Tuesday 31 August 2010

Appreciate our parents.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Setinbiskutbuatibuayah/Article

 Bergenang air mata bila baca kisah ibu bapa yang diletakkan di pusat jagaan. Kisah dekat atas nie (sila click link) sebagai pengajaran kepada kita. Sibuk dan sesenang mana pown kita nanti, tanggungjawab untuk menjaga mereka tue masih ada hingga ke akhir hayat kita. Banyak sangat pengorbanan mak abah kat aku,kalau diingat balik memang menangis la jawabnya...ngehngeh.

Setiap kali raya mesti ada kisah macam nie. Link kat atas nie aku baca buatkan aku terfikir tentang mak abah dekat rumah. Ya Allah,rindu nya pada mereka. Kadang2 kalau boleh hari2 nak call mak, padehal nak tanya 'buat apa tue?tadi makan apa bukak puasa?tak gi terawih ke?'..the same question setiap kali call mak masa bulan puasa nie. Agaknya mak aku pown dah malas nak jawab soalan tue hari2,heheh...

Mengimbas kenangan lalu,
(sebagai keinsafan diri)





Dulu aku selalu je melawan cakap. Masa tue kan budak2 lagi, mak nasihat sepatah aku menjawab berpatah2. Tapi bila ingat balik,apa yang mak cakap tue semua betul. Emak seperti malaikat untuk kita, terlalu banyak jasa beliau. I admit, aku terlalu bergantung dengan emak. Dari nak pilih baju,tudung,barang make up even ubat pimples pown mak jadi advisor taw,hehe. Thanks mak,love you so much ! :)

Even aku tak sebut words 'i love you' hari2 dengan mak,tapi aku tak lupa doakan emak abah dalam setiap doaku.

Untuk abah pulak, beliau tak pernah biarkan anak2 nya kesempitan wang, cuba sedaya upaya mungkin memenuhi kesemua kehendak kami. Even kalau raya pown, abah bukan nak shopping untuk diri sendiri, lebih utamakan kami adik beradik. Kadang2 setiap kali raya abah ada baju melayu baru je, baju t shirt dan sebagainya dia pakai yang lama punya,beliau cakap membazir nak beli banyak2. Sebab abah memang banyak t shirt ,hee. Abah selalu bagi card credit kalau dia tahu mak nak bawak kitorang pergi shopping, sebab kadang2 abah tak nak ikut kitorang jalan2,katanya penat..adeyy.Alhamdulilah,sampai sekarang even aku duduk jauh di sini,tak pernah aku takde duit atau sengkek habis. Mak selalu cakap,abah sayang kat anak2 nya,kalau kami semua dengar cakap, memang abah takkan sayang duit, dia akan bagi ape je yang kami mahu (apa yang mampu la)...

I love my family ^_^

Sedih la pulak bila tulis entry nie,heheh.
bye2.

Monday 30 August 2010

Three words

I miss you ;(

waaaa,no text no call from you
pelik je rasa,huhu.

ok bye nak tido ! good night yaww...

Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.


Kenapa Allah temukan kita kepada orang yang salah,
mesti ada sebab kan ?ok,check it out,wee.

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

merdeka 53 !


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 !
Bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi kerana masih dalam keadaan aman damai,ekonomi dan politik yang stabil dan sebagainya,
cewahhh..skema sungguh ayat,hahah...

Masih ingat kah kita dengan perjuangan mereka? Bagaimana rakyat kita sebelum mencapai kemerdekaan ?
Ya Allah,sungguh banyak perubahan dan kemajuan negara kita dari semasa ke semasa. 
Selaras dengan objektif kita untuk mencapai wawasan 2020 :)

Harap kemerdekaan ini membawa seribu makna kepada kita semua khususnya generasi muda.
Sama2 lah kita berdoa agar negara terus maju ke hadapan tanpa ada kuasa lain yang cuba 'interfere' dalam pentadbiran kita. Amin...

"People first, performance now"

cute babies,muahss !


Malam nie datang mood nak tgk gambar2 baby
sejuk hati tengok, comel je ! heheh
hope one day boleh dapat baby yang comel2 seperti mereka :)
jum enjoy some pictures taken from google,yahoo,etc.



 tengok tue pipi dia,kaler merah2,tembam agy tue...
ishhh rasa nak gigit2 je.aih?ganas betul ak nih.haha.


Awat baring?meh cni meh main ngan akak ,heheh.


Nie mcm anak org jepun je,tp tetap comel ! :)
muahsss...

 hahah,ku main senyum lebar ek. Sampai dah tak bukak mata tue.


So,amacam ?comel kan dorang nie. heheh. Sekian,TQ !





