti, insyaAllah..

2. Tanggungjawab

Selalu je dengar kan? ya, ini penting sebab bila ada tanggungjawab dia akan mainkan peranan seorang anak, suami dan ayah dengan baik. Dia tahu apa dia perlu buat tanpa perlu diberi arahan dan dipaksa. Seorang yang tanggungjawab akan fikir baik buruk apa yang dia nak buat terlebih dahulu dan bukan dengan menyalahkan orang lain. Perghh,ayat skema giler,haha..

3. Kelakar dan penyayang

Honestly, aku mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai sense of humor yang tinggi. Aku rasa semua perempuan pown macam tue kot. Bagi aku, lelaki pandai bergurau nie boleh buat satu hubungan tue lebih ceria dan tak bosan,hehe. Kita akan hidup lama kot dengan dia, sampai hujung nyawa dan mestilah ada sesuatu pasal dia yang boleh menggembirakan hati kita selalu kan? Tapi tak nak la yang loyar buruk,erkkk..dan bagi aku, lelaki yang suka kucing ialah seorang lelaki yang penyayang. Sikap penyayang tue harus ada barulah boleh sayang menyayangi selalu,hikss..

4. Cool and suka senyum

Maksudnya kat sini lelaki yang tidak panas baran, ulang suara, tidak panas baran ok !hehe. Dia mesti lelaki yang senang dibawa berbincang, boleh tukar2 idea dan ada sikap 'give and take'. Kan ada sesetengah lelaki nak ikut cakap dia je, kalau tak nanti naik marah la ape la, tue yang banyak kes keluar kat newspaper tue, takutnya =.="

Ehh kaum lelaki, korang tahu tak senyuman korang tue manis sebenarnye? tak kira la hensem ke tak, pendek ke tinggi ke, cubalah senyum selalu korang akan nampak sweet dan hati nie pown senang nak tengok walaupun tengah stress.

5. Suka melancong

Aku nie jenis suka pergi tempat orang dan belajar budaya mereka. Kan orang cakap,jauh perjalanan luas pemandangan. Harap dia suka melancong jugak, tak semestinya jalan2 makan angin je, buat aktiviti lasak sesama pown kira melancong ape? masuk hutan, main flying fox sesama ke, best tueee :DD

Ok lah,kalau nak suruh aku tulis memang ada 1001 lagi ciri2 aku nak mention, dah dah la tue. Muntah lak u olss nanti,hehe..bye2.

Sekian, thanx for reading ! 









No comments:

Post a Comment