Saturday 28 August 2010

Deactive account.


addicted with facebook
setiap masa nak check itu dan ini
assignment entah mana,study entah mana
ishh,x boleh jadi nih
better be far away for temporary
i'll be back soon ! :)

Tuesday 24 August 2010

tenkiu abah :)

Kenapa?
sebab abah saya sanggup tukarkan tiket flight saya yang baru
yeyy !heheh.

Al-kisah nya,mengikut calendar kat U portal cuti raya start 9hb sept !
mak aihh....Esok nya dah nak raya kot.
fikir punya fikir aku pown decide nak beli tiket 6hb sept isnin malam tue.
Aku x boleh nak balik petang or pagi sebab class pack yg amat.
So after dah beli apa semua,tetiba lecturer aku cakap cuti seminggu awal !hoho,rugi rugi aku beli tiket lambat..cehhh.

3hb(jumaat)-budak2 dah bole blah dari campus oke.
6hb(isnin)-fly to KL,malam around 9pm camtue.
10hb(jumaat)-1st day raya ! :)

cuba tgk ...rugi lah aku kalo balik hari isnin,habes tuh 3 hari lagi aku nak wat ape? ouhh,boringggg...so selepas memujuk rayu abah akhir nya dapat jugak !heheh.sbb tiket tengah promotion RM120 saja !balik khamis malam 2hb okay,yuhuuuu,jgn jelesss..Nak dekat 18 hari aku cuti,hahaha.Okay,papai !

balik kampung,wohohooo balik kampung,heeee !

Sunday 15 August 2010

Aku makin slim ?err...

aduh aduhh...kenapa susah sangat aku nak gain weight nie ?


Sebelum start puasa lagi aku dah rasa badan aku nie ringan semacam je.Normal weight aku biasa la,kalo tak 45kg mesti 46kg.Paling berat pown 47kg kot,Ya Rabbi,happy gilee aku time tue.heheh. Tak tau apesal aku dah kurang selera makan. sekarang nie.Nak kata busy dengan assignment,hm..takde la jugak.Rasa bahagia je this semester,class pown tak pack sangat seperti dulu kala.
-
-
-
-
Nie bukti kenapa aku cakap aku makin kurus :

seluar jean aku makin longgar !aiseh men...dulu rasa melekat je bila pakai,skrg?aduhh...dah macam nak jatuh pown ada.hahah.

bila aku pakai baju merah belang belang tue,memang nampak besar la baju tue.Lagi2 bila aku sinsing(betul ke ejaan?) kat bahagian tangan tue,terus jatuh...aik?pelik sungguh..adakah lengan aku juga semakin mengecil?

Bila aku pakai shawl,muka aku tak membulat lagi,weee !dulu rasa macam ketat je pakai,padehal macam biasa je cara aku pinkan,cara aku lilitkan dan etc ...


P/S : :Tapi kurus dan gemuk nie ada kekurangan nya jugak.So,bersyukurlah dengan apa yang kita ada.ingat !orang yang kurus tue belum tentu sihat.Ok,tenkiu sudi membaca,weee :))


Saturday 14 August 2010

terharu...

Ya Allah,sayu rasa hati ini dapat cakap dengan nenek tadi.Semalam arwah atuk pergi,baru tadi aku baru dapat cakap dengan nenek.Sungguh sedih hati nie.

'dah berbuka?selamat berpuasa.Takpe nek,yang pergi tetap pergi'
Kata aku kepada nenek.

Belom sempat aku habeskan ayat tue nenek dah nangis.Aku dah berair air mata dengar suara nenek.Mungkin beliau sedih sebab semua ahli keluarga ada kat sana,kecuali aku yang takde semasa hari pengkebumian arwah.Ya Allah,sesungguhnya hamba mu ini ingin sekali melihat atuk buat kali terakhir, ingin sekali mencium wajahnya buat kali terakhir tapi apakan daya,aku tak mampu...

Walaupun aku jauh,aku masih tak lupa untuk mendoakan arwah atuk setiap kali solat,membaca yassin di kelapangan dan sedekahkan ayat Al Quran untuk kebahagiaan arwah atuk di sana.Dalam tengah cakap kat telefon,tak sampai 2 minit talian terputus,ouch !my handphone low battery :(

Maafkan cucu mu ini nek ....akan aku balik menjengukmu raya ini.Sayu rasa hati raya aidilfitri kali nie.Arwah atuk terlau baik.Kagum dengan sikap penyabar nya.Semoga arwah bahagia di sana,amin.

Friday 13 August 2010

barney song !

Tetiba mau manyanyi lagu childhood dulu...

i love,you love me
we are happy family
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too ! heheh...

eh ehh..lagu nie takde maksud apa2 oke,saje suka suki mau menyanyi.
Tak kira la masa mandi ke,cuci baju ke,sebelum tido ke,kalau boring je mesti aku nyanyi lagu nie...
roomate aku pown dah terikut ikut,dia pown kadang2 join nyanyi,hahah.Cute song :)

Thursday 12 August 2010

mimpi yang penuh bermakna...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun...
 Ya Allah,sungguh besar dugaan kami sekeluarga pada tahun ini. Aku baru menerima panggilan dari emak yang atuk belah ayah aku meninggal dunia pukul 11 lebih malam tadi,kira kira 4 jam yang lepas. Sungguh tenang arwah pergi,pada hari jumaat dan di bulan ramadhan yang mulia ini. Takziah kepada keluarga belah ayah ku..Sedih hati tak dapat bersama sama di hari pengkebumian esok hari,apa yang mampu aku buat ialah sedekah al fatihah dan yassin.

Parents dan keluarga yang lain masih dalam perjalanan balik ke Muar. Moga perjalanan mereka selamat dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Rasa hati nak balik tapi mengenangkan tambang tiket yang mahal,dan next three weeks aku akan balik,so ayah cakap tak perlu balik. Hari tue arwah cik Hasan baru je pergi,sekarang giliran abahnya pula. Sedih sungguh raya kali nie :(

Berbalik tajuk entry aku...Actly malam tadi(khamis malam) aku ada mimpi yang gigi aku patah.Tak sakit, betapa senangnya gigi aku patah. Lepas bangun,aku pown diam je lah,walaupun aku tak sedap hati sebenarnya. Then,aku tanya roomate aku,'ada maksud ke ek kalo gigi patah?'..dia terkejut tengok aku,pastuh dia cakap perkara buruk akan berlaku..aku dah rasa memang tak sedap hati sangat nie hinggalah aku dapat berita tentang arwah atuk dah pergi selama lamanya.

Ya Allah,ini lah risiko duduk jauh,tak dapat nak balik sesuka hati.Aku tak percaya kepada mimpi tapi jika ini yang Allah cuba nak beritahu aku ,hambamu ini redha dengan kentetuanmu...

Tuesday 10 August 2010

selamat berpuasa !

Selamat menjalani ibadah puasa kepada mereka yang beragama islam di seluruh Malaysia ! :)
Moga Ramadhan kali ini membawa lebih makna kepada kita semua...Salam Ramadhan Al mubarak.

Baru lepas bersahur,menu ?hoho...Biasa la,dah nama pown student,apa la sangat yang aku dapat makan...susu and koko krunch pown jadik la,heheh.

lady gaga and satanic ...




Sejak 2 3 hari nie aku memang suka google pasal lady gaga nie.Mula2 aku tengok video Alejandro tue,aku rasa macam pelik la...aku pown tak faham apa sebenarnya video tue nak bagi tahu..selidik punya selidik,aku google lah cerita di sebalik lirik and video nie,rupa rupanya banyak maksud yang boleh dikaitkan dengan tuhan dan pemujaan dan segala macam !hoho.

Aku mengaku,memang suka la lagu Alejandro tue,best didengar ...tapi bila baca dan faham lirik tue betul2,aku naik takut nak dengar..Even kalau aku play all song kat lappy pown,bila dengar je lagu Alejandro,aku terus NEXT kan...punya lah takut tadi.hahah.

Apa yang aku faham,lagu nie refer to GOD...lucifier yang dia dok selalu sebut dalam lagu tue pown adalah salah satu nama syaitan.Iskkk...senang cakap korang tengok je lah video tue dulu ye,then rajin2 la google apa makna di sebalik semua tue,okay ?semoga kita sebagai umat islam dapat bukak mata dan hati dengan apa yang nak disampaikan oleh cik gaga nie sebenarnya.

itu sahaje,papai ! :)


Tuesday 3 August 2010

lama gila x update,rinduuuu !!!

salam satu malaysia,weee :)

dah berapa minggu aku tak update blog nie,line broadband slow gilerrr..malas nak on9 kengkadang.Memandangkan esok aku takde class,memang sesuai sangat la aku publish 2 or 3 story kat blog nie.heheh..korang jangan la heran..aku nie jenis yang lebih suka post sekali banyak cerita pada satu masa dari nak dok 0n9 hari hari dan post cerita..ouh,aku tak serajin ituu...hoho.

Aku baru balik dari birthday party kawan aku nie,nama dia Share !

happy birthday Share !May God bless u,muahsss ! :))

sekarang jam menunjukkan pukul 2:06 pagi,tapi aku berseorangan di bilik,roomate ku busy dengan assignment beliau,adeyyy...cari idea nak tulis ape ek pasnih...